RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

Zoom Malaysia

1- Aku baru jer balik bercuti ngan bini aku kat pulau langkawi.

2- Dengan penginapan di holiday villa langkawi agak menarik untuk aku coretkan.

3- Aku amek percutian ni guna travel agency yg base di KL (rupa2nya) masa tu aku gi pesta konvo UUM minggu lepas.

4- Pakej free n easy ni agak menyenangkan aku sebab aku tau le skit2 tempat ni. kalu aku tak penah gi wat free n easy teruk aku.

5- Bila sampai petang tu, tak sangka lak yg aku amek resort yg agak mahal(bagi aku la). 90% yg menginap kat situ pada haritu( sepanjang pemerhatian aku: tgk kat swimming pool, tgk kat pantai blkg hotel n org yg aku beselisih dalam kawasan hotel) sumenya kulit putih merah(mat saleh la bro) n org arab.

6- biar betul aku ni, ah pedulikan jer. bukan diorg bayo bil aku.huhuhuhu

7- hari keduanya aku gi pantai cenang, ada zoom malaysia ada wat program pesta air.ok gak le aku pi kali ni. ada gak bende yg dorg wat.

8- ni ada skit gambo yg aku ambik kat sana.





kemenangan untuk rakyat

1- Pilihanraya kecil bagi 2bukit dan 1batang baru- baru ni cukup mengujakan aku.

2- Melihatkan kepada situasi semasa yang agak kelam kabut menjadikan pertandingan ini cukup hebat.

3- Ketika itu jugalah dapat kita tengok betapa jeliknya TV pro BN menyampaikan propaganda mereka.

4- Semakin lama aku folo makin aku benci kat BN.

5- bagi aku antara punca kekalahan BN adalah menyampaikan berita yang kurang benar dan cuba untuk melaga-lagakan pemimpin lawan.

6- Alhamdulillah, berkat doa sekalian insan disaksikan bahawa BN telah tertiarap dengan begitu bopeng sekali.

7- Jika dilihat didalam TV, hanya BN sahajalah yang layak untuk menggunakan media ini untuk berkempen. Manakala pihak lawan hanya layak untuk dilanyak tanpa belas kasihan.

8- Hal ini dapat mendapat ulasan dan pemerhatian yang cukup baik (bagi aku la) dari sorang panel jemputan dalam analisis pilihanraya kecil di saluran 501 astro Awani.

9- segala hujah dan pandangan beliau begitu baik dan beliau memang mengikut trend penyampaian maklumat ini dengan baik.

10- Dr Abu Hassan Hasbullah memang power ah. Habis di bantai prof2 yang kelihatan masih bernada BN( aku tak kata pon Dr Abu ni pro pembangkang).

11- Sebagai ahli akademik memang wajar sekali beliau menyatakan pemdapat yang lebih bersifat univesal tanpa dipelopori dari mana- mana parti politik.

12- So, blogger(yang menulis hal-hal kebenaran) sekelian teruskan usaha kalian untuk menyampaikan idea, pandangan, kritikan dan memacam lagi ah melalui blog yang kita buat tu untuk kesejahteraan semua orang.

13- Kredit untuk Dr Abu Hassan Hasbullah atas keneutralan beliau menyampaikan hujah dan pandangan beliau dalam siaran tersebut. 4 THUMBS UP!!

Dr Abu Hassan yang sebelah kiri tu

macam macam

1- aku ada link yang bagus utk korang lawati

klik sini:

Perisik Rakyat

Blog Wak Banjar

dua blog ni selalu aku masuk akhir2 ni.

Hidup Rakyat!

ape kes?

1- hari ni aku rasa jadi mcm hero pon ada.

2- sebenarnya aku telah mengantoikan sorang security guard di iab ni atas kesalahan mencuri.

3- alhamdulillah dengan bantuan allah melalui wonder pet telah menyelamatkan barang2 member aku. duit, cincin kawen, kamera digital n enpon.

4- enpon member aku ni telah dicurik, kendian si pencurik lak dah off enset tu.

5- logiknya, memang takkan perasan la kalu kita kol tepon tu kalu dah off. kejadiannya jadi awal pagi dlm kol 3.45pagi.

6- nak jadik cerita, alarm bagi enpon tu dah set. so, bila cukup time dah tentu enpon tu bunyi walaupon enpon tutup.

7- bila dah berbunyik, maka kekantoian si pencurik pon terjelma la. barang curik ada dalam seat bawah tempat duduk motor ego dia la.

8- apa lagik, bila dah kantoi gitu jadik kes polis la.

9- skrg ni dalam prosedur sabit kesalahan si security guard tu.

10- aku tak kata guard jahat. yg kita leh pegang, manusia ni pelbagai. mungkin mamat tu nak guna duit nyebabkan dia terpaksa mencurik.

11- masa tunggu membe aku wat statement, tengok2 si pencurik ada dalam lokap.

12- pakaian yang dia pakai ada kat luar lokap. dah la genting ni sejuk. jenuh la dia. sian pon ada.

13- lebih baik ada yang kena tindakan daripada orang lain yg jadi mangsa seterusnya. supaya tempat ni lebih selamat.

14- bagi mengenang jasa wonder pet, aku sertakan la lagu wonder pet.

TERIMA KASIH WONDER PET! apa kes?

sejuknya genting

1- sekarang ni aku sedang mengikuti kursus yang dianjurkan bahagian latihan dan kerjaya di Institut Aminuddin Baki(IAB).

2- Tempat ni biasanya melatih guru besar-guru besar dan pengetua-pengetua sekolah.

3- Bangga aku dok tempat ni. Tak pernah tau aku kat ne IAB ni. Bila dah sampai, ya rabbi...jauhnya dari orang.

4- rupa-rupanya tempat ni "dah lama dah" bak kata tok det.

5- Berada berhampiran dengan bulatan gohtong jaya IAB memang agak tersorok tempat ni.

6- yang bestnya, tempat ni jauh bezanya macam perlis yang bangat gitu. tempat ni sejuk, nyaman dan menyegarkan.

7- Minggu ni adlh minggu ke 2 aku kat sini. minggu depan adalah minggu last.

8- Dah nama pon tempat lama, so bangunan memang lama ah. otai betol.

9 tenaga pengajar kat sini at least gred DG48. kalu nak ikut tu taraf pengetua la diorg ni.

10- pengalaman toksah dok cakap ah. memang power ah.

11- kecik jer aku rasa dok kat sini. betapa ilmu aku sangat la sikit.

12- dah setel kursus ni leh la aku kongsi pengalaman kat sini. banyak benda doh.

13- skrg ni baik aku setel dulu assignment yang lecturer aku bagi.huhuhuh

Isu Tanah : Ini Jawapan YAB DS Nizar

di petik dari www.tranungkite.net

Dilulus terbit pada Wednesday, February 18 @ 11:16:59 MYT oleh TokBatin

Oleh ho_nam

"Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.


Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.

DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.

Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.

Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!

Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).
Posted by alhusseyn "

wajah baru kali ke 2

1- memandangkan skin blog aku sblm ni banyak sangat soalnya, so aku buat skin yang baru pulak.

2- so, apa pendapat korang?
È