RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

kali ke 22

sok lusa tahun baru masihi akan menjelma lagi. dan dengan kedatangan tahun baru yang bakal menjelma lagi ni adakah kita pernah berazam sesuatu mengenai hidup atau mengenai kematian atau mengenai apa saja.

alhamdulillah tahun ni akan menamatkan rekod aku sendiri berkenaan hal derma darah. dalam 2 ke 3 hari ni ada korang terperasan iklan dari Pusat Darah Negara. PDN mohon rakyat malaysia yang berkelayakan untuk menyepenkan sedikit masa untuk memberikan darah kepada PDN akibat daripada simpanan yang ada telah berkurangan.

sekian lamanya aku membuat bakti ni aku rasakan ia sebagai satu kewajipan utk aku menghulurkan sedikit darah yang ada ni kepada mereka yang memerlukan.

tengahari tadi adalah kali keempat bagi tahun ni aku menderma darah. dan pada harini jugaklah telah 22kali aku menderma darahku kepada beberapa hospital diserata semenanjung.

si sg petani, kangar, alor setar, bt pahat, kuala terengganu, kulai, PDN dan beberapa tempat lagi telah aku kunjungi. sekadar berkongsi, bukan untuk membangga diri.

darah terakhir aku tahun ni

dengan berakhirnya tahun ni umur aku dah melepasi 28 tahun. dan tahun depan adalah 29. nombor yang agak banyak aku rasa.

adakah tahun depan aku masih berpeluang menderma lagi. adakah allah memberikan kesihatan yang baik utk aku terus menyumbangkan sedikit darah yang ada utk segelintir manusia yang memerlukan. adakah aku boleh mendapatkan darah yang diperlukan ketika aku memerlukan. entah...wallahu 'alam.

aku harap tahun 2010 yang bakal menjengah tak lama lagi ni masih ada peluanglah untuk aku mencukupkan lagi 4 kali aku menderma darah lagi.

kalau aku kisahkan darah aku nak bagi kat orang, agak2nya korang nak bagi per eh?

p/s: dah aku ada darah jer yang leh aku bagi kat orang.nak bagi wet selalu aku pon tak berapa nak ada.hehehe

tak pepasal

semalam kita dikejutkn dengan kejadian ngeri bila bas yg dipandu terbabas ke divider jalan n sebabkn 10 org mati. agak lama gak tak dgr bite kemalangan bas yang meragut byk nyawa nih. ngeri aku.

mlm sblm tu (jumaat kol 10mlm), berlaku gak eksiden yg menyebabkan kematian. tempat berlaku tu berhampiran ngan poli aku dok nih.

kejadian tu berlaku bila budak yg bawak moto tu berlanggar dgn lori rosak tepi jalan.kalu tak silap aku dah dkt 3 hari lori tu parking tepi jalan (aiseh, xtgkp gambo lak). bila malam jer mmg kelam la tmpt tuh. xde lmpu jalan. dh hmpir ngn lori tu br perasan ada lori parking. tanda amaran yang diletakkan lak cumalah bekas cat kapur jer. letaknya xsmpai pon 10 meter dari lori.

so, budak 2 org yg lalu tu mgkin xnmpak tanda amaran n jugak lori tu terus dorg langgar. n of course budak 2org tu mati on the spot.

syukurla skrg ni bebudak poli dah abis exam n sdg bercuti. aku rasa kemungkinan jadi kat student aku adlh tinggi gak.

so, kepada anda kalian yg dok baca post aku nih beringatlah, berhati-hati dijalan raya. lmbt smpai ke sesatu destinasi tu xpe kalu kita masih waras n bawak dgn cermat. kalu dah eksiden semestinya melibatkan banyak pihak.

luahan hati

harini aku terjumpak satu artikel yang telah disiarkan dalam website utusan. artikel ni aku rasa sedikit sebanyak sama sepertimana tugas pensyarah politeknik cabuk seperti aku ni. aku rasa wajar aku berkongsi bersama bersama kalian.


rujukan: utusan malaysia 10/12/09 ruangan forum

ARKIB : 10/12/2009

ditulis oleh guru yang berkaitan

Guru jadi kerani di sekolah?

SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Md. Dom terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana barangkali saya tidak menulis secara jelas tentang apa yang saya maksudkan dengan beban kerja perkeranian dalam tulisan itu. Biar saya jelaskan lebih lanjut tentang ‘beban kerja perkeranian’.

Contoh pertama: Tugas guru kebajikan dan biasiswa. Saya berpendapat, semua guru, terutama sekali guru tingkatan ialah guru kebajikan. Sebab itulah banyak hal peribadi murid yang mengganggu pembelajaran mereka ada dalam pengetahuan guru. Ibu bapa bercerai, ibu bapa bergaduh, ayah dibuang kerja, ibu lari dari rumah, semuanya diadukan kepada guru. Itu tak mengapa. Jika sedikit tepukan di bahu dan mengesat air mata murid boleh membantu mereka belajar, saya fikir tiada guru yang merungut.

Tetapi guru biasiswa, lain pula ceritanya. Mereka perlu membuat salinan borang, mengedarkan borang, mengutip semula borang dan memastikan semua borang diisi dengan betul, termasuk memastikan semua salinan dokumen sokongan lengkap, seperti salinan kad pengenalan dan sebagainya. Sebelum semua ini bermula, mereka perlu mencari murid yang miskin untuk diberi bantuan biasiswa. Ada banyak jenis biasiswa untuk murid sekolah dan semuanya ada syarat layak yang tertentu, tetapi secara umumnya murid yang keluarganya mempunyai pendapatan kurang daripada seribu ringgit sebulan, layak mendapat bantuan.

Soalnya, tidak bolehkah kerja mengenal pasti murid dan semua ‘kerja-kerja kertas’ itu dibuat oleh kerani? Apa kaitan pengurusan biasiswa yang banyak melibatkan kertas itu dengan kerja guru yang sebenar, iaitu P&P?

Contoh kedua: Saya fikir hampir semua guru sedar bahawa bagi orang-orang politik, semua masalah sosial negara perlu diselesaikan di sekolah. Benar, sekolah memang tempat mendidik, tapi apakah setiap kali ada masalah kita hendak buat satu persatuan atau kelab baru. Tugas guru ialah mendidik murid membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan kita mengajar mereka supaya berfikir sendiri. Kita tidak boleh sebut satu-satu ‘merempit salah’, ‘hisap dadah salah’ atau ‘mencuri salah’, kerana ada terlalu banyak kerja jahat dalam dunia ini. Kita perlu ajar murid berfikir sendiri.

Tetapi apabila kita menghadapi masalah mengatasi jenayah, guru diminta membuat satu kelab antijenayah. Bila ada masalah dadah pula, kita buat pula kelab antidadah, seolah-olah masalah dadah bukan jenayah yang tidak boleh digabung dengan antijenayah. Kemudian kita dapati murid kita tidak sayang kepada negara, kita buat pula kelab kenegaraan, seolah-olah Persatuan Sejarah sudah gagal. Kita boleh buat 100 persatuan dan kelab pun mengikut kehendak masyarakat luar, tetapi siapa yang hendak membuat kerjanya? Mengadakan persatuan bukan semata-mata berkumpul dan membuat aktiviti. Guru perlu menyiapkan laporan, mendaftar persatuan, mengambil gambar, membuat perancangan tahunan. Ini semua ‘kerja-kerja kertas’. Mengapa tidak boleh hantar pegawai polis atau pegawai dari Biro Tata Negara (BTN) datang menguruskan persatuan ini di sekolah? Datanglah setiap hari Sabtu misalnya, untuk aktiviti ini.

Contoh ketiga: Guru data. Tugas guru ini ialah merekodkan hal perjawatan guru, misalnya, tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh temuduga, tarikh sah jawatan, tangga gaji, kursus dan sebagainya. Oleh kerana tugas merekod ini berat, maka guru-guru Data biasanya dikurangkan waktu mengajar, kepada 12 hingga 15 waktu daripada biasanya 25-29 waktu untuk guru-guru lain (setiap waktu ialah 40 minit di sekolah menengah dan 30 minit di sekolah rendah). Masalahnya, guru-guru data ini merekodkan perkara yang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sudah tahu, contohnya, tarikh-tarikh penting seperti tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh sah jawatan. Bukankah surat datang dari SPP?

Contoh keempat: Guru tingkatan. Guru tingkatan ialah antara orang yang paling sakit kepala di sekolah kerana semua guru-guru lain bekerja melalui guru tingkatan. Guru biasiswa hendak edar borang, suruh guru tingkatan. Sekolah hendak cuti, guru tingkatan perlu edar surat. Guru SPBT hendak edar buku teks, guru tingkatan perlu uruskan. Murid kemalangan, hendak mohon insurans, guru tingkatan juga perlu uruskan. Guru Penolong Kanan kokurikulum hendak maklumat kokurikulum murid, pun suruh guru tingkatan, bukan suruh guru persatuan atau kelab. Murid tidak datang sekolah, guru tingkatan perlu hantar surat amaran. Kelas tak ada penyapu, pun guru tingkatan kena belikan. Kadang-kadang kalau kelas kotor, cikgulah yang kena menyapu walaupun sekolah ada tukang sapu swasta. Kalau pegang kelas baik, tak apa. Tapi kalau dapat kelas belakang, memang guru boleh kena serangan jantung.

Sekarang ini syukurlah kita ada sistem online yang mengumpul data peribadi murid yang kita panggil Sistem Maklumat Murid (SMM). Seorang guru dilantik menjaga SMM ini. Jika guru data menjaga maklumat guru, guru SMM menjaga maklumat murid. Tetapi, walaupun SMM sudah ada, guru tingkatan masih perlu mengisi kad 001. Untuk apa, saya pun tidak tahu. Setiap tahun, guru yang memegang kelas tingkatan 1 perlu menyiapkan kad 001 seawal bulan Februari atau Mac. Tetapi selepas itu tiada siapa yang hendak mengurus kad 001 itu, sebab hampir semua keperluan maklumat murid akan diambil dari SMM. Jika kita ada setengah juta murid baru masuk ke tingkatan satu, ada setengah juta lagi murid baru masuk darjah satu. Jika harga kad 001 itu satu ringgit, kita membelanjakan satu juta ringgit untuk kad 001 yang tidak digunakan pun. Ini duit siapa satu juta ini? Dan hal menguruskan kad 001 itu, tenaga siapa kalau bukan guru?

Contoh kelima: Guru perabot. Bila ada masalah perabot sekolah, guru ini kerjanya mengangkut kerusi meja yang rosak dan mengira berapa banyak perlu dihapuskan, berapa banyak perlu mohon yang baru, dan berapa banyak boleh dibaiki. Adakah semua ini membantu murid meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah sebagaimana disebut oleh KPPM dalam tulisannya? Barangkali KPPM tidak pernah nampak rupa guru bermandi peluh turun naik tangga mengangkut perabot, ada yang ringan, ada yang berat. Saya pernah nampak; macam buruh yang kerja membuat bangunan.

