RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

Percutian Bajet 2

Insya allah aku akan menamatkan penantian aku untuk menghabiskan lawatan/ makan2 angin ke semua negeri2 yang ada di Malaysia esok.

Negeri terakhir yang aku akan lawati adalah Sarawak dan lawatan aku kali ni mungkin Kuching jer kot. Pe yang aku cari di Kuching ni aku pon tak pasti lagi.

Yang penting agenda aku bukanlah pergi bershopping2 or pergi menghabiskan duit dgn bnd2 yang boleh dapat di Semenanjung Tanah Melayu. huhhuhuhu

Tiket flight yang aku dapt kali ni adalah semurah RM 29.00 seorang sekali perjalanan.

wah, murah kan?

yang tak bestnya, aku beli 6 bulan yang lepas. iaitu sebelum percutian bajet yang yang pertama haritu. tgk sini

so, perjalanan kali ni tak la se best yang pertama aritu pasalnye naik Airasia. yang penting M.U.R.A.H. heheheh

Tiket flight + tiket bas dari KL Sentral = (RM 29 (utk 1 perjalanan) x 2(pergi dan balik) x 2orang ) + (RM6.50(tiket bas) x 2(pergi n balik) x 2 orang)

bersamaan = RM 116 + RM26 = RM142.00.

perjalanan dari Sg Petani(letak kereta kat umah sedara) ke KL Sentral (naik keretapi) = RM42.00 x 2orang x 2(p balik)= RM168.00.

so, perjalanan naik ketapi n naik flight adalah lebih murah naik flight.

bagi aku, biar kita bajet nak ke mana2 pon. yang penting leh sampai dgn selamat udah le.

so kekawan, korang dah sampai ke Kuching? simpan la skit duit. abiskan mesia dl.

target aku utk 2 thun lepas utk abiskn negeri2 di Mesia akan tercapai n coming soon bulan 3 ke Phuket lak Bangkok n Bandung + Jakarta lak ujung thun ni.

Trip berjimat oleh ishaharom:
1- Cari tiket kemana2 yang penyedia perkhidmatan buat promosi.
2- Berjimat cermat (ikat perut tu)
3- Simpan duit (skit2 lama2 jadi bukit)
4- Sementara kesihatan masih ok ni boleh la g tempat2 orang. tgk dunia. dah sakit nyusahkan orang lak.
5- Kalu bleh bawak keta sendiri kat tmpt yang nak p jgn malu2 n tkut2. malu bertanya sesat jalan.( guna travel agency mmg selesa, cuma ongkosnya lol).

ayuh ke Kuching!

ekspo pendidikan or ekspo nyanyian?

ujung mgu ritu aku ada singgah di dewan wawasan kubang pasu.

dah bini aku ajak dari mgu lepas g. dah tgh memkn kat stall brader cendol bawah jejantas changlun nun n tenampak lak bunting pasal ekspo pendidikan yang digantung bdekatan ngan meja mkn tu terus aku pon ke sana.

dari jauh pintu depan dewan wawasan tu aku dah nampak bendera penganjur. bukannya bendera persatuan guru-guru kedah or pe, tp bendera parti politik yang dikatakan tunjang kepada orang melayu.

xpela...masuk jer la. dah ni benda baik dorg buat sesekali kena la tgk gak.

keluar jer dari pintu keta di kawasan parking tu, dung dang dung dang musik dari meja deejay luar dewan. kat luar dewan ada memacam gerai jualan. baju le, kasut le, myk wangi, n lelain ar...

xpela..mgkn nak memeriahkan ekspo tuh. pengunjung xde la ramai mana pon.

masuk dewan.....lagi kuat muzik. bukan dari deejay yang berpanas di luar bgnn dewan tu...tp ada nyanyi2 dari artis...wat pertandingan karaoke ke hape tah. booth2 yang terpacak tu majoritinya pendidikan. mrsm kubang pasu le, polimas le, kolej komuniti bandar darulaman le, uum, usm, kliuc, unitar, sbp kubang pasu n memacam.

kejadah diorang ni....ekspo pendidikan hape gini. aku pon tak paham ngan biro pendidikan parti tu. jualan buku cuma 3 gerai jer.

mgkn sbb ni jugak le aku tak minat lgsg ngan parti politik yang wat anjuran tuh...

budaya hiburan yang melampau....kot kata ada nyanyi lagu nasyid skdr minimum volume n dari cd kira ok la tu. ni p nyanyi live lak. so, orang nak datagn lawat pe nih. lawat booth ipt yg amek bahagian or datang tgk org nyanyi. matlamat dah menyimpang.

sedikit sbyk dari ekspo nih aku tau la gak pe yg ada dalam pale otak biro pendidikan yang menganjurkan ekspo nih.....

lapo lak

tgh dok layan2 fb n blog member2 terasa lapo lak perut nih.

lantas aku pon nengok pe2 barang yg aku bleh ngap mlm2 gini.

aha...ada kacang ijo, ada gula merah bertapis, ada santan segera, ada lelain barang.

so, pe g bubur kacang in da mission mlm nih.

bahan2 yang perlu:

500 gm kacang hijau
250 gm gula merah atau putih
1/2 liter santan kelapa
secawan air.
2 helai daun pandan
sedikit halia
Sedikit garam.

Cara:
Rebus kacang hijau sampai lembut. Masukkan santan bersama daun pandan, kemudian masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Agak2 nak masak masukkan halia yang dipenyek. Agak2 ok, korang tutup api. kendian hidangkan.

wallaweh, sedap jek.

kesan dari sedikit halia tu pe lagi, korang leh sendawa dengan baik or dapat melepaskan angin dari celahan gua2 tempurung korang tuh.

cuba2 dan selamat menjamu selera.

huhuhuhu

p/s: cam maknyah lak bubuh resepi memasak dalam blog nih.
hahahaha
È