RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

dah selamat dah...

tanggal 12/12/2008, alhamdulillah aku telah selamat diijabkabulkan oleh bapa mertua aku di masjid al-mukarramah, bandar sri damansara jam 4petang.dengan cuaca yang ku pohonkan tidak diturunkan hujan alhamdulillah semuanya baik dan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

korang-korang yang membaca blog aku ni doakanlah semoga aku dapat membimbing keluarga yang baru aku bina ni ke arah keredhaan-Nya. Amin...






hari penikahan


kenduri di rumah perempuan

utusan raja sehari

Untuk makluman pembaca sekalian, aku akan mengadakan kenduri kahwin pada 21/12/2008 iaitu hari ahad.

jadi, aku jemput semua yang ada baca ni jemput la datang ke rumah aku. berikut adalah kad jemputan aku.



PB oh PB

PB? menatang pe tu. paling busuk ker? tak pon Paling Bijak. eh, xdelah. Penilaian Berterusan. dah dekat ngan final ni aku kena kejar siapkan menatang alah ni. bosan aku. banyak dowh. dah la ngajo banyak subjek. jenuh aku nak siapkan. dengan budak2 yang tak hantar. yang hantar last minute. sekali hantar sampai 5 jenis assignment yang dorg tertunggak. kalu sorang xkisah sangat. ni sampai 3 kelas. total dalam 90orang. katakan 10% yang wat pangai gini. ada lebih kurang 9orang. kali lak ngan 5assignment= 45 jenis assignment aku kena tanda dalam masa 2hari.

Aku tak terima asgmt dorg karang kata aku ni kejam lak. pale otak betol.PB rendah dorg nak wat asgmt tambahan lak. jangan harap aku nak bagi. aku dah bagi peluang awal2 sem lagi. aku tak leh tolong. aku boleh bagi markah bonus melalui derma darah or per2 keje kemasyarakatan n aku boleh bagi 3 ke 5 markah free. itu pon ramai tak nak.

ape da. kali ni akan ada yang fail lagi nampaknya. sepanjang 4sem aku ngajo subjek yang sama xdak lagi yg tak fail. musti ada yang fail. n musti ada yang dapat A.

so, kepada budak2 aku yang baca snippet aku ni. korang jaga2. pe aku suruh wat tu korang buat jer. kalu tak, abis la korang. aku siat2 kertas exam ko.hahahahah

final exam

final exam. ada yang rasakan ia menakutkan dan ada yang cool jer. nape ek? terkadang kita terlewa ngan perkara2 lain menyebabkan bahang final exam ni tak terasa pon. biasa jer.

tah ar...aku baru abis dua paper kat uum nun. bayangkan la aku wat final exam 2 subjek sekaligus. abis exam kol 11.30am terus wat yang kol 12 tghri pye. pikir2 semula macam haram seh. ada ke pasal wat final exam dalam hari yang sama waktunye berlainan la beb 2 paper sekaligus.

1st time aku belajo wat gini. tahap master ni kita yg deal ngan lecturer nak wat waktu bila. so, aku memang deal ngan lecturer hal final exam bebaru ni.

bapak ah. pening sial. blank kepala aku. hurm...jangan la sesapa wat gini lagi. dah serik aku. tahap kepeningan tak la meningkat kalu korang prepare dari awal. kalu tak jadi la mcm signboard ni.


masa = emas = ape ek?

