RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

RM or Emas?

agak menjengkelkan aku sebelum ni untuk membeli emas.

hatta, bini aku nak beli emas pon cam aku tak setuju jer.

huh, itu dulu...skrg dah lain beb.

aku melihat emas sebagai satu bende aje. tapi dari pemerhatian aku menunjukkan yang emas adalah potensi kewangan yang tidak jatuh dan kalis inflasi. 

bayangkan pada zaman rasulullah dulu 1 dinar emas yang beratnya 4.25gram boleh membeli kambing seekor.

harini, setelah 1400tahun kemudian, 1 dinar yang kadaran nilainya lebih kurang RM600++ juga adalah harga bagi seekor kambing adanya.

apa maksudnye? emas tidak berubah dengan peredaran masa.

yang berubah adalah cara manusia menerima mata wang untuk kehidupan harian.

aku pon heran dengan keadaan tersebut. jadinya, adakah kita punyai wang yang banyak harini melambangkan kekayaan kita.

aku kurang setuju. yang aku setuju, emas adalah harta yang bernilai untuk dimiliki disamping wang ringgit dan dolar.

zaman kemusnahan matawang kertas nampaknye akan menemui jalan pengakhiran.

ibarat bulan dan matahari. yang silih ganti beredar atas orbitnya. begitulah kehidupan, zaman kegemilangan akn bersilih ganti.

rutin yang berubah

dulu bangun jam 5stgh pagi terus je mandi. then bekayuh...

sekarang bangun jam 5stgh pagi kena panaskan tungku, basuh kain, masak nasik n lauk. pastu br leh mandi n bekayuh...

mungkin dulu boleh la lepak depan net smp 12tghmlm...
skrg tidak lagi...jam 10 kena tido dah....sebabnye, jam 12tghmlm, jam 3pagi n jam 5pagi orang baru tersebut akan membangunkan kami dari lena. lapar, berak, sakit perut..bla bla bla...

perbezaan aktiviti berlaku akibat daripada pertambahan tanggungjawab n kehadiran orang baru dalam hidup ku.

alhamdulillah, aku puas apa aku buat. aku gembira dengan kehadiran orang baru tersebut. dalam kepala ni sarat dengan perancangan untuk dibuat. bagaimana mahu membahagikan masa. masak, basuh kain, lipat kain, bertungku, memandikan orang baru, menukar lampin..bla bla bla...

yang pasti, kerja di opis perlu diselesaikan di opis jugak. xde pasal nak bawak balik.

ni la orang baru tersebut...

selamat datang ke parenthood world!

hanya be-end mampu memerintah negara?

ni kenyataan dari pi-em mesia
"hanya BN yang mampu memerintah negara menerusi rekod cemerlangnya sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu."
utusan mesia 11dis2010




aku muak dgn kenyataan dari menteri2, juak2, pencacai2 dsbnye dari orang yang keluarkan kenyataan gitu.


bagi aku kenyataan begini sangat tidak betul adanya. bagaimana mungkin kita mengakui akan kehebatan yang kita punyai.


tiada adakah orang lain yang pandai. atau mungkin benarkah hanya mereka pandai dalam hal mentadbir?


atau, adakah ilmu mentadbir hanya ada pada mereka yang keluarkan kenyataan begitu? 


kenyataan begini sama keadaannye seperti lirik lagu relaku pujuk iaitu Tiada lafaz yang lebih agung 
Kalimah cintamu yang ku tunggu2...bla bla bla

aduyai...nape perlu keluarkan idea sedemikian rupa.

eh, salah ker?

berdasarkan pembacaan, pemerhatian, pendengaran aku menunjukkan yang kenyataan2 tersebut sangat bercanggah. 

bagi kes kenyataan awal tu,ini menunjukkan bahawa manusia itu telah menafikan akan kemampuan manusia lain untuk mentadbir. kedua, mereka menidakkan akan kewujudan Rabb yang memberikan ilham untuk mereka memerintah negara. kuasa yang Allah beri untuk kita bukanlah jaminan untuk selama-lamanya.

lihat saja ketakutan yang dialami oleh firaun terhadap tafsir mimpinya yang mengatakan bahawa akan lahirnya seorang manusia yang akan menggugat kedudukannya sebagai pemerintah. maka, firaun memerintahkan agar dihapuskan bayi yang baru lahir dari kalangan bani israel.namum demikian, firaun yang menafikan hak Allah akhirnya memelihara orang yang menentangnya pabila dewasa.

pada pendapat aku, hidup kita hanya sementara. apa yang kita punyai harini mungkin akan hilang esoknya. 
harini mungkin kita sihat. sihatnya kita harini bukanlah jaminan bahawa esok kita akan masih sihat. begitu juga dengan kenyataan bahawa hanya BN mampu memerintah negara ni. kenyataan tu telah menidakkan kuasa yang Allah beri pada mereka itu untuk mentadbir.bahkan mereka takbur dan angkuh seolah-olah kuasa yang ada pada mereka tidak akan lenyap.mereka akan memerintah hingga hari kiamat.

aku sarankan kepada mereka2 yang telah mengeluarkan kenyataan tu bertaubatlah dengan taubat yang sebenar2nya taubat.

betul ker dah sedar?

