RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

tak bestnye aku dengo...

aku ni xde la berapa tahu sgt pasal bajet yg baru diumumkan oleh pi em semalam....

yang aku tahu dari apa yg dia umumkan tuh adalah cadangan utk kenakan cukai utk pengguna yang melanggan TV berbayar. dan semestinya adalah pelanggan astro. berbanding pulak dengan penghapusan cukai 5 ke 30% utk barangan berjenama.

aku menelaah benda ni dalam keadaan begini. sapa yang dok beli barangan baju2, spende2, seluar2 n 300barangan lain tetiap bulan? mahal beb. pertamanya tengok pada jenama beb. jenama yg branded ni kebanyakkannya bukan orang mesia punye. sykt antarabangsa. dah tu sape punye tuannye kalu dah jenama antarabangsa. majoriti adalah yahudi bro.

bila dah namanya yahudi, ini bermaksud pendapatan atau kuasa belian terhadap barangan berjenama ni akan melonjak. dan bila dah melonjak sape yang untung? semestinya yahudi tadi. adakah ini cara kita nak boikot yahudi? pada pendapat peribadi aku galakan pembelian ni bukan menguntungkan orang islam. tapi memusnahkan orang islam di palestin sebabnye duit dah banyak bagi kat sykt yahudi tadi.

ini sebagai kuasa pembelian @ penghapusan cukai yang serampang dua mata beb.

berbalik pasal astro tadi pulak, bagi aku ni cara yang tak perlu la utk ambik cukai dari rakyat marhain cam aku nih. dok di perlis ni mana ada nk dapat siaran mesia. kalu xde astro mmg xleh la nk menengok tv la. xtau la pe berlaku di luar sana. sebabnye? kat sini hanya boleh tune utk TV THAI saja...dah tu cemana tak melanggan astro. sama gak kat umah parents aku di selangor nun, tv mesia ni cukup susah nk dapat siaran. walhal dekat je bt caves nun dgn kl. dah tu tepaksa la langgan astro. bukannye sikit...6%beb. kalu cam aku ni langgan rm59.90 maka thun depan 2011 aku kena tambah 6% jadik 59.90+ 3.59=63.49. tu utk aku sorg. skrg ni astro ada 2.9juta pelanggan banyak mana beb. kot kata cukai permulaan ni adalah 2% xpela. ni terus 6%.

perkara lain yang aku agak tak best dengo pasal bajet ni adalah berkaitan kenaikan cukai perkhidmatan atau service charge naik 1% dari 5% jadik 6%. segalanya cukai, cukai dan terus cukai....jgn pasni ada cukai kepala cukup ar.
È