hari ni ada satu lg 1 sesi penerangan hal duniawi pensyarah politeknik iaitu kenaikan gred ke yang lebih tinggi.
sesi yang dah muak dengar sbnrnye...sebabnya, 2 mgu terakhir ni dah 3 kali termasuk yg td bg taklimat.
so, aku tgu sesi q&a la...ada beberapa soalan yang dikemukakan audien. bleh kata segenap lapisan peringkat yg tye ar. yg baru join sistem poli, yg dah lama dalam sistem poli tp xnek2 gak gred walaupun dah servis 10++thun, pengarah dr kolej lain yg tye, n sbgnye(termasuk aku le huhuhuhu).
yg aku tertarik adalah cadangan dari sorg audien yang minta pengiktirafan terhadap staf yang bernaung dibawah sistem skim DH ni diberi apa2 gelaran yang sesuai. sepertimana universiti or memana institusi lain yang sesuai.
aku rasakan bahawa cadangan tu sesuai la dgn keadaan dunia hari ni. maksud aku bukanlah gelaran tersebut yang jadi rebutan, tetapi satu tahap pencapaian yang sesuai yang mengangkat kepakaran atau kebolehpercayaan organisasi terhadap stafnya. contoh sesuai prof n prof madya, 2 jawatan yang berbeza. 2 gelaran yang berbeza. tahap kepakaran yang berbeza. dari 2 gelaran yang berbeza ni menunjukkan kehandalan atau kepakaran bidang yang dipunyai oleh pemiliknya. mcm tu la jugak dalam kejuruteraan. sesapa pon yang abis degree kejuruteraan boleh jer keje engineer. tetapi tahap kepakaran engineer yang bertauliah serta profesional perlu mendapatkan pengiktirafan dari kepakarannya dengan cara mendapatkan status jurutera profesional or Ir or Engr.
bagi aku kewajaran gelaran tu pon perlu dalam sistem politeknik. bukan untuk bermegah-megah tetapi keupayaan dan kepakaran sesorang tu dinilai apabila sesuatu gelaran diberikan. contoh nya beri la gelaran PS ataupun pensyarah super kepada pensyarah politeknik yang memenuhi kriteria kecemerlangan dalam bidang kepakaran yang dipunyai oleh merekaitu.
aku berpandangan yang kriteria kecemerlangan ni lahir daripada usaha untuk menjadikan institusi politeknik disegani oleh masyarakat pendidik dan masyarakat umum dimana politeknik berada dalam kelas yang tersendiri dan tidak berada dalam pengaruh mana2 institusi pendidikan yang lain.
so, kalu dinilai dari hasil kerja aku, aku dimana? entah la.belum pasti lagi...mungkin 2010 ni untuk aku memenuhi keperluan kriteria kecemerlangan yang ditetapkan. insya allah...
tongong
Posted by
ishaharom
on Monday, January 4, 2010
/
Comments: (7)
awal pagi ni apai(bukan nama sebenar) melaung2 panggil nama aku. bila disahut dia gtau yg ada mak bapak student datang. aku rasa revenge nih.huhuhh
sem yg baru lepas ni aku telah mengefailkan 2 org budak bawah seliaan aku utk subjek projek.
budak ni dah 2 kali dia datang bawak mak bapak dia utk tuntut 'hak' anak dia. aku sebenarnya tak paham kenapa smp gitu skali budak ni. adakah dia manja sgt, or begini ke mak bapak dia layan anak2 dia sepanjang pembelajaran anak dia dr kecik. entah, aku pon xtau.
yang kelakarnya, bapak dia nak jadik hero. ajak aku bergadoh kat luar. kunun2 nak bertumbuk la sebab aku bagi fail.puih, kalu aku g betumbuk pon ada pekdah ker? buduh. menang or kalah ke aku betumbuk bukannya markah E tu leh jadik A. podacit.
tak semena2 mak dia lak yang backup gegila anak dia. siap belakon lagi.lebih kurang gini la bunyinye 'takpa nak, mama tau hang study smp 2 ke 3 pagi...' yg lain aku tak dgr lak. ayoooo amma...apa ini. kalu tamau kasik saya fel pon jgn la belakon. hahahahaha
kesian mak bapak dia jadik bahan or jd satu perisai utk anak yg nakkan pembelaan dalam pembelajaran. terpikir aku, kalu gini la gayanya(tak leh terima hakikat kegagalan) adakah mak bapak dia akan backup anaknya kalu anaknya dibuang keje. adakah mak bapak dia yg akan berhujah utk anaknya bila anak dia tak leh wat keje.tu kena tye si anak ler.