Saya tidak nafi, di luar negara pun amalannya ialah melantik guru akademik membuat kerja pentadbiran. Tapi berapa banyak kerja pentadbiran yang mereka ada? Adakah sampai memakan masa 70-80% masa kerja? Saya pernah melawat sekolah di luar negara, dan Guru Besar mereka pun mengajar hampir separuh daripada masa kerja dan membuat kajian tindakan. Adakah Guru Besar dan Pengetua kita membuat kajian tindakan? Setahu saya, hanya negeri Johor mewajibkan semua guru membuat kajian tindakan, itupun ramai yang membuat kajian ‘depan komputer’ kerana kesuntukan masa.

Akuilah, kerja pentadbiran memang sudah mengganggu tugas hakiki guru kita. Kalau tidak mengapa Menteri Pelajaran sejak Datuk Hishamuddin bercakap tentang beban kerja guru?

Mengapa Menteri Pelajaran pernah menyebut tentang institut latihan guru sukan, supaya guru akademik tidak perlu lagi membuat tugasan kokurikulum, sebagai usaha mengurangkan beban kerja guru?

Adakah Menteri Pelajaran tanpa latar belakang pendidikan lebih sedar hakikat di sekolah berbanding KPPM yang pernah menjadi guru? dan mengapa perlu ada Standard Guru Malaysia (SGM) jika kita sudah ada Tonggak 12, kalau bukan kerana guru kita sudah terpesong dari apa yang digariskan dalam Tonggak 12, dek kerana kerja-kerja perkeranian ini? Atau adakah SGM dibuat supaya lebih banyak ‘kerja-kerja kertas’ dibuat oleh guru?


Lembah Pantai, Kuala Lumpur">

hari yang membosankan

sekarang budak2 sedang cuti. kepada yang ter'fail' semester depan masih ada peluang utk anda menebus kesilapan.

ape2 hal, dok di opis mmg bosan bila xde kelas. so, aku masuk lab jer la...

bosan jer...huhuhuhuhu

happy new year!

alhamdulillah, harini kita masih dipanjangkan umur lagi oleh Nya dan dapat menyambut hari baru bagi tahun hijriah yang baru.

pada ketika ni la jugak 28 tahun lepas pada tanggal 1 muharram 1402 di bukit selambau lahirnya seorang putera bagi pasangan azizah n idris (mak bapak aku ler tuh).

so, setiap kalu awal muharram jugak la aku menyambut hari lahir aku.

hapi birthday ishaharom. happy new year 1431 utk seluruh umat Islam seantero dunia.

moga hidup kita mendapat keredhaan Nya.

suke ati ko jer nak potong...

aku mengalami kekejutan tahap 4 hari ni. semalam aku balik ke kg tok aku di bkt selambau nun. masa nak isi myk keta rasa cam nak try lak guna maybankard visa debit yang aku br tukar hari rabu ritu.

yg sepaham aku kalu guna debit ni, ada duit dalam akaun br leh guna service dia tuh. aku pun singgah le kat shell changlun nun. xleh lak nak guna menatang alah debit tuh (dah masukkan dalam panel debit card tuh tapi dia reject).

xpelah, guna cash yg ada di tangan lo. ptg tadi ni aku ke jitra balik dari umah ijal sebab dia wat kenduri kawen arini (Selamat Pengantin Baru Ijal) nak la menyinggah di pekan jitra nun. bini aku nak membeli belah utk baju baru dia utk sem baru yg akn buka 2mgu lagik. bila nak amek wet kat maybank alih2 tgk wet aku tgl bape sen jer. yg seigt aku ada la gak 2ratus lebih gitu dlm akaun.

eh, sial lah. bile masa lak aku p amek wet nih. smp je kt umah pas dah shopping tuh terus je aku menge'check' akaun aku dlm maybank2u. ah, biar betol ni. stesen myk shell changlun tuh dah ambik rm200 dari akaun aku.

darah aku terus mendidih.panas. nak mengamuk. smp igt nak p report polis la pasal shell changlun dah amek wet aku. rm200 lak tuh. siap aku dah print lagik transaction terkini dari maybank2u aku tuh.

pe2 hal utk wat pe2 tindakan kena la kaji dl nape smp rm200. aku nengok dalam maybank2u aku tuh dia tulis PRE-AUTH DEBIT SALES SHELL CHANGLUN.

menatang hape lak PRE-AUTH DEBIT ni. aku cuba cari dlam google. huh, tgk2 ramai yang dah tulis pasal hal nih. rujuk blog nih. blog nih . portal nih. n lelain.

perghh...suke hati je dia nak amek rm200 dl. padahal xde transaksi aku wat pon. aku terbaca dalam portal carigold tu kate xyah cucuk kat pump tapi g kat kaunter n guna kad debit tuh. xdela nak PRE-AUTH DEBIT kena potong rm200 dalam akaun korang.

so, korang2 yg baca post ni INGAT jgn terburu2 kalu berlaku pe2 kat korang. amek masa pk dl bnd hape yg tejadi sbnrnye. dah itu yg dorg wat, so lepas ni xdela aku nak p cucuk kad debit aku di petrol pam shell tak pepasal duit dipotong. pas 3 ke 7 hari baru dapat lik wet balance kita.

kalu korang xnak risau kena potong rm200 guna debit kad korang leh guna di stesen petronas. beli minyak petronas guna debit korang tuh di pam. xde po nak kena potong2 wet nih. cuma potong wet dalam akaun brape banyak yg kita dah isi jer.

hidup ini...

aku suke tgk iklan yg ada di tv. memacam cara diorang buat utk tarik perhatian penonton spy tgk iklan yg diorang buat n semestinya mahal.

dalam bebanyak iklan tuh ada tak korang terperasan dengan iklan HSBC yang mana iklan tuh hal berkenaan mamat sorang tuh yang jadik agen hartanah. ala...yang dia kena bersihkn rumah tuh sblm dapat pembeli.

di akhir iklan tuh ada tak korang terperasan iklan tuh yang menyebut "hidup ini adalah sebagaimana yang anda tentukan". bagi ayat ni aku tak berapa setuju. adakah kita yang menentukan hidup ni. sebagai seorang yg menganut agama islam percaya bahawa jidup kita ni bukanlah yang kita tentukan tetapi hidup kita adalah sebagaimana yang kita usahakan. so, perkataan tentukan tu bagi aku wajar digantikan dengan usahakan.

pernah ke kita nak tentukan masa depan kita. mungkin kita masa sblm ambik SPM dulu nak jadik sorang lawyer, kita pon buat la SPM dgn sebaik mungkin tapi xde rezki pye pasal xdpt nak lanjutkn utk jadik lawyer. or bila dah bleh jadik lawyer kita xnak lak jadik lawyer.

so, pe yang kita usahakan tuh la yang kita dapat. kita berusaha, allah yang tentukan. betol tak?

Payahnya ubah sikap

Aku baru jer abis anjurkan satu acara di luar. Satu masa telah ditetapkan untuk memulakan acara tersebut. Bukanlah acara ni diatur pada 2hari lepas tetapi ianya telah diatur lebih sebulan yang lalu.

Sebagai penganjur aku yakin dengan kemampuan rakan-rakan yang lain untuk hadir pada waktu yang dijanjikan dek kerana memasing ada hujah masing2 bila student memasing datang lambat ke kelas or ke mana-mana acara yang dianjurkan. Hakikatnya, aku silap dengan telahan tersebut.

Lebih lmbt mereka daripada org yang berkeluarga. Entahlah, itulah perihal sikap. Kita tak mampu untuk mendisplinkan orang lain kalau kita sendiri yang tak mampu nak disiplinkan diri sendiri. So, sikap ni adalah satu perkara subjektif. Acara yang sepatutnya dimulakan pada jam 10.00 pagi tapi hanya dapat dimulakan pada jam 10.45pagi. Aku yang hadir pada jam 9.30pagi lagilah terasa akan kelewatan yang berlaku.

Tepuk dada tanya iman!

aku baru tahu rupanya....

Petang ni sesaja aku nengok balik pe yg aku penah download. tak nak aku hurai bebanyak pe post aku kali nih.

Tajuk: Tahukah Anda?
1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hahahahahahahahahahahah

bengkek jer gua

hari ni aku kena setelkan presentation budak2 projek sem 6. sepanjang aku dok kat perlis nih aku rasakan yang ni ler paling menghampeskan.

aku berkursus+bercuti adik aku kawen hampir 2 minggu satu hape projek diornag tak jadik. pening aku.

camne la diorang nak compete ngan student poli,adtec, ilp, jmti, msi, gmi, mfi dan lelain tah la.

tu pun kalu diorang nak keje makan gaji. kalu xnak keje makan gaji lebih baik jadik usahawan.

dalam bebanyak 40 orang tuh dimana satu kumpulan 4 orang takde kumpulan yang dapat siapkan+dapat run+dapat ikut line robot diornag tuh.pengetahuan elektronik yang diorang timba selama 5 sem di politeknik ni cemana tah.

hurm.....berserabut aku.

BENGKEK JER!!!

aku lah pewaris warisan

baru-baru ni aku telah mengikuti satu kursus yang aku rasakan baik utk kesedaran diri sendiri..

walaupun banyak benda yang diketengahkan cuma ia satu ingatan semula pada kursus sebelum ni yang pernah aku ikuti. iaitu meningkatkan semangat cintakan tanahair ataupun semangat patriotisme.

aku percaya takde sape yang tak cintakan negaranya. namun, perkara 153 dalam perlembagaan persekutuan adalah segalanya bagi menentu dan menjamin hak bagi orang melayu.

apa yang didapati adalah ada perjanjian yang telah dibuat oleh pemimpin yang lepas dengan penjajah inggeris dan juga pendatang ke tanah melayu iaitu cina dan india yang di namai sebagai kontrak sosial.

kita perlu faham bahawa ada 2 perkara yang sangat penting dalam kontrak sosial ni iaitu orang melayu akan dapat 1-kedudukan islam sebagai agama persekutuan, 2-institusi raja, 3-bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan ke 4-hak istimewa orang melayu. manakala pendatang cina dan india pula akan mendapat 1 saja iaitu kewarganegaraan secara percuma ataupun automatik selepas kemerdekaan.

kesan bagi perjanjian ni telah dapat kita lihat sekarang la...namun demikian ada juga yang menuntut hak istimewa melayu dihapuskan. secara peribadi aku setuju dengan tuntutan ni tapi dengan syarat 1 je iaitu kewarganegaraan ditarik balik untuk cina dan india.

oleh itu, atas pendekatan ni aku rasa sapa-sapa yang rasakan hak istimewa orang melayu ni dihapuskan patut fikir semula kontrak sosial ni.

balik dari kursus ni aku dapat la jugak ilmu hal kenegaraan ni. namun yang pasti aku takkan sokong UMNO yang ada sekarang sebabnya UMNO dah tak relevan skrg. aku sokong PAS.

kalu nak tgk malaysia ni terus kekal utk orang melayu maka aku seru semua parti melayu yang ada ni tak kira la umno ker, pas ker, prm ker, pkr ker sume la parti yang ada orang melayu ni dibubarkan. buat parti baru yang terasnya adalah orang melayu tunjang bagi parti ni adalah Islam. insya allah melayu akan terbela dan islam akan di sanjung dengan gahnya.

kalu dah rasa tak nak dok mesia lucutkan jer la kewarganegaraan malaysia. dok kat tmpt lain. sng cite.

p/s: baru lik kursus btn orang kata akan kalih jadik umno. bagi aku pandangan tu tak tepat utk aku. aku lebih dekat dengan PAS.Hidup Melayu! Hidup Islam! Aman Malaysia!