2 hari ni aku jumpa satu kes yg sama tapi pelbagai. kes apa? kes polis ker? bukan la kes polis. kes budak2 aku. sem 5, sem 1 n sem 6 (sem 3 pon sama).

apa kes? datang kelas lewat la, datang presentation projek lewat la n satu lagi datang appointment lewat. apa aku buat? halau! balik! panjat tangga jabatan 5 kali naik turun! xmau tgk muke!tak bagi present!hah apa lagi? e2 jer la. lebih-lebih tak der pon.

kenapa tah aku. gile sawan ke suruh orang tak bagi present sbb lewat datang? ke nak lepaskan geram kat dorg.hm... ada sebab sbnrnya:
masa aku keje ngan swasta dulu pelbagai jenis kilang aku masuk wat keje. aku dulu dikirakan sbg service engineer la.repair industrial printer. beratus2 kilang aku pi repair manatang tuh. budaya ketepatan masa tu sangat penting bagi orang industri nih. ko nak stop production jap pon dorg dah tye bile boleh siap repair, padahal aku tgk printer tu pon blm. so, apa mcm kalu aku lengah2kan masa repair tu. leh borak2 ngan awek2 kilang kalu lengah2 ni kan. tapi bila supervisor line tu tye g2 apa maksudnye? "cepat la wat tu bagi siap. line aku nak jalan ni. jangan dok terhegeh2 nak ngorat awek2 kilang aku nih. "

apa lagi, aku kena la kompeten repair bende tuh. so, kalu aku lambat, apa jadi? abis la aku pye prestasi kerja. buat si supervisor tu repot kat manager aku, jahanam la increment aku.

jadi, bila dah biasa pasal masa ni cemana ngan budak2 yang aku ajo ni. buat pekak n buat buta jer ke tgk budak lambat ni. NO WAY MAN! kena latih dorg menghargai masa. cemana? bagi peluang 3 kali. lepas 3 kali apa lagi tiada maaf bagimu la bro.get lost.
huhuhhuhu

oleh itu, jika masa = emas, emas = apa pulak eh?

kursus robotik kat GMI

dah lama aku tak tulis. korang yg dtg tgk2 blog ni musti bosan kan. asik bnd sama jer. tak update la lu brader.so, aku pon nak memblogkan diri aku skrg.huhuhuhu

skrg ni aku tgh berkursus kat GMI. German Malaysia Institute. aku rasa ada yang tau n ada yang tak tau. setau aku GMI ni kolej kemahiran bawah kelolaan MARA. sama gak ngan kolej2 lain spt BMI(British Malaysia Institute), MSI (Malaysia Spanish Institute), MFI( Malaysia France Institute) dan tah pe lagi tah. yang dapat aku tengok GMI ni memang besar tempatnya. fasiliti cukup hebat. ada satu bangunan yang aku dok kursus ni didirikan 15tingkat. gile ah.bangunan lain yang dekat2 ngan bgnn ni pon tinggi2 gak. kapasiti leh masuk sini aku ingat leh cecah 5000+ pelajar.



kampus ni lak disediakan lengkap ngan asrama pelajar yang mana bagi setiap bangunan tu berbelas2 tingkat. kompleks sukan dia pergh..byk jenis games dia leh wat. padang futsal pon ada. kalu nak compare memana Politeknik memang takdak la yang sama mcm GMI ni. eh...terpromote GMI lak. tak pe la, suke ati aku la blog aku. punya pasal aku la nak tulis per.huhuuhuhu

so, berbalik kepada persoalan pokok mengenai kursus ni banyak gak bnd yang aku dapat belajar pasal robot. yang aku blajar ni adalah industrial robot. robot yang hanya menjalankan tugas2 di industri secara khusus. spt mengecat, memateri(welder robot), assembly robot n memacam lagi la. yang aku dok buat kat budak2 aku cuma mobile robot. bukan industrial robot ar.

kat sini aku tarokkan video yang kita leh tgk kerja2 yang dilakukan oleh encik2 robot ni.





kalu korang tengok pe yang dia dok buat tu nampak sangat yang robot memang tak reti erti penat. agak2nya ada tak orang yang gile keje mcm robot ni ek.

ape punya pegawai da...

petang tadi aku ada beberapa urusan di satu pejabat kerajaan ni. kat negeri kecik yang aku duduk ni, kaunter perkhidmatan yang disediakan tu pon kecik la. itu aku takdak hal. bila sampai opis tu, aku pon kemukakan la segala mak nenek barang2 yang perlu utk aku setelkan.