mak dia cakap yang ni la anak dia sorang yang blajo kat poli yg lain blajo kat IPT lain. cis, xgune pye ayat. xpe, kalu nak perlekeh tempat blajo nih ape kisah mintak berenti jer la. masuk institusi lain. seribu macam jenis IPT ada kat mesia ni. nak salahkan sistem politeknik lak.petuih(sambil menjuihkan bibir sampai nampak gusi)
aku jadik sedih la tgk mak bapak yg gitu. terima jer la kegagalan. kegagalan adalah sebahagian rencah dalam kehidupan. manusia perlukan semua tuh. tak semua yang kita rancang dalam dunia ni akan ikut kehendak kita. ada kuasa lain yang mengatasi kesekelian alam ni.
sebab pe leh fail projek tuh malas aku nak tulis kat sini. sebabnye, dah tentu aku akan cakap aku betol. n kalu si budak tuh baca entri aku nih n dia pon tulis dalam blog dia(kalu ada) n semestinya dia cakap yang dia betol.
aku tak leh nafikan tak semua student yang blajo kat poli aku ni bijak2 dan tak semua student yang masuk sini bangang2.
ia bergantung pada individu tersebut. kejayaan takkan beroleh tanpa usaha. usaha akan sia-sia tanpa doa. doa menjadi tak bermakna kalu tak ingat pada Rabbul-jalil.
aku teringat skrip eddy murphy dalam citer pe tah
'You Try You Fail,You Try You Fail,
the only true fail is when you stop trying'

Selamat Tahun Baru 2010
Posted by
ishaharom
on Friday, January 1, 2010
/
Comments: (0)
Telah masuk tahun baru 2010 pada hari ni. bil masuk thun baru jer ada yang bertanyakan azam. mgkn yg boleh yg sibuat adalah perkemaskan azam thun lpas2. azam br dibuat bila ada tggjwb baru dalam hdup.
tak nak post bebanyak awal thun ni just nak wish u all guys Selamat Tahun Baru 2010.semoga selamat segalanya

kali ke 22
Posted by
ishaharom
on Monday, December 28, 2009
/
Comments: (2)
sok lusa tahun baru masihi akan menjelma lagi. dan dengan kedatangan tahun baru yang bakal menjelma lagi ni adakah kita pernah berazam sesuatu mengenai hidup atau mengenai kematian atau mengenai apa saja.
alhamdulillah tahun ni akan menamatkan rekod aku sendiri berkenaan hal derma darah. dalam 2 ke 3 hari ni ada korang terperasan iklan dari Pusat Darah Negara. PDN mohon rakyat malaysia yang berkelayakan untuk menyepenkan sedikit masa untuk memberikan darah kepada PDN akibat daripada simpanan yang ada telah berkurangan.
sekian lamanya aku membuat bakti ni aku rasakan ia sebagai satu kewajipan utk aku menghulurkan sedikit darah yang ada ni kepada mereka yang memerlukan.
tengahari tadi adalah kali keempat bagi tahun ni aku menderma darah. dan pada harini jugaklah telah 22kali aku menderma darahku kepada beberapa hospital diserata semenanjung.
si sg petani, kangar, alor setar, bt pahat, kuala terengganu, kulai, PDN dan beberapa tempat lagi telah aku kunjungi. sekadar berkongsi, bukan untuk membangga diri.
darah terakhir aku tahun ni
dengan berakhirnya tahun ni umur aku dah melepasi 28 tahun. dan tahun depan adalah 29. nombor yang agak banyak aku rasa.
adakah tahun depan aku masih berpeluang menderma lagi. adakah allah memberikan kesihatan yang baik utk aku terus menyumbangkan sedikit darah yang ada utk segelintir manusia yang memerlukan. adakah aku boleh mendapatkan darah yang diperlukan ketika aku memerlukan. entah...wallahu 'alam.
aku harap tahun 2010 yang bakal menjengah tak lama lagi ni masih ada peluanglah untuk aku mencukupkan lagi 4 kali aku menderma darah lagi.
kalau aku kisahkan darah aku nak bagi kat orang, agak2nya korang nak bagi per eh?