Perangai pelik

Weekend yang lepas aku mengunjungi Poli PD di N9 nun. Bos arahkan aku gi guna pengangkutan awam. Tak leh naik teksi. Kena naik bas. Dalam perjalanan aku ke Port Dickson nun, aku ada terperasan satu benda pelik yang orang N9 ni lakukan.

Membuka muzik dari henpon diorang dengan kuat. Hinggakan tak dengar radio yang dimainkan oleh pemandu bas.

Dalam hati aku rasa mungkin budak tu baru beli henset kot. tak pe la. Sepanjang perjalanan dari Seremban ke Port Dickson tu kena layan lagu leleh budak tu le biarpun dah berulang-ulang dimainkan. Tak pe la.

Aku ingatkan waktu aku ke PD jer yang ada orang gitu. Masa balik pon sama. Bukannya budak or remaja. Ni orang dewasa. siap bawak anak lagik. Bukannya lelaki. tapi pompuan lak. Bukak muzik dari enpon dia cam bas tu takde radio. Pulak....

tertanya la pulak dalam hati aku...orang N9 memang suka dengar muzik dari enpon dia kuat-kuat ker. kalu bas tu tak bape ramai tak pela jugek. tapi ni bas penuh n sarat ngan penumpang. hangin aku.

Pelik punye perangai.

this is it

malam tadi dengan student uum sorang ni gi la nengok cite yang telah di gembar gemburkan lebih 2bulan lalu iaitu Michael Jackson- This Is It.

bagi aku ni bukannya filem muzikal or filem belakon ke hapa. ia berkenaan video yang dirakam ketika MJ membuat persediaan bagi persembahan coming backnya iaitu This Is It.

bila dah tgk film tuh, aku baru kenal secara profesionalnya MJ ketika bekerja. 4 me, absolutely walla. gelaran King Of Pop memang wajar diberikan pada dia. melalui filem tuh dia tonjolkan peribadi MJ yang besopan santun, lemah lembut, serius bekerja, sifat merendah diri yang menebal dalam diri dia, boleh mendengar pendapat orang lain, boleh mengawal emosi bila dia rasa tak suka, tahu muziknya bila nak mainkan, cemana nak bunyikan, perasaan penonton yang mendengar, dsbnya la.



sape yang harapkan MJ belakon takde la dalam filem nih. ia cuma macam catatan terakhir sebelum meninggalkan dunia yang fana nih. aku suka filem nih.kalu kat KL aku rasa mungkin satu dewan wayang tu akan nyanyi sesama.di Jitra xsmp 50 org kot yang tgk filem ni.aku yakin di KL musti penuh pye.

perut punye hal

awal pagi tadi aku ada mengikuti acara pematuhan penghuni asrama terhadap undang-undang sedia ada.

dalam pada ketensenan tuh, ada satu benda yang menggelikan hati aku. boleh la aku katakan kurangkan tensen aku masa kol 1 lebih pagi waktu tu.

pe kata korang perhatikan jadual waktu salah sorang pelajar di tempat aku ngajo nih. perhatikan waktu 11.30 malam

sembunyi dicelahan yang tak boleh sembunyi

aku dapat satu email dari Anda mungkin sudah tahu apa yang anda
dapat dari Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Dato Najib baru2
ni dan saya tak nak ulas banyak tentang itu. Tapi yang pastinya
ada kelebihan untuk semua rakyat.

Tapi saya jumpa di akhbar Star tentang cukai credit card yang
tidak saya jumpai di akhbar Melayu (utusan/BH). Kebetulan saya
terbaca komen sahabat maya saya PakDi mengenai cukai ini. Secara
ringkasnya;

Cukai perkhidmatan sebanyak RM 50 akan dikenakan untuk kad kredit
prinsipal, dan RM 25 untuk kad kredit tambahan bermula 1 Januari 2010

Anda boleh rujuk berita tersebut di The Star Online;


Jadi apa signifikan nya kepada anda? Sekiranya anda mempunyai
lebih dari satu kad kredit, anda terpaksa membayar lebih untuk
cukai, blum termasuk kadar interest kad kredit yang menyeksakan.

bila aku klik kat link yang dia bagi tu aku dapati memang benar pe dia gitau aku..alhamdulillah aku dah xde kad kredit. so, pemegang kad kredit masih nak teruskn ngan penggunaan kad plastik tuh. tye poket lor.

dicelahan maklumat yang mudah dicapai tuh pon akhbar arus perdana tak dedahkan maklumat ni. bila dah sampai tarikh 1 januari tu maka rakyat yang guna kad kredit tertanya2. rupan2nya mereka ditipu lagi akibat maklumat tak sampai or boleh la kata sbg tarikh naik dah ada tinggal nak sampai jer tarikh tuh. maacam kes harga minyak naik haritu. depa dok guna kesempatan atas kelalaian manusia sejagat.

keghairahan bekerja

ada la sorang dua ex student aku bertanya akan kerjaya di masa depan. samada bagus bekerja di swasta or bagus bekerja disektor awam.

bagi aku, soalan ni agak subjektif. ia terpulang kepada individu untuk menilainya. aku cuma jawab apa yang aku rasakan sesuai dengan soalannya.

bekerja di kedua-dua sektor ni ada bagusnya. sumenye bergantung pada individu yang mengalami, merasai dan melaluinya.

aku pernah bekerja dengan sektor swasta n skrg berada dalam sektor awam(kerajaan). secara peribadinya aku katakan yes pada swasta kepada fresh graduate. untuk permulaan karier, ada baiknya berkecimpung dalam sektor ni. timba pengalaman paling lama pun 3 tahun kalau mampu.

kenapa swasta utk permulaan n setakat 3 tahun. sng jer jawapan aku...pengalaman.

orang yang bekerja di sektor swasta akan menemui aplikasi terhadap ilmu yang diperolehi semasa di U/ipt yang dia belajar. n jugak akan menemui perkara2 baru real time. nak kena handle pelbagai benda dalam satu masa.

bila dah lama keje, korang akan mahir. bila mahir, gaji makin banyak, kerja makin banyak, masa utk keluarga n diri sendiri dah kurang makanya faktor stress n kemurungan dalam diri akan meningkat.

selain tu, kita akan mampu utk membeli pelbagai aset yang tinggi nilainya. bila dah tinggi nilai aset kita, maka beban kewangan semakin bertambah. bayaran bulanan utk rumah, kereta, gaya hidup lain semakin banyak. hinggakan pada satu tahap alahai bagusnya kalau dapat keje ngan kerajaan.

keadaan yang aku cakap tadi tu kalu keje dah lama. dah lebih 5, 10, 15 tahun dalam sektor swasta. kalau 3 tahun, aku rasa kita pye skil mmg agak banyak n pengetahuan kita mmg banyak n kemungkinan beban tanggungan kewangan masih kecil. oleh itu, agak molek berada dalam sektor kerajaan.

ada jugak aku tanye member2 yg ada dalam swasta, taknak ke masuk sektor kerajaan. alasan paling kerap dijawab adalah gaji kecik.

ya, aku tak nafikan perkara tu. cumanya, pengetahuan n cara bekerja tu patut serap dalam sektor kerajaan. aku selalu terdengar keluhan orang ramai pasal kelembapan cara bekerja pekerja sektor kerajaan. bagi aku, sumer tu berpunca daripada diri orang tu sendiri. dia terlalu selesa n dia tak pernah merasai keperitan bekerja dalam sektor swasta.

kerana pe, keupayaan untuk bekerja keras diorang tak dapat rasai. itulah yang berlaku n label pekerja kerajaan adalah lemau ni dah jadik perkara biasa.

diswasta, selain bekerja keras faktor kebolehtahanan daya tahan maki perlulah tinggi. so, kesabaran, ketekunan n produktiviti makin meningkat.

bila dah kerja di sektor swasta korang masuk lak dalam sektor kerajaan maka terjadilah keghairahan bekerja tu akan melekat dalam diri anda. oleh itu, sedikit demi sedikit aku yakin insya allah pandangan serong orang awam terhadap sektor awam ni akan menurun.

so, pada soalan yang ex student aku tye tu aku rasakan ada baik berada dalam sektor swasta n ambik pengalaman n keghairahan bekerja ni masuk dalam sektor kerajaan. insya allah senang di kendian hari.

baru leh sambung

alhamdulillah, setelah dah selesai semua urusan pengebumian, kehidupan kembali seperti normal. yang pergi tetap pergi. ia takkan kembali lagi. kita yang hidup perllu teruskan perjalanan hidup.

keputusan robogamez 2009 yang berlangsung di UNITEN adalah UM menang. Juara keseluruhan. dapat duit USD 2000 n trofi.

kedua, ketiga n keempat adalah UPM B, JMTI B dan UTM.

aku secara keseluruhannya tak la kecewa sangat dengan pe yang aku dapat.

ketiga dalam kumpulan pon xpe. tapi aku banyak belajar daripada kesilapan. pengalaman bertanding dalam pertandingan robot peringkat kebangsaan pertama kali. so, kecewa sebab xdapat masuk ke peringkat seterusnya tu xde la ralat sangat.

yang aku bangga dalam pertandingan ni adalah team aku bawak ni telah dapat tolong menghidupkan robot politeknik tertua di malaysia iaitu PUO adalah satu nilai tambah utk aku ler. kalu nak ikutkan team manager diorang tu adalah tarik diri. PUO punye pasal (diorang guna nama PUO 69) aku rasa perlu aku berbuat sesuatu utk tak memalukan institusi politeknik amnya. takkan la PUO yang dah 40tahun tak dapat nak gerakkan robot diorang. UM yang otai gak tu siap boleh menang lagi. patutnya PUO yang dah seotai UM sepatutnya boleh sama naik la ngan UM. tapi sebaliknya.

so, demi tak mau memalukan institusi politeknik malaysia aku ambik risiko utk bagi pinjam satu set jantung bagi robot tu. dari controller PS2 hingga la ke motor. sume sekali. tak guna barang diorang langsung. barang dorang adalah cuma body sahaja.

alhamdulillah robot diorang boleh gerak. takde lagi kata-kata dari team manager utk tarik diri.