memula, brader yang jaga kaunter tu cakap kaunter dah tutup. masa dah lebih. aik, baru semalam aku pi ke alor setar. jabatan yang sama jugak. kat sana tutup urusan 4 petang. ni perlis tutup 3.30 petang. aku dah pelik. apahal...jabatan yang sama, sediakan perkhidmatan yang sama berbeza waktu kerjanya. padahal negeri sebelah jer.

pegi jahanam la kat dia. bila aku ckp yang alor setar tutup pukol 4 petang takkan la perlis 3.30 kot. dia entertain gak. nak jadik citer, datang la sorang pegawai ni. pegawai dia kot. cakap yang hal yang aku nak wat ni mungkin akan ada masalah nanti. woi, apahal. aku tanya LHDN alor setar dia kata ok jer nak kemukakan dokumen ni kat memana LHDN yang ada. bila dah temper gini apa lagi aku lenting la sama dia.

aku yang keje kerajaan n terima cukai rakyat boleh jer terima student aku waktu makan tengah hari ke, waktu dah abis opis hour ke, waktu malam ke tak de nak berkira pon. apa punya orang la. apa punya birokrasi la.

ah, malas la aku nak citer. bengang pulak nak taip. huhuhuhu...aku po tak tau apa aku nak citer ni. macam takdak kaitan ngan tajuk jer. hehehehe

makin gawat dong!

kejutan demi kejutan berlaku dalam negara malaysia yang tercinta ni. lepas jer DSAI mengumumkan bahawa beliau mempunyai cukup senarai nama ahli parlimen yang mahu menukar dan membentuk kerajaan baru semalam maka DSAAB pulak dengan keangkuhan dalam sipu-sipu menafikan perkara tu tak betul.

maka, hari ni pulak DSAAB menukar pulak jawatan menteri kewangan yang dipegangnya kepada DSNAR dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan. persoalannya, kenapa tiba-tiba, tergesa-gesa, bak kata orang-orang lama takde angin tiba-tiba pokok bergoncang. apa mcm bro? apa dah berlaku ni?

hm...orang yang dok dalam malaysia ni pon pening nak pikir, inikan pulak orang bukan malaysia. aku ingat musti ada apa-apa rancangan yang dibuat oleh DSAAB untuk mengatasi pengaruh DSAI yang tengah dok kejar dia menuju ke putrajaya.

maka,dengan itu sapa pulak yang bertanggungjawab terhadap harga minyak sekarang. sudah pasti DSNAR! masa DSAI jadi menteri kewangan beliaulah yang menaikkan atau menurunkan harga komoditi tersebut. maka, berkuatkuasa harini sebagai menteri kewangan kita harapkan DSNAR bertanggungawab sepenuhnya pulak.

oleh itu, kita pakat-pakat mintak kat allah supaya hati DSNAR akan diperlihatkan terhadap kesengsaraan rakyat hari ni. minyak mahal, barang-barang dapo mahal, tambang bas mahal, dan segala macam mahal. jadi, DSNAR akan menurunkan harga minyak sesuai dengan harga semasa yang berlaku hari ni. dah turun bawah 100dolar setong pon. bila harga minyak kita turun, maka kita bleh mintak dia untuk mintak peniaga-peniaga menurunkan harga barang.

yang pasti, kita kena bersabar dengan segala macam hal yang berlaku dalam malaysia ni. makin gawat dong!

dah setengah bulan kita berpuasa

hari ni 14/9/2008M @ 14/9/1429H. bermakna sudah 14hari kita umat Islam telah menunaikan ibadah puasa. mungkin pengalaman puasa sedikit masa dahulu agak berlainan dari sekarang.