p/s: dah aku ada darah jer yang leh aku bagi kat orang.nak bagi wet selalu aku pon tak berapa nak ada.hehehe
alhamdulillah tahun ni akan menamatkan rekod aku sendiri berkenaan hal derma darah. dalam 2 ke 3 hari ni ada korang terperasan iklan dari Pusat Darah Negara. PDN mohon rakyat malaysia yang berkelayakan untuk menyepenkan sedikit masa untuk memberikan darah kepada PDN akibat daripada simpanan yang ada telah berkurangan.
sekian lamanya aku membuat bakti ni aku rasakan ia sebagai satu kewajipan utk aku menghulurkan sedikit darah yang ada ni kepada mereka yang memerlukan.
tengahari tadi adalah kali keempat bagi tahun ni aku menderma darah. dan pada harini jugaklah telah 22kali aku menderma darahku kepada beberapa hospital diserata semenanjung.
si sg petani, kangar, alor setar, bt pahat, kuala terengganu, kulai, PDN dan beberapa tempat lagi telah aku kunjungi. sekadar berkongsi, bukan untuk membangga diri.
darah terakhir aku tahun nidengan berakhirnya tahun ni umur aku dah melepasi 28 tahun. dan tahun depan adalah 29. nombor yang agak banyak aku rasa.
adakah tahun depan aku masih berpeluang menderma lagi. adakah allah memberikan kesihatan yang baik utk aku terus menyumbangkan sedikit darah yang ada utk segelintir manusia yang memerlukan. adakah aku boleh mendapatkan darah yang diperlukan ketika aku memerlukan. entah...wallahu 'alam.
aku harap tahun 2010 yang bakal menjengah tak lama lagi ni masih ada peluanglah untuk aku mencukupkan lagi 4 kali aku menderma darah lagi.
kalau aku kisahkan darah aku nak bagi kat orang, agak2nya korang nak bagi per eh?
p/s: dah aku ada darah jer yang leh aku bagi kat orang.nak bagi wet selalu aku pon tak berapa nak ada.hehehe
tak pepasal
Posted by
ishaharom
on Sunday, December 27, 2009
/
Comments: (0)
semalam kita dikejutkn dengan kejadian ngeri bila bas yg dipandu terbabas ke divider jalan n sebabkn 10 org mati. agak lama gak tak dgr bite kemalangan bas yang meragut byk nyawa nih. ngeri aku.
mlm sblm tu (jumaat kol 10mlm), berlaku gak eksiden yg menyebabkan kematian. tempat berlaku tu berhampiran ngan poli aku dok nih.
kejadian tu berlaku bila budak yg bawak moto tu berlanggar dgn lori rosak tepi jalan.kalu tak silap aku dah dkt 3 hari lori tu parking tepi jalan (aiseh, xtgkp gambo lak). bila malam jer mmg kelam la tmpt tuh. xde lmpu jalan. dh hmpir ngn lori tu br perasan ada lori parking. tanda amaran yang diletakkan lak cumalah bekas cat kapur jer. letaknya xsmpai pon 10 meter dari lori.
so, budak 2 org yg lalu tu mgkin xnmpak tanda amaran n jugak lori tu terus dorg langgar. n of course budak 2org tu mati on the spot.
syukurla skrg ni bebudak poli dah abis exam n sdg bercuti. aku rasa kemungkinan jadi kat student aku adlh tinggi gak.
so, kepada anda kalian yg dok baca post aku nih beringatlah, berhati-hati dijalan raya. lmbt smpai ke sesatu destinasi tu xpe kalu kita masih waras n bawak dgn cermat. kalu dah eksiden semestinya melibatkan banyak pihak.

luahan hati
Posted by
ishaharom
on Wednesday, December 23, 2009
/
Comments: (0)
harini aku terjumpak satu artikel yang telah disiarkan dalam website utusan. artikel ni aku rasa sedikit sebanyak sama sepertimana tugas pensyarah politeknik cabuk seperti aku ni. aku rasa wajar aku berkongsi bersama bersama kalian.
rujukan: utusan malaysia 10/12/09 ruangan forum
ARKIB : 10/12/2009
ditulis oleh guru yang berkaitan
Guru jadi kerani di sekolah?
SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Md. Dom terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana barangkali saya tidak menulis secara jelas tentang apa yang saya maksudkan dengan beban kerja perkeranian dalam tulisan itu. Biar saya jelaskan lebih lanjut tentang ‘beban kerja perkeranian’.