pasal robot team aku, dah cerita dalam post sblm ni. dapatan dari robogamez ni adalah aku akan masuk lagi insya allah tahun depan dengan misi memburu tempat ke UK.huhuhuhu

tak sempat jugak aku

sebulan aku tak post apa2 dalam blog aku ni. tapi selama sebulan ni jugak aku tgk pengunjung sentiasa ada. terima kasih kalian yang mengunjungi blog aku ni.

banyak isu jugak aku nak utarakan disini sebenarnya. tapi dek kerana tugasan yang aku kena siapkan awal bulan ni aku terpaksa ketepikan dahulu urusan kebloggan ni.huhuhu

banyak dugaan aku kena tempuhi sepanjang 2bulan menyiapkan last minute pye robot. aku sertakan gambo jer la sng nak cite. ye dak..


gondang yang dah siap. sedia untuk berlepas

bersedia berkhidmat untuk PTSS

pada hari pendaftaran robot, gondang tak memenuhi spesifikasi dari segi timbangan berat. aduh...kena adjust la bro. terpaksa akur akan penganjur pertandingan, team aku pon mem,belasah gondang ni dengan penuh dasat skali.






akhirnya

tak sempat nak update bebetol, aku dapat panggilan yang atok aku meninggal. terpaksa aku stop setakat ni dulu

setelah 3 minggu

alhamdulillah...
setelah 3 minggu aku berhempas pulas akhirnya dapat jugak solution utk menyelesaikan masalah microcontroller utk robot yang sdg dibuat.

aku dapat pengajaran daripada perkara berikut:
1- buat yang basic dulu.
2- bila basic pye programming dapat setel n stabil cuba yang intermediate,
3- kalu dah ok sume tu baru wat yang advance.

kalu langkah 1 dah tgl, cemana nak solve yang advance pye.

betol tak. perjuangan ke uniten 1/10 ni bersinar semula.

nama robot yang akan digunakan ni adalah gundang...korang tau apa itu gundang?

silalah bertanyakan kepada orang kedah esp yang buat kerja sawah.

huhuhuuh

jangan kerja rajin

masa mengemas-ngemas rumah ni, aku tgk la balik bil-bil yang ada. dah bayo ke lom. dalam celah2 bil ni ada lak yang bil bukannya aku tak bayar. tapi jkr tak bayar kt aku.

sebenarnya aku pindah dr umah tgkt 5 ke tgkt 2. masa pindah tu akaun air di jkr perlu ditutup. so, ada la belen beberapa hinggit utk aku amek balik dari wet deposit. kira2 dah 9 bulan pindah dan lakukan pemotongan bil rumah lama tu lom ada apa2 kol yang aku dapat dari jkr.

ape punye lama da...masa aku nk potong tu dorg ckp tgu kol. smp ke harini xde pe2 kol. cis pye jkr. teringat member aku yang wat praktikal di jkr suatu ketika dulu. dia ckp jkr tu utk Jangan Kerja Rajin ataupun Jentera Kerajaan Rosak dan sebagainya. hampeh tol.

kalu inilah cara kerja yang diamalkan, pasti sampai bebila pon trademark pekerja kerajaan ni lembap terpahat dihati rakyat.

macam kedai runcit

aku berkecimpung dalam dunia blog ni baru setahun jagung. dari masa ke semasa aku cuba berkongsi pe2 yang dirasakan patut untuk dikongsi.

bila ada visitor counter dalam features nuffnang aku rasakan sesuatu yang lebih kurang sama dengan kahidupan biasa ni. aku penulis blog biasa2 je. so, aku kena maintain blog ni supaya ada orang kunjung dengan tulisan aku.

personal blog la katakan macam kedai runcit la jugak. orang bukannya datang selalu sangat. ada barang bagus pye ada la orang lawat kedai ni. iklan pon kena tarok sendiri. cari mana2 link yg leh bagi duit, tampal kat blog ni. so, blog aku ni xramai la pengunjung macam kedai runcit kampung adanya.

berbanding pulak dengan nama-nama blog yang besar seperti blog albanjari. ia diumpamakan macam supermarket. banyak barang ada. tulisannya yang berkenaan politik cukup hebat. so, ramai orang datang tgk blog dia. hit yang telah tercapai melebihi 2juta. bila dah ramai orang datang supermarket ni pengiklan berlumba-lumba nak promote barang diorang dalam supermarket tu. memacam saiz ada dengan pelbagai harga. oleh itu, pendapatan meningkat dengan penyewaan banner secara maya ni.

oleh itu, sesapa nak pendapatan lebih dalam dunia blog ni pelbagai kaedahnya. pengiklan akan menuju kepada blog yang ramai pengunjungnya samalah jugak macam supermarket, hypermarket dan sebagainya. lagi ramai orang datang lagi banyak la iklannya.

so, kedai runcit korang tahap ganer?

omongan aja

kebuntuan yang amat bila bekalan internet tiada dirumah akibat daripada tuan pye internet mr rediani04 yang balik kampung dan mungkin beliau tertutup suis broadband.

nah, harini alhamdulillah aku dapat mengepos entri yang merespon pada iklim semasa.

baru semalam negara malaysia yang tercinta menyambut ulangtahun keluarnya penjajah fizikal british dari tanah melayu yang ke 52 dengan tema rakyat didahului pencapaian diutamakan.

menjuih dan meluat aku dengan tagline bongok yang diperkenalkan ni(tanda geram dan hangin satu badan).

bila rakyat didahului maka adakah menjadi agenda pihak berwajib mengenakan kenaikan harga tiket bas, menaikkan harga minyak dengan pengumuman pada 2 bulan lepas, krisis gula ketika menjengahnya ramadhan. apa semua ni...

3 isu yang aku cuba selak ni cuma sekelumit kecil sahaja masalah rakyat yang dipaparkan walhal berlambak-lambak lagi isu besar lain yang tidak diketengahkan. saje aku, sebab benda ni memang berkaitan dengan hidup aku.

Pertama, kenaikan harga tambang bas. Ketika menjelang syawal yang lepas(1429/2008) rakyat yang ingin menggunakan perkhidmatan bas untuk balik kampung dikenakan surcaj sebanyak 30% daripada harga tiket. janji yang diberikan, ia hanya langkah sementara. cuma sebulan katanya. ni keratan akhbar yang berkaitan:


sumber: malaysia kini
Tambang bas naik 30% untuk Hari Raya
Ogos 28, 08 4:53pm

Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas henti-henti bagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kadar surcaj, yang berkuatkuasa selama sebulan mulai 15 Sept ini, langkah sementara sebelum kementeriannya membuat keputusan kenaikan kadar tambang.

nah, tahun ni ni pulak kenyataan.

Surcaj 30 peratus akan ditukar kepada kenaikan tambang - Nazri
SEREMBAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata surcaj 30 peratus bagi bas henti-henti dan bas ekspres yang dilaksanakan dari musim perayaan tahun lepas akan ditukarkan kepada kenaikan tambang.
Beliau berkata oleh itu kadar kenaikan tambang bas henti-henti dan ekspres yang akan diumumkan bakal menyaksikan kenaikan 10 sen sahaja atau tiada sebarang perbezaan.

kedua, harga minyak naik pada 1 september.

kenyataan sebelum kenaikan.
Harga petrol RON97 naik 20 sen

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Mei - Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.

Semalam lain pula kenyataannya.

Harga RON95 naik lima sen

Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara akan menjual petrol baru RON95 pada harga runcit RM1.80 seliter, meningkat lima sen berbanding RM1.75 seliter ketika diperkenalkan 12 Mei lalu.

Pada masa sama, kerajaan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan dengan harganya dinaikkan 25 sen daripada RM1.80 kepada RM2.05 seliter.

Ketiga: krisis minyak yang saban tahun terjadi ketika menjelang musim perayaan.

jadi, berdasarkan bukti dan fakta di atas, apa rakyat didahulukan dalam keputusan kerajaan? atau adakah peniaga yang didahului daripada rakyat.

oleh itu, aku andaikan bahawa rakyat didahului adalah satu omongan kosong saja. macam tin kosong.

macam haram!(tanda tak puas hati)

kesibukan harian

aku sebenarnya xde idea nak tulis pe dalam blog ni dah. byk keje menjadikan aku cepat tol letih. tetambah bila dah dekat waktu berbuka posa.

dengan 21jam jam kredit mengajar dan lelain tugas sampingan di samping pertandingan robogamez yang disertai yang just around the corner menjadikan aku agak stress la jugak.

Cemana tak stresnya, peruntukan lom dapat. banyak barang nak beli. keadaan ni menjadikan aku lebih sabo la kot.

raya yang semakin dekat ni pon menjadikan aku stres jugak pabila student kena balik raya selama tah bape hari n robot yang lo siap.

huarghhhh....

banyak stres wooo....

minat yang mendalam menjadikan aku lebih realistik terhadap pe yg aku buat.

sibuknye aku dengan dunia aku, cemana ngan akhirat ku...entahla....

saje suke2...

dalam kelapangan aku membelek2 tiket nak balik bandar bulan 10, 11 or 12 ni tertarik aku ngan firefly. tah cemana leh tergerak aku nak nengok tiket ni. harga tiket singgit n tax sebanyak rm35 dan jumlah keseluruhan hanya rm36 aku berpendapat berbaloi kalu aku dapatkan.

naik bas rm43.00. baik aku naik firefly.huuhuhu...airasia pon dah rm39 + bas ke kl sentral tambh lagik rm6.50. baik naik firefly.

semua ni dibuat bukan pe, saje nak balik dengan kadar murah beb. naik kereta? kalu sorang jgn harap la. modal kurang2 kena ada rm200 gi balik. naik bas rm86.00. naik flight rm81. yang mana korang nak?

mustila yang murah. dah rancang awal2 gini senang nak adjust masa kita.

kalu tergesa-gesa tu agak tertekan la jugak. kena lak waktu tgh bulan. kering beb...

so, kadar penjimatan yang terbaik adalah mengushar, menganalisis dan membuat keputusan.

suke2 aku jer kan?

3 hari 2 malam di kk.

alhamdulillah, bersyukur sangat aku telah dapat menjejakkan kaki ke Malaysia timur sana pada senin hingga rabu lepas.17-19 ogos.

kesimpulan daripada perjalanan aku.

SABAH best!

