aku berpendapat yg aku ni bolehmeniaga. dari kecik lagi aku dah didedahkan dgn perniagaan. cumanya perniagaan kecil2an lol...
masa mengalamai zaman kepayahan hdup utk survive dek kerana idup tak tentu arah masa kecik dl, allahyarham tokwan aku bagi jalan utk meniaga la gak. biarpn asik ngomel byk dia tu, tp masih sygkan kitorg anak beranak. dapatlah meniaga jual jagung, meniaga jual buah2.
bila naik remaja, aku mendedahkan diri pulak dgn meniaga barang2 terpakai utk student final sem ketika di ito dl. ada la jugak pendapatan kecil2an. kendian, waktu extend blajo degree dl member seextend aku mengajak aku meniaga jual2 baju. ambik tempahan. n itu pon aku meniaga gak. sambil2 ambil tempahan, aku pon wat jualan runcit didataran anggerik. ada la gak pendapatan kecil2an.
dah abih blajo n keje ngan swasta, aku tak jalankan pe2 perniagaan. aku mmg cam dah puas ati ngan gaji yg sedia ada. tah pe2 masa tuh.
last disember aku dilantik menjadi anggota lembaga koperasi. n bila melalui kursus asas koperasi aku kembali minat utk meniaga. umur dah nk masuk 30 ni takkan masih nak wat kecil2an. asasnya, perniagaan yg nak dibuat musti ada produk nak dijual n kumpulan sasar n satu lagi yg terpenting ia DIDAFTARKAN!.
pikir pye pk, ape aku nak meniaga nih...last2 dapat idea gak..heh..
aku amek keputusan nak meniaga alat2 elektronik. wat cam cb electronic di alor setar tuh. tapi xkan nak bukak kedai terus. hurmmm...baik aku wat kecil2an dl. bajet ciput kena la wat ciput dl. kumpul modal. memandangkan aku ni ada la gak kemahiran wat projek2 elektronik n mekanikal nih, aku nekad nak jual alat2 elektronik. so, terwujudlah MSI Mekatronik Enterprise n aku baru mula masuk untuk menjual barang2 aku aku ada dalam simpanan aku n p beli brang2 tmbahan utk wat stok.
kalu sesapa nak tgk pe yg aku meniaga leh la masuk dalam blog kedai aku nih. MSI MEkatronik. so, korang ushar2 lew perniagaan aku ni. mana la tau, ada beminat ngan produk yg aku jual tuh.