RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

mengapplekan diri



3 hari sebelum raya 2011 dulu, aku menjadi pengguna rasmi apple bg device iPhone 4.

perasaan?

meloncek2 beb. haha

apa yang best menatang tu? macam-macam. superb beb. berbading dengan enpon cap asus hape tah.

setelah 2012 punya raya pulak aku telah miliki koleksi apple device yang terdiri daripada iPhone 4 2bijik, iPad 2 2bijik, iPod touch 4th gen sebijik, iPod nano sebijik dan yang terkini MacBook Air sebijik.

Perlu ke semua ni?

susah nak jawab ni. bagi aku, bergantung kepada keperluan. sekadar nak bagi anak dok diam masa kita ada urusan di pejabat/pasar/bersiar2/melancong/dalam kenderaan awam/ pelbagai lagi baik bagi depa guna iPod ckup. bagi iPad dan lelain, habis hancor la nanti kena baling. haha

antara bebanyak apple device yang aku punyai ni, aku boleh katakan yang iPad adalah keperluan yang sangat bagus untuk aku sebagai pengguna yang boleh buat kerja yang pelbagai. Masalah kat menatang iPad ni satu je, aku akan jadi leka. haha

yang lelain, best guna as it is.

so, am i an apple fanboy?

mungkin kot...

br 2mgu apple baru launch iPhone baru. bernama iPhone 5. adoyai...

macam best.

namun, perlu diingat, keperluan atau kehendak untuk aku guna menatang tu.

apa pendapat anda?


muak

makin lama melihat makin benci.

makin lama menyelak makin sakit hati.

makin lama dok menonton tv makin hangat hati

itulah ameno dan media2 yg dicontrol.

moga mesia cepat bertukar kerajaan sebab rakyat dah tawar hati dengan be end yg dah mati harga diri


Pengembara

Harini agak bersejarah jugak le dalam hidup aku. Sorg taiwan-american people ada dalam umah aku. Kenalan hanya melalui internet.... Datang dari US.nDia dalam trip ke south east asia untuk mengenali bangsa dia sendiri. Bangsa cina! Hanya baru 4 hari aku mendaftar melalui couchsurfing.org, aku telah memberi kepercayaan pada diri aku untuk menempatkan sorang traveller dalam umah ni. Konsep couchsurfing ni pon aku tak ketahuan lg. belasah je la..haha Sesungguhnya Allah mengetahui. Mungkin melalui kaedah ni, perjalanan hidup aku akan begini juga. Merantau keseluruh dunia untuk mengenali diri sebagai manusia dan mengenali Dia sebagai pencipta. Xpe, aku bg peluang dia dok umah aku ni 2 mlm. Korang yg ada tempat menarik nak bawak Micheal Tsai ni ronda2 perlis halo2 la gua. Dia akan keseluruh semenanjung melalui kenderaan darat. Samada menumpang, tahan lori, tidur di gereja, tidur di kuil hindu, kuil buddha dan memacam lg wallahu a'lam. Dah 58hari mengembara.

setelah 24

baru-baru ni setelah setahun lebih adanya aku berkunjung semula ke Unit Darah Spital kangar untuk menderma setelah didesak berkali2 oleh bini aku.

namun demikian, puak2 nurse ni dah observe kedudukan darah aku yg menurut doc ada ciri-ciri talasemia. sel darah merah ke sel darah putih aku ni tak berapa cantik n ujian klinikal keatas darah aku pon depa xbleh kompom untuk sahkan jenis talasemia aku. haha

dah siap baring kowt atas katil penderma darah tu. datang doc Zamri bagitau kenapa aku xleh derma. dengan bopengnya aku pon turun katil n blah. doc yg wat report tu recommend aku permanently cannot donate my blood.

so, setakat tu saje la aku bleh bantu masyarakat sekitar dari darah aku.

10kali di spital kangar
3kali spital alor star
4kali spital sg petani
1kali spital temenggong ibrahim kulai
5kali pusat darah negara
1kali spital kuala terengganu

total 24kali.

shud i say gud bye to windows?..

lame betoi aku tak menghapdet blog ni. yg dok jejenguk tu terima kasih atas sokongan. walaupun tak banyak sgt kerja nk disetelkan kerja2 blogging rasa cam malas lak. haha

biarpun byk jugak perkara boleh dikongsi disini, dek kerana kewarasan kemalasan tu tahap cipan makanya tak leh la nk berkongsi. heh

kerja2 frgs, kerja2 mengajo, hal-hal melancong, berenti jadi warden kamsis, dan terkini telah menjadi pengguna epal kena tokak. haha

ini baru saje aku mulakan dalam beberapa ketika waktu yang takle lame sgt. beberapa hari ketika mahu berhari raya. ia berlaku secara tetiba saje ketika meneman sahabat yang kesakitan lobang bon*** yang dah bertahun lama kesakitan tu dialami beliau ke rumah pengamal ubat tradisional ni. ketika balik dari acara mengubat tu, saje sembang pasal epon yang sedang dia pakai.

aku tertrigger dgn kepantasan epon tersebut yang sangat cekap mendapatkan lokasi semasa dalam apps gps dia. wallawei!