Hari pertama...

aku sepatutnya kena check in jam 8.20 pagi. memandangkan aku keluar lewat dan jugak aku nak komuter hari tu, lambat gile aku smp. aku igtkan naik komuter yang terus ke nilai tu dekat. rupanya makin lambat aku. aku naik komuter kol 6.55pg dari sg buloh. waktu tu aku tdo di rumah pak mertua. stesen yang terdekat lak adalah sg buloh.

memandangkan haritu adalah hari biasa. org sungguh ramai nak g kerja n naik komuter(aku tak naik pon memang dah ramai pon)...aku pon xmau la amek risiko naik bas or klia express or klia transit kat kl sentral. waktu tu dah kol 7.40pg. terus saja aku naik komuter smp di nilai. dah smp nilai aku igt dekat la klia tu. rupanya jauh jugak. hampeh tol. terpaksa naik teksi la pulok ke klia. kena sembelih aku RM35. tak pe demi tiket ke sabahyang dah beli. aku teruskan jugak la.huhuhuuh

fuh, lega dapat naik gak flight walaupun aku smp lewat. kol 8.55. yang penting aku dah check-in siap2 melalui laman web MAS.(tq to MAS sebab ada perkhidmatan ni).

bila dah smp KK aku tgu pulak member yang jmp ms kursus induksi dulu pasal sewa keta utk aku bawak jejalan bagi percutian ni. walaupun 1st time di sabah ni aku nekad xmau amek tour guide.(bayar mahal weh). lama gak tgu hampir sejam.

lama nunggu last2 kol 8mlm baru dapat keta. hampeh pye keta. teruk tol. apsal teruk? jap gi aku gitau.

xpela, janji aku dapat bercuti gak. huhuuhuhu

ms nunggu tu seb bek la tunehotel yang aku nginap tu dekat 1borneo shoppping mall. memang shopping mall terbesar di Malaysia Timur. hari aku pi tu boleh lak blackout satu bgnn. tah pe pye suwei la mlm tu. xpenah aku pi memana shopping complex blackout.

kedudukan tunehotel di kk

malam tu aku ke night market kot yang belakang filipino market. ramai tol org. memcm mknn ada. mlm tu xde pe sgt aktiviti sebab nak simpan tenaga utk ke kinabalu park di kundasang nun. nak nengok gunung kinabalu dengan mata kepala sndr. org kata pas kol 7 pg puncak gunung ni xnmpak pe dah sebab diliputi kabus. so aku amek keputusan utk kuar awal.

Hari kedua...

seperti yang dikata aku memang kuar awal pagi tu. kol 5pagi dah start keta n kuar menuju ke kundasang. perjalanan dari tunehotel berjalan lancar sebab aku menginap di tempat yang agak betul aku ke gunung kinabalu tu sebab aku dah jimat 20km gak la kot berbanding kalu aku lepak di hotel tgh bndar kk.

sepanjang perjalanan tu memang agak mencabar sebabnya 1- kereta kurang baik keadaannya. 2- jalan xberapa pasti.

alhamdulillah, bantuan map dari maps.google.com byk membantu aku sebab aku dah print peta prjalanan ke sana. belok mana, simpang mana sume ada ditunjukkan.

hanya 15km je kalu xsilap aku melalui jalan rata. pastu sume mendaki bukit. kereta yang aku sewa tu dah la brek xberapa makan sebab tu brader yang bg sewa tu siapkan aku minyak brek utk standby kot2 pe2 jadi kat brek keta tuh.

jalan yang melalui gaung yang tinggi aku xberapa nampak sebab gelap. kalu terang dah tentu aku lambat smp. takut weh.

pas sejam stgh aku smp ke kundasang dan telah melalui kinabalu park.

Pemandangan puncak gunung kinabalu yang masih diliputi kabus pagi pada jam 6.17pagi.

sampai jer aku kat pekan kundasang yang mcm pekan koboi tu aku dapati byk tol 4x4 dan lori yang menunggu sayur2an untuk dimuatkan dalam muatan mereka. memang agak sesak masa tu.

pas sarapan n hirup udara segar di situ aku ternampak signboard masjid jamek kundasang. terus saja aku naik ke atas sana. port masjid ni memang baik pye. dok atas bukit dan nampak ke seluruh pekan kundasang. satu2nya masjid yang aku jumpa sepanjang perjalanan. yang lelain aku hanya nampak tanda gereja.

gambar ni aku amek dari masjid kundasang. kelihatan gunung dilitupi kabus dan awan

skrg kabus tiada sudah

kendian agak2 kol 9 gitu aku pon naik semula ke kinabalu park. hanya 6km dari pekan kundasang. nak masuk kena bayar RM3 utk sorang. boleh bawak keta sampai ke atas. kat atas tu boleh bawak kereta. naik smp jmp pencawang letrik yang dia tulis pondok timpohon. kat sini pendaki boleh naik ke puncak gunung. utk pengunjung biasa boleh jer ke pondok2 yang berdekatan n ke air terjun. kena bayar Rm5 kalu xsilap. aku tak pi pon. masa aku agak terhad.


pondok timpohon

aku igt turun dari situ dah xde pe2. tapi boleh singgah ke taman botani sebelum kuar.

taman botani kinabalu park

dah puas aku atas sana aku pon nekad lak ke poring yang tak boring. pe ada kat poring bro? ada kolam air panas, taman kupu-kupu, titi gantung n pe lg tah. yg aku pi masuk cuma kolam air panas n titi gantung. bayaran masuk kolam air panas tu rm3 manakala nak naik titi gantung rm 3 gak n kalu nk amek gambo ats pokok tu kena tmbh rm5 utk kamera digital n video kamera tambah rm30 kalu xsilap.

dalam kolam kecik cam ni pon minah saleh blkg tu pakai bikini.pelik aku.

tinggi la gak tit gantung dia buat tuh. 41meter beb. panjang lak 157m. kena lalu 4 kali hentian pokok.


atas pokok


dah puas aku meronda2 ke poring tu terus aku memblahkan diri utk ke kk sml.penat weh. bawak keta sorg2 dr jam 5pg smp malam. pd ptg tu la kejadian yang agak menyeramkan aku kat tmpt org. masa nak balik dari poring ke kk tu kereta sewa yang aku guna tu telah mengalami kerosakan masa tgh drive. 1- brek tak makan.(nak mampos kalu aku terterjun masuk dalam gaung). 2- drive shaft cabut. seb bek masa driveshaft cabut tu aku tgh turun bukit. lg 8km aku nk smp tamparuli. bile dah xleh jalan kereta tu la aku hilang punca. kol bos keta sewa dia kata lg stgh jam akn smp. padahal mlm sblm tu pon keta tu rosak(connector bateri kereta tertanggal) dkt sejam nak nunggu.ni kan pulakk jauh dr kk.

aku amek keputusan utk tinggalkn keta tepi jalan n tahan teksi atau bas yang lalu lalang. hmpir 2 minit aku try tahan keta or lori or pe2 yang lalu situ berentila brader bawak lori ikan 8tan. punyelah peramah brader tu. tak silap aku namanya jamal. hanya Allah yang layak berikan ganjaran atas kebaikan yang telah dia lakukan.

lori abg jamil nak pegi ke tuaran dari tawau. hantar ikan. so bos keta sewa mtk kitorang benti kat petronas simpang tuaran-kk. tunggu hampir 30minit br la bos keta sewa datang. dapat keta lain tapi tak la teruk cam aku dapat. boleh tahan lagi la.

malam tu cuma aktiviti makan.

hari ketiga...

ke pulau yang aku nak pi sangat.org kata best.pulau manukan. smp kat jeti kol 8.45pg aku pon deal la ngan brader yang offer perhidmatan bot ke sana. deal pye deal dapat la aku ke 2 pulau pergi dan balik n jugak island hopping. tapi tak la snorkeling. tak rancang pon nak snorkeling. daptla harga rm100 utk 2org. ok la tu. korang tgk sndr la gambo kat bawah ni pulau manukan dan pulau mamutik.

budak boatmen yang bawak aku tu memang ramah orangnya. kalu korang nak murah utk khidmat bot ni baik terus direct ngan boatmen. leh murah n runding harga. kalu kat jeti kena deal ngan ejen yang dah tentu mark up banyak. nama boatmen ni ijan. no fon dia 012-8352404. orangnye memang ramah tamah. pemalu pon ada.huhuhuh....recommended 4star

welcome to manukan island


sampai jer di pulau manukan ikan2 ni la yang akan sambut kita dulu

jernih kan air di pantai pulau manukan nih

pintu masuk pulau mamutik

sabah best!!!

kalau korang nak ke pulau2 yang ada disekitar kk ni leh terus kontek budak boatmen ni. aku recommend dia. Nama dia ijan, no fon-012-8352404

amcam readers sekalian. aku teringin nak pi lagi ke sabah. lebih baik naik MAS masa diorang buat promotion. lebih baik yang banyak berbanding airasia sebab aku naik MAS masa ke KK nih.huhuhuhu....

JOM PI SABAH lagi!!!

lemah jer rasa

pagi yang cukup baik cuacanya bagaikan xde makna utk aku pagi ni. sesampai jer aku kat opis setelah membalun hidangan pagi, badan rasa cukup lemah.

nak demam ker aku? pening yang menerjah kepala ni, cukup memberikan makna kepeningan utk aku. tekak yang biasa basah, harini bagaikan kering sangat bak air liur yang melalui tekak seperti air yang melalui gersang dan tandusnya padang pasir.

adakah pe yang sedang aku lalui harini adalah bibit pertama demam mahu memasuki badanku ini.

lemah tol badan nih rasa....

KL-Perlis= RM42.90, KL- Kuching = RM29.00

agak2 korang berkenaan apa post aku kali ni?

.....

.....

.....


sebenarnya apa yang aku coretkan ni adalah berkenaan tambang bas dari KL ke Perlis yang berharga RM42.90 manakala bagi tambang kapal terbang ke Kuchin cuma RM29.00. boleh caye ker?

memang sukar dipercayai. tapi itulah hakikat kalu airasia buat promotion. cuba korang semak di laman web airasia ni.

aku sudah dapatkan tiket ni utk bulan februari 2010.alhamdulillah, 2 orang perjalanan pergi n balik dari KL ke Kuching hanya RM147.00(termasuk bas perantara dari LCCT ke KL Sentral).

