RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

Apa punye turr la

Awal tahun haritu aku telah mendaftarkan orang umah aku untuk mengambil lesen memandu di IKMP perlis.

Bila tye wakil dorg tu ada disediakan pengangkutan ke tak dari tempat tinggal aku dia cakap boleh dirunding.

Bila dah start blajo bawak keta( setelah abis sume test komputer dan sebagainya) aku tye lagi skali kat dorg pengangkutan ada disediakan ke tak dia cakap tye pengajar.xpe, aku boleh rileks lagik.

Bila pi tye pengajar lak dia cakap bukan urusan dia amek pelajar nih. so, dia suruh tye kaunter.

Cilakak punye turrr....hangin beb. apa citer nih. tolak sana, tolak sini. hampeh tol la.

Sebelum tu,ada lagik yang aku tak puas ati pasal IKMP nih. pengajar cakap tunggu cukup sebulan pas lesen matang baru leh ajo bawak keta. dalam ati aku musti ada yang tak kena ngan dorg nih.

Aku memang tak puas ati tol ngan IKMP nih. staf dorg pon xbagi layanan yang baik pada pelanggan. aku ada cakap aritu, buat lesen kat KL lagi murah baru RM650, kat perlis nih sampai RM850.

apa dia cakap beb? kalau murah sangat kat KL pi buat kat sana la. pergh...panas beb.

Selama ni aku dok ingat perkhidmatan yang baik bila tengok student aku buat kat dorang. pergi blajo diambil, abis blajo dihantar. rupanya tak.

Sial la IKMP!

Bantah PPSMI

Minggu lepas aku saje gi wat lawatan industri. Saje, xdak keje cari keje. huhuhuh

gi tempat institusi pengajian tinggi kat utara nih. pas jumpa student praktikal tuh, jumpa le supervisor dia.

awal2 jumpa tuh pas citer lebih kurang pasal student praktikal tuh dia terus ngaku yang dia penyokong kuat barisan nasional. ah, pegi jahanam la dia nak sokong ape pon. sama gak aku nak sokong apa pon ape ko kisah.

Dalam pendidikan harini ,dia memang tak setuju sangat pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. wah, topik menarik. ulas punye ulas apa yang diperkatakannya aku akui yang dia pejuang bahasa la jugak biarpon dia blajo wat master n phd kat UK dulu n guna 100% english sebagai medium penyampaian.

apa alasan yang dia tak sokong PPSMI nih? dia kata, kita guna, faham, aplikasi dan sebagainya dalam bahasa ibunda. aku melayu. guna bahasa melayu hari hari.

So, aku faham apa yang belajar dalam bahasa melayu. bahasa inggeris? bukan tak penting, tapi sekadar nak baca, faham dan bercakap pon sudah memadai.

apa kejadah kalu cikgu yang mengajo pon xreti nak guna bahasa inggeris inikan pulak nak ngajo budak2 yang 10kali tak reti bahasa penjajah nih.(bukan semua student ni yang tak reti english)

Sekarang nih pon kalu kita gi bandar-bandar besar, apa bahasa perantaraan yang kita akan dilayan samada di supermarket, di pusat hiburan, di tempat2 awam? kebanyakannya guna bahasa inggeris. aku skrg nih kat mesia or kat luar nih?

sedih aku, kat mesia aku kena cakap bahasa inggeris. mana kedudukan bahasa melayu dihati rakyat berbilang kaum?

aku percaya, ada dikalangan orang melayu sendiri yang duduk di malaysia yang tak fasih berbahasa melayu apatah lagi orang bukan melayu( cina, india, kadazan, murut, iban dan sebagainya) pasti ada yang tak berapa reti nak cakap bahasa kebangsaan malaysia tercinta nih.
È