recce punya recce tye pye tye akhirnya terjatuh hati juga menukarkan enpon cap taiwan yang sangat lembap mendapatkan signal gps dan apatah lagi sangat lambat merespon ketika aku termasuk dalam voicemail org di panggil. apapon terima kasih kepada beliau yang sudi berkhidmat utk aku selama setahun lebih juga(ke lebih, entah) adanya.

yang menariknya aku telah membeli epon cap epal kena tokak tu dengan wang emas! wah, macam citer p romli lak.

penjimatan hasil pembelian tersebut agak besar berbanding jika dibeli menggunakan kertas yang mempunyai nombor.

kemudiannya, aku juga telah memilih utk mendapatkan aipet yang pada waktu dan ketika mencari2 tablet yg sesuai (meriki juga tablet cap korea yang mengeluarkan mesin basuh juga adanya) utk digunakan pada waktu kerja. memang best guna epal kena tokak ni.

jga aipet ni pembelian menggunakan wang emas dan perak! penjimatan lebih 20% juga adanya dengan menggunakan wang emas  tersebut. wang emas, saya mesti pilih!

jadi, bila dah berkurang wang emas tersebut maka perlulah aku mereplace tempatnya yang telah aku ambil untuk bermuamalat.

so, epal kena tokak berganda lebih baik dari tetingkap bagi aku. selepas dah replace wang emas yang dah digunakan tu macam nak beralih pula kepada mek dimana keadaannya sepertimana mesia ni yang dah lama beku dalam otak ni dengan ameno jadi tidaklah ada salahnya beralih alternative choice yang ada sekarang.

yang tu kena amek masa jugaklah nak kumpul....

thus, shud i say welcome to mek and say gudbye to tetingkap...? i almost there...haha

apa dia?

terkadang mata silap melihat,
           mulut silap merasa,
           telinga silap mendengar,
           hidung silap menghidu.

dan itulah resam kehidupan ini. apa yang dibuat serba tak kena. dikata salah, tak dikata salah.

dari itu, teruskan dengan agenda kehidupan masing-masing. manusia punyai seribu jalan untuk berjaya. bagaimana untuk mendapatkan kejayaan tu, lebih seribu kaedah boleh digunakan. samada salah atau betul. itu yang kurang diambil berat.

maklumat baru untuk aku harini(padahal dah 4 tahun isu ni)

tadi aku masuk ke satu bank yang beroperasi pada hari ahad. 

tujuan aku adalah untuk memajak gadai emas yg aku beli beberapa gram haritu. 

dalam slip cert. yg disertakan bersama emas aku tu adalah 999.9 ketulenannya. ini bermakna, emas yg aku miliki itu adalah 24k.

namun demikian, bila ditimbang dari mesin bank tersebut....23k.

adoyai....

apahal ni. lantas aku cuba menelipon tuan nubex(tmpt aku membeli emas tu). ah, harini ahad. mana ada kampeni kelumpo bukak.

walaupun dicatatkan 23k, aku masih dibenarkan membuat pajak gadai tersebut.

balik ke rumah, aku hubungi tuan nubex melalui email. dan ini jawapannya:


Utk makluman En Shaharom, perkara ini telah menjadi perbincangan umum sejak 4 tahun lepas.

Saya sendiri telah menulis berkenaan hal ini di Berita Harian pada tahun 2008 mengenai sikap sesetengah institusi pajak gadai "Islam" yang tidak mengambil berat tentang hal ini.

Saya telah letakkan keratan akhbar tersebut di Facebook Nubex Supporter di URL ini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150140142450767&set=a.258049660766.185701.214038185766&theater

Selepas pendedahan tersebut dibuat, saya telah dibawa berjumpa dengan Pengerusi Bank tersebut di ibu pejabat bank tersebut dan beliau telah memanggil Pengurus Besar Perbankan (Retail) ketika itu mengarahkan beliau (dihadapan saya) untuk menukar mesin2 GK-300 yang digunapakai di semua cawangan bank tersebut. Namun sehingga hari ini ianya masih belum dilakukan. 

Tahun lepas, saya telah dilantik untuk menjadi perunding oleh Al-Rajhi Bank utk produk berkenaan emas yang bakal mereka lancarkan kelak. Perkara pertama yang saya buat ialah menekankan penggunaan mesin density yang tepat. Saya telah memberi spesifikasi mesin yang diiktiraf iaitu Mettler Toledo dari Switzerland. Al-Rajhi Bank telah membuat perolehan untuk mesin tersebut baru-baru ini. Insha-allah Tuan tidak akan mendapat sebarang masalah sekiranya berurusan dengan Al-Rajhi Bank kelak.

Sekiranya Tuan masih ingin mendapat jawapan muktamad tentang hal ini, saya nasihatkan agar Tuan dapat membawa emas tersebut ke mana-mana cawangan Habib Jewel, Poh Kong atau mana-mana kedai emas terkemuka. Tuan akan dapat jawapan muktamad dari mereka sama ada emas tersebut adalah emas 24k atau 23k.

Diharap Tuan berpuas hati dengan jawapan ini.

Sekian, terima kasih!

MFMN
Nubex Sdn Bhd

adoyai, macam ni pon ada ka. kita nak berurusniaga cara islam. tapi....entahla.

lu pikiaq la sendiri labu
È