Jom bercuti!

pagi yang bopeng

aku berada dikampung utk hujung minggu yang lepas. untuk kemnbali ke perlis aku bercadang bertolak pagi isnin.jam 6 pagi ++ dah kuar umah

untuk menghilangkan rasa bosan ketika memandu, aku memasang radio dengan kuatnya dan memandu dengan laju tetapi berhemat.

sesampainya aku di pintu gerbang kedah-perlis, aku lihat ada kereta kenari bernombor plat WME6274 kalu tak silap. aku dengan yakin yang kereta tu adalah member aku si Yus.

apalagi, aku dengan keyakinan yang kuat sebab Yus memang bukak cermin kereta kalu dia driving terus sahaja hon kereta tersebut. siap ada melodi lagik. macam gaban kot.

bila dah berselisih, terus saja aku menoleh.halamak! hilap horang hulak. seraya dengan itu, aku memecut dengan lebih laju lagik. dari 100km/j ke 130km/j.

apa punye suwei pagi nih. sesampainya kat opis aku cite kat yus. dia kata memang ada sebijik lagik keta cam dia kat poli. staf JHP katanya.

aku tye no plat keta yus, dia kata WME6294.hah, xde la salah aku. yang no korang lebih kurang sama apahal. warna keta pon sama. padan muke dia yang kena hon aku pagi tadi. huhuhuhuhuhu

Pangkat dan darjat

Petang ni aku saje round2 pasar malam just nak beli pisang jer...ternampak sorang brader tu dok gunting rambut.aku mendekatinya. kerna rambut aku pon dah agak panjang ni.

bila dah sampai aku menyapa dan bertanya kabar lebih kurang. aku xboleh nak gunting ptg ni sebab dah nak maghrib.xpela, xde rezki.aku meneruskan perbualan aku bersama brader tuh.

citer pye citer dia gitau yang abg ipar dia nak datang n pada waktu yang sama jugak pihak berkuasa poli tak bagi sesapa masuk dalam poli atas alasan keselamatan penghuni daripada wabak H1N1 yang makin rancak menyerang bumi Allah ni.

aku sengaja timbulkan persoalan yang tak boleh masuk poli kalu abg iparnya datang. seraya dengan itu brader nih punyai jawapan tersendiri. lebih kurang jawapannya yang dia berbangga dan akan bagitau pakgat poli siapa dia abg ipar brader tuh.(org yang buat ubat2 ni katanya. doktor perubatan kot).

lantas aku pon terus sahaja bangun dan meninggalkan dia. kenapa aku buat begitu? aku bependapat tak ada gunanya aku nak layan dengan jawapan sebegitu. bagiku, apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak tertinggi sesuatu tempat itu adalah untuk kepentingan orang jagaannya. tak perlu aku rasa perlu kita menggunakan kedudukan dan pangkat yang ada untuk kepentingan sendiri.hanya akur sudah memadai.

harini mungkin kita anggap tindakan yang dibuat agak tidak betul dan keterlaluan. satu hari nanti, insya allah mungkin kita akan berada pada kedudukan tersebut dan mungkin akan mengambil tindakan yang sama tanpa kita sedari.

Oleh itu, adakah pangkat dan darjat boleh melampaui atau boleh mengelakkan kita daripada apa juga musibah yang kita rasakan kita adalah pakarnya? anda punyai jawapan tersebut atas pilihan anda.

tenang jer hati aku nengok

Cuba anda perhatikan 2 gambar dibawah.

Gambar A
PTSS yang kekeringan
Gambar ini diambil pada 1 Februari 2009

Gambar B

PTSS yang permai

Gambar ini pula diambil pada 28 Julai 2009

Ucapan pertama: Subhanallah...

Allah maha menciptakan seluruh alam ini.

H1N1 lawan B1N1

semalam UUM telah mengumumkan berkuatkuasa harini untuk tutup premis kampus tetap mereka disini untuk mengawal akan penyebaran virus masakini virus selsema babi.terer tol babi, Allah cipta pelbagai penyakit yang datangnya dari binatang babi nih.(tu pon kat mesia xnak sebut babi, kena sebut khinzir, babi nampak lebih meloyakan dari khinzir)

tgh dok borak2 pasal selsema babi ni datang la jiran yang baru balik keje akibat daripada penutupan premis kampus tersebut. tgh2 rancak dok borak dia datang mencelah...

H1N1 takpa lagi, B1N1 lagi ada orang takot. B1N1 virus hape pulok ni Dr? ujarnya ringkas...BINI. hahahahahah

setakat mana kesahan B1N1 tuh, terpulang pada memasing utk menafsirkannya.huhuhuhu

apa, naik pulak?

pagi ni aku saje nak membelek newspaper online. saje je. suke2 org kate.

cam best jer tengok exora. tgk la memana blog yang bagi komen pasal MPV baru kebanggaan rakyat Malaysia tu.(kalu korang tak bangga baik tak yah jadik org mesia la...bukan senang nak buat kereta beb)

sekali aku terbukak la blog kedahlanie...tajuknye Caj Astro naik RM12 kerana EPL. pergh...terkejut aku beb. skrg ni aku dah jarang tengok tv. dari aku kena tipu jer ngan farid ridzuan tu baik aku bukak tenet.lagi banyak ada info.

tgk balik tarikh post tu, rupanya baru 2 hari lepas. haramjadah tol astro. alasan bagi sebab tah pe2 tah. kendian ketua saluran sukan astro bagitau yang kenaikan tu masih rendah. eh, macam selalu dengar je ayat tuh.

tahukah anda bila ayat tu digunakan? apa? kenaikan harga barang yang diumumkan oleh kerajaan. ya....betol...

ayat tu la yang jadikan seolah-olah ayat selamat oleh puak2 ni. haramjadah betol. nampak sangatlah kita bahawa rakyat malaysia boleh diperkotak katikkan dengan ayat yang mudah diucapkan begitu.

bila dapat tahu jer perkara ni. lantas aku mengecek dalam newspaper online. sume ada. the star online, mstar, bharian, utusan sume dah kuar. aku jer yang tak tau.

mana boleh tahan beb. skrg ni aku bayar RM59.95. kalau tambah RM12 utk kenaikan ni dah jadik RM71.95. banyak tu. baik isi tabung masjid dengan RM12 tu lagi ada pekdah.bulih dapat pahala lagik. astro? nak tengok utk 2 jam sehari pon xdak masa. xde pasal aku nak maintain ngan sport channel tuh.

sejurus kendian, terus sahaja aku menalipon astro di talian 1300823838. 6 minit kendian, selesai sudah urusan aku menamatkan astro sport channel. dan dalam perbualan telefon tersebut si telefonis menyatakan bahawa tiada cas dikenakan bagi pemotongan channel tersebut. adakah benar dgn janji astro ni? aku tunggu akan kedatangan bil yang akan datang ni. andaikata ada, siaplah dengan 50tan maki hamun akan aku berikan samada dalam blog, suratkhabar, telefon dan pelbagai saluran alternatif lain.

dah terang dah...

setelah 2 minggu menangguhkan agenda ke klinik yang membaiki telinga akhirnya sampai jugak aku ke klinik tersebut. nama klinik adalah Kelinik Ali. nama pon dah old school. oleh itu, tempat tuh memang old ler. dengan kedudukan yang agak tersorok dan juga jenis kayu serta kedudukan bangunan yang lama di Alor Setar nih menjadikannya klinik otai di alor setar. kalu tye orang alor setar nak repair idung, tekak dan telinga pakarnya adalah di kelinik ali.

aku sampai klinik tuh jam 9.50 pagi. no aku adalah ke 20. tgu pye tgu akhirnya sampai gak giliran aku. itu pon setelah aku berjalan2 didalam bangunan ct plaza dan juga bersiar2 di pekan rabu dan sempat makan serta solat di pekan rabu alor setar. bayangkanlah dari jam 10 aku tunggu tu, jam 3ptg baru sampai giliran aku. waaaa...lama betol la.

masuk jer, dengan gaya seorang otai doktor yg merawat cuma mengambil kurang 10 minit untuk cuci telinga aku akibat kejadian yang menimpa aku di pangkor bulan lepas. akhirnya.... alhamdulillah...syukur pendengaran yang ditarik selama sebulan untuk telinga kiri aku ni akhirnya dapat berfungsi dengan cukup baik. clear. cukup jelas. sumbat telinga sudah tiada. huhuhuhu

bayaran? usah ditanya kalau tempat yg kita pergi tu adalah pakarnya. RM85 beb. bapak mahal. hasilnya aku cukup berpuas hati. alhamdulillah...

pendengaran aku kembali normal. dulu sangat kelam....sekarang tiada lagi masalah pendengaran. sempat jugak aku merasa kehidupan menjadi seorang yang pekak. memang tak best. sungguh tidak best. allahu akbar. pendengaran ni adalah antara nikmat yang tidak terhingga kepada hamba-Nya. tanpa telinga mungkin aku mengajar dalam kelas menggunakan bahasa isyarat...

oleh itu, jagalah segala kurniaan yang telah kita perolehi dengan sebaik mungkin dan bersyukurlah atas segala nikmat yang telah kita punyai dan kita sedang nikmati.

Perjalanan yang terhenti

Tengahari tadi ada student yang mintak cuti seminggu...

aku tye pe alasan, dia xdpt nak cakap...sebak dia(hodoh gak lelaki menangis, huhuhuhu). pastu bila aku pujuk, dia cakap bapak dia meninggal. innalillahi wainna ilaihiroo ji'un.

Kendian, aku pi anto dia kat stesen bas changlun. dalam perjalanan tu sempat aku berkenalan lebih kurang tentang keluarga dia.

dia anak sulung. adik beradik 8 orang. yang lom sekolah umo 1 tahun n 3 tahun. bapak keje bawak lori. mak tak keje. adik yg no 2 dok kat tingkatan 4. maksudnye yang bersekolah menengah dan sekolah rendah ada 5 orang lagi.

aku yakin bahawa mak dia akan rasa sedih gile. nak besar2kan anak2. anak sulung lom keje, baru sambung belajo kat poli aku.

aku tgk latar belakang student aku ni dia bukan dari kalangan orang yang berada aka mewah. dengan keadaan ekonomi hari ni yang tak menentu, harga barang yang mendesak rakyat. aku yakin kehidupan mereka sekeluarga akan payah untuk hari-hari yang mendatang.

teringat aku yang perlindungan takaful sangat penting untuk kita ambik. bukan maksud aku yang kita perlu bergantung kepada perlindungan takaful. cuma sebagai langkah keselamatan kepada generasi atau anak2 yang kita ada. maut menjemput tak kira masa dan keadaan. kalu Allah dan tentukan tak yah nak lari pi amerika ke mana, pasti akan datang.

dalam hati aku, aku cukup rasa kesian ngan keadaan yang menimpa keluarga student aku tu. aku doakan Allah pelihara kehidupan mereka sekeluarga dan dipermudahkan rezeki yang perlu mak dia besarkan anak2 dia. dan aku yakin yang student aku tu sebagai anak sulung perlu berkorban untuk adik2 dia demi pelajaran dan masa depan mereka. pasal dia tu mungkin dia boleh fikirkan kemudian dengan cara kursus separuh masa(KSS). SPM dia haritu ok. 4A, 4B n 1C.

Sesiapa yang rasa nak bantu apa yang boleh ni aku bagi no akaun student tu.
Nama: Muhammad Muzakkir bin Mohd Shafee
No Akaun Bank Islam: 08077020186714

Manusia merancang, Allah yang menentukan kehidupan hambanya. Yang membezakan antara sesama manusia bukanlah pada hartanya tetapi kepada taqwanya kepada Allah yang esa.

Al-Fatihah untuk bapa pelajar tersebut semoga rohnya dikalangan orang2 yang beriman.

Derma darah

Korang pernah derma darah?

Xpenah? ada alasan kukuh yg menyebabkan korang tak leh derma ker? jenis darah? tekanan darah tinggi or tekanan darah rendah? kurus sangat kurang 45kg? baru pas operate? or kena HIV/AIDS? Alasan gini memang tak leh derma.

Yang penah menderma tuh tahniah. teruskan usaha murni anda.

Aku mula2 derma darah masa masih blajo kat ito dulu. Memula tu memang cuak pye. sume org alami perasaan tuh.

Kendian, bila ada promosi n kempen derma darah baru aku menderma pulak setelah cukup 3 bulan pas derma yg sebelum tu. kalu xdak xde aku nak p sesuka derma.