Contoh pertama: Tugas guru kebajikan dan biasiswa. Saya berpendapat, semua guru, terutama sekali guru tingkatan ialah guru kebajikan. Sebab itulah banyak hal peribadi murid yang mengganggu pembelajaran mereka ada dalam pengetahuan guru. Ibu bapa bercerai, ibu bapa bergaduh, ayah dibuang kerja, ibu lari dari rumah, semuanya diadukan kepada guru. Itu tak mengapa. Jika sedikit tepukan di bahu dan mengesat air mata murid boleh membantu mereka belajar, saya fikir tiada guru yang merungut.
Tetapi guru biasiswa, lain pula ceritanya. Mereka perlu membuat salinan borang, mengedarkan borang, mengutip semula borang dan memastikan semua borang diisi dengan betul, termasuk memastikan semua salinan dokumen sokongan lengkap, seperti salinan kad pengenalan dan sebagainya. Sebelum semua ini bermula, mereka perlu mencari murid yang miskin untuk diberi bantuan biasiswa. Ada banyak jenis biasiswa untuk murid sekolah dan semuanya ada syarat layak yang tertentu, tetapi secara umumnya murid yang keluarganya mempunyai pendapatan kurang daripada seribu ringgit sebulan, layak mendapat bantuan.
Soalnya, tidak bolehkah kerja mengenal pasti murid dan semua ‘kerja-kerja kertas’ itu dibuat oleh kerani? Apa kaitan pengurusan biasiswa yang banyak melibatkan kertas itu dengan kerja guru yang sebenar, iaitu P&P?
Contoh kedua: Saya fikir hampir semua guru sedar bahawa bagi orang-orang politik, semua masalah sosial negara perlu diselesaikan di sekolah. Benar, sekolah memang tempat mendidik, tapi apakah setiap kali ada masalah kita hendak buat satu persatuan atau kelab baru. Tugas guru ialah mendidik murid membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan kita mengajar mereka supaya berfikir sendiri. Kita tidak boleh sebut satu-satu ‘merempit salah’, ‘hisap dadah salah’ atau ‘mencuri salah’, kerana ada terlalu banyak kerja jahat dalam dunia ini. Kita perlu ajar murid berfikir sendiri.
Tetapi apabila kita menghadapi masalah mengatasi jenayah, guru diminta membuat satu kelab antijenayah. Bila ada masalah dadah pula, kita buat pula kelab antidadah, seolah-olah masalah dadah bukan jenayah yang tidak boleh digabung dengan antijenayah. Kemudian kita dapati murid kita tidak sayang kepada negara, kita buat pula kelab kenegaraan, seolah-olah Persatuan Sejarah sudah gagal. Kita boleh buat 100 persatuan dan kelab pun mengikut kehendak masyarakat luar, tetapi siapa yang hendak membuat kerjanya? Mengadakan persatuan bukan semata-mata berkumpul dan membuat aktiviti. Guru perlu menyiapkan laporan, mendaftar persatuan, mengambil gambar, membuat perancangan tahunan. Ini semua ‘kerja-kerja kertas’. Mengapa tidak boleh hantar pegawai polis atau pegawai dari Biro Tata Negara (BTN) datang menguruskan persatuan ini di sekolah? Datanglah setiap hari Sabtu misalnya, untuk aktiviti ini.
Contoh ketiga: Guru data. Tugas guru ini ialah merekodkan hal perjawatan guru, misalnya, tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh temuduga, tarikh sah jawatan, tangga gaji, kursus dan sebagainya. Oleh kerana tugas merekod ini berat, maka guru-guru Data biasanya dikurangkan waktu mengajar, kepada 12 hingga 15 waktu daripada biasanya 25-29 waktu untuk guru-guru lain (setiap waktu ialah 40 minit di sekolah menengah dan 30 minit di sekolah rendah). Masalahnya, guru-guru data ini merekodkan perkara yang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sudah tahu, contohnya, tarikh-tarikh penting seperti tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh sah jawatan. Bukankah surat datang dari SPP?