kalau dahulu, masa yang ditempuhi untuk melengkapkan seharian berpuasa tu terasa lama. namun pada hari ini (maksudnya waktu sekarang le) rasakan masa yang berlalu tu amatlah cepat. kenapa jadi begitu ek? mungkin sebab kita sibuk dengan urusan masing-masing menyebabkan masa yang berlalu tu terasa sekejap je. atau adakah usia yang semakin meningkat ni tidak sangat terasa masa tu berlalu dek kesibukan tugasan harian kita tu. dulu kecik lagi. mana ada wat keje2 ni.yang paling boleh wat keje pon yang dibuat adalah tengok tv. pastu kalu letih sebab berpuasa tv pulak yang tengok kita.

semenjak dok asrama sekolah dulu, pastu blajo kat tempat lain, pastu keje sekali je aku rasa 30hari genap atau sebulan aku berpuasa kat rumah mak bapak aku. tu pun sebab faktor tempat kerja dekat ngan rumah la. yang lainnye, sume dok merantau. (merantau ke aku?)biar merantau, jangan meracau.

so, aku pon teringat la lagu p romli( orang kampung ijam cakap) yang bertajuk dendang perantau. korang pon leh nyanyi sama-sama. aku tarok lirik sekali disini.



P. Ramlee

Dendang Perantau

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir )

ni pulak pasal lotus apx.concept car dari lotus

Perhatikan bebetol gambo2 yg aku dpt ni. memang sama mcm proton msx yg aku post sblm ni











Lotus Engineering released Friday specs and photos for its APX crossover concept, ahead of its official debut at the Geneva Motor Show next week.

In case you were wondering, APX stands for "Aluminium Performance Crossover." The concept car is a demonstration vehicle for Lotus' Versatile Vehicle Architecture, which will be the foundation for the upcoming Lotus mid-engine "super sportscar", slated for a 2008 launch.

The APX is a 4WD crossover with "5 2" seating. (In a refreshing bit of candor, Lotus calls the two rear seats "occasional." Other SUV and CUV manufacturers, please take note.) The APX is powered by a supercharged, front-mounted, 3-liter DOHC V6 designed by Lotus (!) and making 300 hp at 6250 rpm, good for 0-60 mph in 5.0 seconds (quicker than the Lotus Europa S). A symphony of cast, stamped and extruded aluminum, the APX weighs only 3454 lb, its light weight contributing to not only its sparkling performance, but also its impressive fuel consumption of 32 mpg.

Lotus says that the APX and its powerplant are not "concepts" but "feasible prototype(s) close to production," even though they are "not a concept indicating a strategic direction of Lotus Cars." Whatever. There's a lot going on at Lotus - the next couple of years should be interesting. More after the jump!

[Source: Group Lotus]

mengundi

26/8/08-hari ni pengundian kat permatang pauh... dalam hati aku memang nak pegi sangat. mana tak nya, jentera kerajaan keseluruhannya dikerah ke parlimen tu untuk berkempen untuk orang yang bermatlamat untuk berkhidmat di tempat itu sahaja. manakala calon sorang lagi tu bermatlamat untuk mengambil alih kerajaan yang sedia ada..

so, korang pon dapat tau cemana dia pye fightnye bagi merebut kawasan ni. member2 aku sume nasihatkan tak yah gi. sebabnye, orang memang ramai gile. itu aku takde hal. yang jadi halnya POLIS. kat memana ada polis.hmm...polis yang pakai uniform memang la nampak bro. yang pakai preman ni. pakai baju biasa. dok kat tempat-tempat awam. dengar pe yang kita kata ni. cemana? silap haribulan, naya aku.

so, aku wat keputusan aku xyah gi ar. dptkan maklumat online. walaupun line internet umah aku ni asik putus2 je. daripada aku kena tangkap ke, kena belasah ker, or polis kejar aku ke,. baik tak yah.

diam tak diam, dalam diam2 ni pon aku teringat kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diucapkan beliau pada tahun 1998 dulu. " Kalau takut hadapi risiko usah bicara soal perjuangan". cemana tu?

hurmmmm.....
È