Kesedaran mula timbul bila ada kawan aku yang perlukan darah sebab xcident kereta n banyak kehilangan darah yg teruk. Masa tu aku baru tau yg darah dihospital sentiasa tak cukup. Dari situ laah akuk nekadkan semangat dan bulatkan tekad untuk jadi penderma tegar.

N setiap kali aku derma darah aku rasakan tanggungjawab untuk kesejahteraan masyarakat umum harus dipikul bersama. Sehingga ke hari aku baru menderma sebanyak tidak kurang 20kali.

Syukur...Alhamdulillah( dengan gaya Hai-O), aku yakin aku telah dapat menyelamatkan ramai nyawa melalui darah yang aku sumbangkan. Aku tak mampu nak beri sedekah yang banyak setiap hari, aku juga rasakan aku tak punya banyak harta untuk diberikan. Yang aku ada adalah darah. Dengan darah aku ni aku sangat gembira yang darah yang aku sumbangkan tu dapat meneruskan nyawa dipenerima tu n insya allah dengan darah aku tu dapat kemuliaan disisi-Nya.

Skrg ni aku berusaha untuk mengajak orang disekeliling aku untuk menjadi penderma darah yang tegar. Buat masa ni isteri aku yang terdekat menerima cara aku ni dan beliau berjaya menderma sebanyak 5kali sudah. Hi-Fi pun telah menderma hampir 10 kali sudah. Student2 aku, aku dermakan sebanyak 5markah tambahan andai mereka dapat menjadi penderma darah pada semester tersebut.

Setakat hari ni hospital yang telah aku kunjungi untuk menderma darah aadalah Hospital Batu Pahat, Hospital Temenggong Ibrahim pe tah kat Kulai, Johor nun. Hospital Kuala Terengganu, Pusat Darah Negara Kuala Lumpur, Hospital Tuanku Fauziah Kangar,n Hospital Alor Setar. Kalalu sempat insya allah aku nak derma darah untuk bulan 8 ni kat Sabah lak.huhuuhu...rekod sendiri ni.

Korang yang membaca post ni dah derma ker?

tak abis abis nak bersyarat

pengumuman DSN yang memberikan diskaun 20% kepada pengguna tol yang mnggunakan TnG melebihi 80kali sebulan adalah satu lagi janji mengarut yang ditawarkan oleh kerajaan. Walaupun ini bukanlah langkah sementara kononnya, tapi aku lihat ini semua janji palsu yang dijanjikan.

Contoh yang paling ketara adalah tambang bas. tahun lepas ketika hampir cuti Hari Raya pengumuman dibuat bahawa ada surcaj dikenakan kepada pengguna. tempohnya dikatakan sebulan sahaja. tetapi apa jadi lepas tu? sampai tahun ni dikenakan surcaj tersebut. mana janji mereka yan hanya menyatakan hanya untuk sebulan surcaj tersebut.

keadaan ini tak mustahil boleh berlaku lagi dengan pengumuman DSN baru baru ni. kita kena tahu berapa banyak yang ada di Malaysia ni. menurut akhbar bernama melalui siaran laman web KPDNKK dilaporkan pada februari 2006 bahawa jumlah kenderaan di Malaysia adalah sebanyak 14.8juta buah kenderaan. skrg ni tahun 2009, pertambahan kenderaan aku rasakan telah mencecah 16juta.

Persoalannya hari ni...kenapa dikenakan syarat 80kali swipe TnG tu baru boleh dapat diskaun 20%. dan diberitakan bahawa hanya 85,000 pengguna sahaja yang mendapat manfaatnya. Aku jangka di KL sahaja pengguna yang menggunakan lebuhraya bertol melebihi 1 juta satu hari. dari jumlah 1juta tu hanya 85ribu pengguna sahaja dapat manfaat.

Inilah satu lagi pembohongan yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Aku doakan semoga mereka boleh memikirkan untuk rakyat keseluruhannya bukan untuk sesetengah kelompok sahaja. Harapan aku jugak agar rakyat Malaysia boleh menempa sejarah baru dalam pembikinan kerajaan yang berdaulat dengan menaikkan dan memberi mandat kepada golongan satu lagi yang belum pernah mentadbir malaysia di peringkat persekutuan.

HAPUSKAN PEMBOHONGAN KEPADA RAKYAT YANG BERTERUSAN!

Tak salah kalau mencuba

Aku dapat satu mesej pendek dari sape aku pon xtau...

pastu aku klik jer la web page ni.

Aku baca punye baca ada gak pekdah wat gini. belom cuba lom tau...

pastuh aku pon mencuba. nak expalin bebanyak pon aku tak tau cemana eh. konsepnye aku rasa cam nak membantu bersama sama. aku bagi kat hang, hang bagi kat aku. lebih kurang gitu la...

so, korang klik sini >>>>>> Sumbangan Bersama <<<<<<<<<


tak salah kalau korang pon mencuba gak. ada ubi ada batas, hang bagi aku balas.

klik jer, pastu baca la sat....

http://www.sumbanganbersama.com/?id=ishaharom.

berganda ganda

Semalam aku pi ke pulau per tah kat teluk nipah (pulaupangkor)nun utk snorkeling. tah bende tah snorkeling kol 6ptg. hapa pon xnmpk. dah member2 ajak, aku folo jer la.

aku ni memang xpandai berenang. xpe la ada life jacket utk aku harapkan.dok terapung. lama tol tak snorkeling. last skali kat perhentian. perhentian memang best. air laut dia tenang jer. kat pangkor nih ombak ckup kuat bagi aku.

bila dah lama aku dalam air. badan mula jadik kejang, kaki jadi dah tarik2 kekejangan. nak jadik citer aku nak nek ats bot bila dah letih. tapi ada mamat 2 org bwk kayak mundar mandir kat tepi bot tu. dorg mmg tak ketahuan nak pi mana. hampeh tol.

bila dah ptg gitu dlm kol 6.45ptg air mula surut. aku mula ditarik ketengah skit skit. hampeh. goyah beb. badan dah letih. nak berkuak pon dah tak larat. aku laung le pe lagi.pgl member2 tarik aku.rupa2nya aku mg dah jauh.jenuh gak dorg nak dtg kat aku.


dah lama skit gitu, boat driver datang hulurkan tangan ringankan beban. power beb, xdak life jacket selambe jer dia selam kat tgh2 laut tuh. dah naik ke atas bot terus kaki aku jadik kejang. alhamdulillah. kalu kejang teruk dalam air naya aku. keras aku sorg2.

bila nak gerak, bot xleh nak start lak.aduhai MHI.ape la nasib aku. lebih kurg 5minit gitu ane tu lambai2 kat bot kecik tuh.dia dtg tp xleh setel gak. datang yg lain lak sama gak. lebih kurg stgh jam terus bantuan tiba (dari bos ane tuh). cilapet. dia datang tarik satu butang tuh terus leh start.

akhirnya kami ok n terselamat. nasib petang td mmg xbaik berganda2 utk aku. apa la dosa aku allah nak suruh tebus. alhamdulillah....

Apa punye turr la

Awal tahun haritu aku telah mendaftarkan orang umah aku untuk mengambil lesen memandu di IKMP perlis.

Bila tye wakil dorg tu ada disediakan pengangkutan ke tak dari tempat tinggal aku dia cakap boleh dirunding.

Bila dah start blajo bawak keta( setelah abis sume test komputer dan sebagainya) aku tye lagi skali kat dorg pengangkutan ada disediakan ke tak dia cakap tye pengajar.xpe, aku boleh rileks lagik.

Bila pi tye pengajar lak dia cakap bukan urusan dia amek pelajar nih. so, dia suruh tye kaunter.

Cilakak punye turrr....hangin beb. apa citer nih. tolak sana, tolak sini. hampeh tol la.

Sebelum tu,ada lagik yang aku tak puas ati pasal IKMP nih. pengajar cakap tunggu cukup sebulan pas lesen matang baru leh ajo bawak keta. dalam ati aku musti ada yang tak kena ngan dorg nih.

Aku memang tak puas ati tol ngan IKMP nih. staf dorg pon xbagi layanan yang baik pada pelanggan. aku ada cakap aritu, buat lesen kat KL lagi murah baru RM650, kat perlis nih sampai RM850.

apa dia cakap beb? kalau murah sangat kat KL pi buat kat sana la. pergh...panas beb.

Selama ni aku dok ingat perkhidmatan yang baik bila tengok student aku buat kat dorang. pergi blajo diambil, abis blajo dihantar. rupanya tak.

Sial la IKMP!

Bantah PPSMI

Minggu lepas aku saje gi wat lawatan industri. Saje, xdak keje cari keje. huhuhuh

gi tempat institusi pengajian tinggi kat utara nih. pas jumpa student praktikal tuh, jumpa le supervisor dia.

awal2 jumpa tuh pas citer lebih kurang pasal student praktikal tuh dia terus ngaku yang dia penyokong kuat barisan nasional. ah, pegi jahanam la dia nak sokong ape pon. sama gak aku nak sokong apa pon ape ko kisah.

Dalam pendidikan harini ,dia memang tak setuju sangat pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. wah, topik menarik. ulas punye ulas apa yang diperkatakannya aku akui yang dia pejuang bahasa la jugak biarpon dia blajo wat master n phd kat UK dulu n guna 100% english sebagai medium penyampaian.

apa alasan yang dia tak sokong PPSMI nih? dia kata, kita guna, faham, aplikasi dan sebagainya dalam bahasa ibunda. aku melayu. guna bahasa melayu hari hari.

So, aku faham apa yang belajar dalam bahasa melayu. bahasa inggeris? bukan tak penting, tapi sekadar nak baca, faham dan bercakap pon sudah memadai.

apa kejadah kalu cikgu yang mengajo pon xreti nak guna bahasa inggeris inikan pulak nak ngajo budak2 yang 10kali tak reti bahasa penjajah nih.(bukan semua student ni yang tak reti english)

Sekarang nih pon kalu kita gi bandar-bandar besar, apa bahasa perantaraan yang kita akan dilayan samada di supermarket, di pusat hiburan, di tempat2 awam? kebanyakannya guna bahasa inggeris. aku skrg nih kat mesia or kat luar nih?

sedih aku, kat mesia aku kena cakap bahasa inggeris. mana kedudukan bahasa melayu dihati rakyat berbilang kaum?

aku percaya, ada dikalangan orang melayu sendiri yang duduk di malaysia yang tak fasih berbahasa melayu apatah lagi orang bukan melayu( cina, india, kadazan, murut, iban dan sebagainya) pasti ada yang tak berapa reti nak cakap bahasa kebangsaan malaysia tercinta nih.

percutian bajet

aku tak terpikir pon nak bercuti sebenarnya. bila nuar ajak pi sabah, siap mak bapak dia pon dia bawak, aduhai murah ker tambang beb.

dalam dok berkira2 cam best jer gi sana, aku pon mengushar website www.airasia.com cari punye cari tarikh yang sama ngan dia pi tu, aduhai alahai mahal gak.

aku cari la pulak kat www.malaysiaairlines.com. cari punya cari aduhai weh murahnya siot. takdenye aku nak abiskan duit banyak2 nih.seb la katakan.huhuhuhu

korang leh caye ke gi sabah naik flight MAS (Malaysia Airlines System) dengan harga RM68 (termasuk surcaj) sehala?

woih, macam tak caye jer. naik bas gi kelumpo pon dah rm43.ke johor dalam RM60++. ini kan pulak naik kapal terbang. biar betol...

betol aku cakap nih...aku dah buat pon tempahan n dah bayar pon. memang murah.

percutian paling bajet aku penah dapat.huhuhuhu....alhamdulillah.rezeki aku nak pi sana la kot.

dok ushar cari hotel lak teringat hotel bajet nak mampos www.tunehotels.com. walawei murah beb.dalam town lagi tuh.satu malam cuma rm60++ jer(termasuk fees n tax).

aku kira2 belanja gi sana tak sampai pon RM400 untuk 2orang. pengangkutan + tempat tido.

amacam geng? jom pi sabah...huhuhuhu

Lagu best minggu ini

1- Dalam celahan menggelebek internet ni, aku terjumpa lagu baru yang best n sedap untuk didengar oleh halwa telinga aku minggu ni.