Terkadang aku gelihati dengan perangai pemimpin yang kununnya merekalah pemimpin yang dilantik oleh rakyat untuk memenuhi keinginan rakyat...


saje membelek2 blog2 seangkatan dan seantero mesia nih...cubalah jua aku memasuki blog orang politik. aku petik dari blog YB DSKT


4. Kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya. 


7. Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding Barisan Nasional yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekaligus menambah perbelanjaan dan hutang mereka."


12. Majoriti rakyat tidak meminta "bulan dan bintang" seperti dalam janji-janji PR. Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan.


15. Lihatlah banyak sejarah kejatuhan parti dan pemerintah kebanyakannya berpunca daripada kenaikan kos sara hidup, petrol dan pengenaan pelbagai cukai yang akhirnya membosankan majoriti rakyat (middle class dan lower class) dan mengambil keputusan menghumbankan mereka jatuh dari tampuk pemerintahan. Saya tidak perlu menyebut contoh namun kenaikan kos sara hidup sudah cukup menghumban beberapa pemimpin parti negara jiran dan eropah sejak berdekad-dekad lalu.


18. Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC, hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh "saman ekor".


19. Saya memberi pandangan ini agar kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada 2008, yang mana saya sendiri tidak mengambil berat manifesto Pakatan ketika itu dan menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan. saya berharap pisang tidak berbuah dua kali.


berdasarkan beberapa petikan tersebut aku sebagai golongan marhain dibawah ni merasakan betul juga apa yang dilontarkan oleh beliau. namun demikian, jika beliau masih memegang tampok pemerintahan adakah perkara ini akan dibangkitkan atau 'terlintas' untuk difikirkan.


aku pon tak pasti apa yang diperjuangkan oleh mereka2 ini. bagaimanapun aku berpendapat yang keadaan hari ini memang sangat medesak untuk rakyat malaysia menukarkan kerajaan yang kononnya paling pandai mentadbir negara. tak pernah pula kita melihat orang lain dari parti yang lain memerintah. PRU13 ni aku mengajak korang2 berfikir sejenak apa yang cuba aku kongsikan ni dan buat keputusan yang baik untuk generasi masa depan.


pada pendapat aku, kita tak perlu untuk meminta gaji dinaikkan. kerana itu menjeratkan kita lagi. tapi aku lebih berminat jika harga barang keperluan diturunkan. itu aje. 

3D2N di Bandung

Dah lama aku nak update pasal percutian aku ke Bandung haritu (dah sebulan pon g)... jadi cam malas lak nk update blog ni.

actually aku g 5D4N ke sana. masih igtkh korang sebulan yang lalu kejadian Gunung Merapi meranapkan pelancongan di Jogjakarta. termasuklah jugak aku. ranaplah impian aku ke sana. Allah maha penyayang. Dia bg jugak aku p (igt kot tket dah cancel) airasia bagi jugak utk tukar route. aku pilih Jakarta.

dugaan tol trip aku kali ni. nape? aku ada pertandingan Robogamez 2010. abih ari ahad(14/11). patutnye aku g Sabtu (13/11) tp sebab usaha dah hmpir 3bulan utk mengerjakan robot ni aku tunda ke hari isnin (15/11). so, trip aku dari 15-17/11.

trip kali ni takde la best sgt...
aku tunjuk gambo dah la...















sajak yang penuh makna

Dulu...(kira2 4bulan lepas masa tugasan aku menghantar isteri terchenta ke sekolah utk praktikum)
selalu saja aku ikuti ruangan sajak di radiu ikim.fm...


kini....tidak lagi (isteri aku da abeh blajo da)
ruangan tersebut kadang kala saja aku dengar itupun jika bernasib baik. namun, ingin aku kongsikan bersama kalian sajak dari sasterawan terbilang tersebut...




Jujur Kata

Jika kita berkata 'ya' tanpa ragu atau letih
Kita tingkat inti daya tanpa lesu juga sedih
Diri kita akan jaya

Jika kita kata 'tidak' sebab malu atau bongkak
Kita tambah daya palsu pada diri tidak boleh
Pasti saja kita kalah

Kita perlu berkata 'ya' memang jika ingin berjaya
Berkata 'tak' jika memang rasa akan kalah
Untuk teguh perlu kukuh

Kita wajar jadi insan penuh sabar dan berkesan
Tiap kata penuh makna dan suara bermaruah
Baru langkah penuh gagah

Nukilan: Dato' (Dr.) A. Samad Said


apa mcm?best tak....huhuhu

bila matlamat menghalalkan cara....

aku mengcilok dari blog siakap hijau...


adakah islam menganjurkan cara berpakaian yang mahu dihalalkan dengan cara begini....lihat pula sape yg jadi advisor bagi program ni diakhir post nih...


ada mata lihat...
ada hati buka.....
ada akal fikir...dan terus berfikir


Islamic Fashion ala 1 Malaysia..Rosmah Mansor dan Najib promosi pakaian islam ala jahiliyah



Oleh: Pria Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco (yahudi)..sungguh terhina lagi memalukan!

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..

Penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak ini..wallahua'lam..
































VIDEO: Legends Islamic Fashion Show HD


P/s: Ada seorang hamba Allah bertanya penulis, siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat dll) program 'fesyen Islam' (sukular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah...

È