Contoh keempat: Guru tingkatan. Guru tingkatan ialah antara orang yang paling sakit kepala di sekolah kerana semua guru-guru lain bekerja melalui guru tingkatan. Guru biasiswa hendak edar borang, suruh guru tingkatan. Sekolah hendak cuti, guru tingkatan perlu edar surat. Guru SPBT hendak edar buku teks, guru tingkatan perlu uruskan. Murid kemalangan, hendak mohon insurans, guru tingkatan juga perlu uruskan. Guru Penolong Kanan kokurikulum hendak maklumat kokurikulum murid, pun suruh guru tingkatan, bukan suruh guru persatuan atau kelab. Murid tidak datang sekolah, guru tingkatan perlu hantar surat amaran. Kelas tak ada penyapu, pun guru tingkatan kena belikan. Kadang-kadang kalau kelas kotor, cikgulah yang kena menyapu walaupun sekolah ada tukang sapu swasta. Kalau pegang kelas baik, tak apa. Tapi kalau dapat kelas belakang, memang guru boleh kena serangan jantung.
Sekarang ini syukurlah kita ada sistem online yang mengumpul data peribadi murid yang kita panggil Sistem Maklumat Murid (SMM). Seorang guru dilantik menjaga SMM ini. Jika guru data menjaga maklumat guru, guru SMM menjaga maklumat murid. Tetapi, walaupun SMM sudah ada, guru tingkatan masih perlu mengisi kad 001. Untuk apa, saya pun tidak tahu. Setiap tahun, guru yang memegang kelas tingkatan 1 perlu menyiapkan kad 001 seawal bulan Februari atau Mac. Tetapi selepas itu tiada siapa yang hendak mengurus kad 001 itu, sebab hampir semua keperluan maklumat murid akan diambil dari SMM. Jika kita ada setengah juta murid baru masuk ke tingkatan satu, ada setengah juta lagi murid baru masuk darjah satu. Jika harga kad 001 itu satu ringgit, kita membelanjakan satu juta ringgit untuk kad 001 yang tidak digunakan pun. Ini duit siapa satu juta ini? Dan hal menguruskan kad 001 itu, tenaga siapa kalau bukan guru?
Contoh kelima: Guru perabot. Bila ada masalah perabot sekolah, guru ini kerjanya mengangkut kerusi meja yang rosak dan mengira berapa banyak perlu dihapuskan, berapa banyak perlu mohon yang baru, dan berapa banyak boleh dibaiki. Adakah semua ini membantu murid meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah sebagaimana disebut oleh KPPM dalam tulisannya? Barangkali KPPM tidak pernah nampak rupa guru bermandi peluh turun naik tangga mengangkut perabot, ada yang ringan, ada yang berat. Saya pernah nampak; macam buruh yang kerja membuat bangunan.
Saya tidak nafi, di luar negara pun amalannya ialah melantik guru akademik membuat kerja pentadbiran. Tapi berapa banyak kerja pentadbiran yang mereka ada? Adakah sampai memakan masa 70-80% masa kerja? Saya pernah melawat sekolah di luar negara, dan Guru Besar mereka pun mengajar hampir separuh daripada masa kerja dan membuat kajian tindakan. Adakah Guru Besar dan Pengetua kita membuat kajian tindakan? Setahu saya, hanya negeri Johor mewajibkan semua guru membuat kajian tindakan, itupun ramai yang membuat kajian ‘depan komputer’ kerana kesuntukan masa.
Akuilah, kerja pentadbiran memang sudah mengganggu tugas hakiki guru kita. Kalau tidak mengapa Menteri Pelajaran sejak Datuk Hishamuddin bercakap tentang beban kerja guru?
Mengapa Menteri Pelajaran pernah menyebut tentang institut latihan guru sukan, supaya guru akademik tidak perlu lagi membuat tugasan kokurikulum, sebagai usaha mengurangkan beban kerja guru?
Adakah Menteri Pelajaran tanpa latar belakang pendidikan lebih sedar hakikat di sekolah berbanding KPPM yang pernah menjadi guru? dan mengapa perlu ada Standard Guru Malaysia (SGM) jika kita sudah ada Tonggak 12, kalau bukan kerana guru kita sudah terpesong dari apa yang digariskan dalam Tonggak 12, dek kerana kerja-kerja perkeranian ini? Atau adakah SGM dibuat supaya lebih banyak ‘kerja-kerja kertas’ dibuat oleh guru?
Lembah Pantai, Kuala Lumpur">

hari yang membosankan
Posted by
ishaharom
/
Comments: (0)
sekarang budak2 sedang cuti. kepada yang ter'fail' semester depan masih ada peluang utk anda menebus kesilapan.
ape2 hal, dok di opis mmg bosan bila xde kelas. so, aku masuk lab jer la...
bosan jer...huhuhuhuhu