2- Lenka - itulah gerangan nama penyanyi omputih nih. Maleh citer banyak, moh kite dengar barang 2 lagu yang rasa best.





Trouble Is A Friend lyrics

Trouble will find you no mater where you go, oh oh.
No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh.
Your fine for a while but then start to loose control.

Chorus 1:
He's there in the dark,
he's there in my heart,
he waits in the winds
he's gotta play a part.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh.
He sees what I see and he knows what I know, oh oh.
So don't forget as you ease on down the road.

Chorus 1

Chorus 2:
So don't be alarmed if he takes you by the arm.
I won't let him win, but im a sucker for his charm.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. Oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel.
And how I try to make him leave; I try.
Oh Oh I try!

Chorus 1

Chorus 2

Oh, Oh.

Rakyat malaysia tahu ke tak ek?

1- Pak mael sabri pemegang portfolio Menteri KPDN HEP dah umum yang harga petrol akan naik 1 Sept ni.

2- Wah, hebat dia. Masa Paklah jadik PM dulu PM sendiri yang umumkan harga petrol naik bape sen bape sen.

3- Ni dia yang umum n mcm xdak rasa bersalah pon dia yang dia dah start buat perangai untuk bebankan rakyat.

4- Aku tgk tak banyak blog yang ulas hal ni. nape ek?

5- Kalut sangat politik Perak kot menyebabkan harga barang akan naik nanti pon buat dono jer.

6- Masa minyak naik RM2.70 secara mendadak tahun lepas apa jadi kat malaysia?

7- Segala macam harga barang naik.

8- Alasan yang aku xleh terima sangat adalah sebab harga minyak naik. Bengkek jer.

9- Beban beb. Dok berkira2 gaji yang tak seberapa ni camana nak survive untuk golongan berpendapatan rendah kat kampung2 n kat bandar2 nun.

10- So, Rakyat malaysia tak tahu ke ek?

Lawatan Industri ke Johor

1- Sekarang ni aku sedang membuat lawatan industri pelajar2 aku kat negeri johor ni.

2- perjalanan ni aku rasakan cukup jauh.

3- siap leh silap jalan lagik.

4- tah cemana punye suwei masuk kampung-kempung kecik di dalam kawasan bukit kepong.

5- hampeh tol. seb bek bawak map.kalu tak dah tentu aku ngan jo mengalami kesesatan yang nyata.

6- hari ni aku akan melawat 4tempat rasanya.

7- segamat, parit raja 2 tempat n di kota tinggi. aku kira2 hampir 2ratus kilometer perjalanan hari ni.

8- huarghhh....ngantuk n letih bawak keta malam tadi pon xabis lagik. korang-korang ada ubat kuat yg bagus tak bagi badan aku tahan 3hari kat johor ni?

Zoom Malaysia

1- Aku baru jer balik bercuti ngan bini aku kat pulau langkawi.

2- Dengan penginapan di holiday villa langkawi agak menarik untuk aku coretkan.

3- Aku amek percutian ni guna travel agency yg base di KL (rupa2nya) masa tu aku gi pesta konvo UUM minggu lepas.

4- Pakej free n easy ni agak menyenangkan aku sebab aku tau le skit2 tempat ni. kalu aku tak penah gi wat free n easy teruk aku.

5- Bila sampai petang tu, tak sangka lak yg aku amek resort yg agak mahal(bagi aku la). 90% yg menginap kat situ pada haritu( sepanjang pemerhatian aku: tgk kat swimming pool, tgk kat pantai blkg hotel n org yg aku beselisih dalam kawasan hotel) sumenya kulit putih merah(mat saleh la bro) n org arab.

6- biar betul aku ni, ah pedulikan jer. bukan diorg bayo bil aku.huhuhuhu

7- hari keduanya aku gi pantai cenang, ada zoom malaysia ada wat program pesta air.ok gak le aku pi kali ni. ada gak bende yg dorg wat.

8- ni ada skit gambo yg aku ambik kat sana.





kemenangan untuk rakyat

1- Pilihanraya kecil bagi 2bukit dan 1batang baru- baru ni cukup mengujakan aku.

2- Melihatkan kepada situasi semasa yang agak kelam kabut menjadikan pertandingan ini cukup hebat.

3- Ketika itu jugalah dapat kita tengok betapa jeliknya TV pro BN menyampaikan propaganda mereka.

4- Semakin lama aku folo makin aku benci kat BN.

5- bagi aku antara punca kekalahan BN adalah menyampaikan berita yang kurang benar dan cuba untuk melaga-lagakan pemimpin lawan.

6- Alhamdulillah, berkat doa sekalian insan disaksikan bahawa BN telah tertiarap dengan begitu bopeng sekali.

7- Jika dilihat didalam TV, hanya BN sahajalah yang layak untuk menggunakan media ini untuk berkempen. Manakala pihak lawan hanya layak untuk dilanyak tanpa belas kasihan.

8- Hal ini dapat mendapat ulasan dan pemerhatian yang cukup baik (bagi aku la) dari sorang panel jemputan dalam analisis pilihanraya kecil di saluran 501 astro Awani.

9- segala hujah dan pandangan beliau begitu baik dan beliau memang mengikut trend penyampaian maklumat ini dengan baik.

10- Dr Abu Hassan Hasbullah memang power ah. Habis di bantai prof2 yang kelihatan masih bernada BN( aku tak kata pon Dr Abu ni pro pembangkang).

11- Sebagai ahli akademik memang wajar sekali beliau menyatakan pemdapat yang lebih bersifat univesal tanpa dipelopori dari mana- mana parti politik.

12- So, blogger(yang menulis hal-hal kebenaran) sekelian teruskan usaha kalian untuk menyampaikan idea, pandangan, kritikan dan memacam lagi ah melalui blog yang kita buat tu untuk kesejahteraan semua orang.

13- Kredit untuk Dr Abu Hassan Hasbullah atas keneutralan beliau menyampaikan hujah dan pandangan beliau dalam siaran tersebut. 4 THUMBS UP!!

Dr Abu Hassan yang sebelah kiri tu

macam macam

1- aku ada link yang bagus utk korang lawati

klik sini:

Perisik Rakyat

Blog Wak Banjar

dua blog ni selalu aku masuk akhir2 ni.

Hidup Rakyat!

ape kes?

1- hari ni aku rasa jadi mcm hero pon ada.

2- sebenarnya aku telah mengantoikan sorang security guard di iab ni atas kesalahan mencuri.

3- alhamdulillah dengan bantuan allah melalui wonder pet telah menyelamatkan barang2 member aku. duit, cincin kawen, kamera digital n enpon.

4- enpon member aku ni telah dicurik, kendian si pencurik lak dah off enset tu.

5- logiknya, memang takkan perasan la kalu kita kol tepon tu kalu dah off. kejadiannya jadi awal pagi dlm kol 3.45pagi.

6- nak jadik cerita, alarm bagi enpon tu dah set. so, bila cukup time dah tentu enpon tu bunyi walaupon enpon tutup.

7- bila dah berbunyik, maka kekantoian si pencurik pon terjelma la. barang curik ada dalam seat bawah tempat duduk motor ego dia la.

8- apa lagik, bila dah kantoi gitu jadik kes polis la.

9- skrg ni dalam prosedur sabit kesalahan si security guard tu.

10- aku tak kata guard jahat. yg kita leh pegang, manusia ni pelbagai. mungkin mamat tu nak guna duit nyebabkan dia terpaksa mencurik.

11- masa tunggu membe aku wat statement, tengok2 si pencurik ada dalam lokap.

12- pakaian yang dia pakai ada kat luar lokap. dah la genting ni sejuk. jenuh la dia. sian pon ada.

13- lebih baik ada yang kena tindakan daripada orang lain yg jadi mangsa seterusnya. supaya tempat ni lebih selamat.

14- bagi mengenang jasa wonder pet, aku sertakan la lagu wonder pet.

TERIMA KASIH WONDER PET! apa kes?

sejuknya genting

1- sekarang ni aku sedang mengikuti kursus yang dianjurkan bahagian latihan dan kerjaya di Institut Aminuddin Baki(IAB).

2- Tempat ni biasanya melatih guru besar-guru besar dan pengetua-pengetua sekolah.

3- Bangga aku dok tempat ni. Tak pernah tau aku kat ne IAB ni. Bila dah sampai, ya rabbi...jauhnya dari orang.

4- rupa-rupanya tempat ni "dah lama dah" bak kata tok det.

5- Berada berhampiran dengan bulatan gohtong jaya IAB memang agak tersorok tempat ni.

6- yang bestnya, tempat ni jauh bezanya macam perlis yang bangat gitu. tempat ni sejuk, nyaman dan menyegarkan.

7- Minggu ni adlh minggu ke 2 aku kat sini. minggu depan adalah minggu last.

8- Dah nama pon tempat lama, so bangunan memang lama ah. otai betol.

9 tenaga pengajar kat sini at least gred DG48. kalu nak ikut tu taraf pengetua la diorg ni.

10- pengalaman toksah dok cakap ah. memang power ah.

11- kecik jer aku rasa dok kat sini. betapa ilmu aku sangat la sikit.

12- dah setel kursus ni leh la aku kongsi pengalaman kat sini. banyak benda doh.

13- skrg ni baik aku setel dulu assignment yang lecturer aku bagi.huhuhuh

Isu Tanah : Ini Jawapan YAB DS Nizar

di petik dari www.tranungkite.net

Dilulus terbit pada Wednesday, February 18 @ 11:16:59 MYT oleh TokBatin

Oleh ho_nam

"Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.


Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.

DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.

Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.

Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!

Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).
Posted by alhusseyn "
È