RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

mengundi

26/8/08-hari ni pengundian kat permatang pauh... dalam hati aku memang nak pegi sangat. mana tak nya, jentera kerajaan keseluruhannya dikerah ke parlimen tu untuk berkempen untuk orang yang bermatlamat untuk berkhidmat di tempat itu sahaja. manakala calon sorang lagi tu bermatlamat untuk mengambil alih kerajaan yang sedia ada..

so, korang pon dapat tau cemana dia pye fightnye bagi merebut kawasan ni. member2 aku sume nasihatkan tak yah gi. sebabnye, orang memang ramai gile. itu aku takde hal. yang jadi halnya POLIS. kat memana ada polis.hmm...polis yang pakai uniform memang la nampak bro. yang pakai preman ni. pakai baju biasa. dok kat tempat-tempat awam. dengar pe yang kita kata ni. cemana? silap haribulan, naya aku.

so, aku wat keputusan aku xyah gi ar. dptkan maklumat online. walaupun line internet umah aku ni asik putus2 je. daripada aku kena tangkap ke, kena belasah ker, or polis kejar aku ke,. baik tak yah.

diam tak diam, dalam diam2 ni pon aku teringat kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diucapkan beliau pada tahun 1998 dulu. " Kalau takut hadapi risiko usah bicara soal perjuangan". cemana tu?

hurmmmm.....
È