RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

siam sokmo...

hari ni aku p lagi siam. bkn pdg besar siam lor...jauh skit. ke songkhla.

memandangkan keta aku masuk spital n otai pon mmg ajak sbb dia nk bawak bini dia p jejalan. so, gua ok je bro.

kali ni aku p tempat baru. muzium folklor nama dia.


utk masuk pulau ni korang akan jumpa patung buddha kalu tak silap aku. dia tengah baring.


kendian tak jauh dari situ akan korang nampak museum yang bertulis the institute for southern thai studies. nak masuk ni guard xbagi terus semberono. korang kena p beli tiket dl. utk rakyat tempatan cuma 20baht. kalu pelancong cam aku ni (muka cam siam, kunun2 nk cakap siam last2 kantoi huhhuhuh) kena la bayo 100baht. naik bukit tu korang akan jumpa igloo panas yang ber air-cond(aku tak ambik pon gambo tu).

dan kendian, boleh la masuk. ikut je tanda arah yang dia dah letak situ. muzium ni cam muzium lain gak. cuma yang jadi bezanya ia berkenaan sejarah yang berlaku di selatan thai. aku tarok je la gambo sini. maleh den nak cito.







Memacam ada dalam muzium ni. hal berkaitan perkembangan islam di selatan thai. kisah zaman purba diorang. pasal kehidupan orang melayu di sana. pasal sejarah beduk la, gasolin la, pasal tembikar la, pasal memacam ah. byk betol. tp yang pasti, gambo bawah ni antara tarikan jugak. kepelbagaian jenis parut kelapa a.k.a kukoq nyok.



yang pasti 2 gambo ni agak melucahkan. huhuhu

ni lagi melampau lucahnye. depan 'barang' jantan, blkg 'barang' betina. hampeh tol....huhuhu



hahahahahah....

dah lenguh kaki jejalan dalam muzium tu (nampak je kecik, tapi banyak gile barangan antik n bersejarah dalam tu...kitorang pon tak abis jalan utk 2jam) terus je g ke pantai samila. heh...




selesai sudah pejalanan kali ni. actually kitorang masuk dalam tesco lotus di hat yai dl sblm ke songkhla.

next trip aku jangkakan ramai nak p folo. korang nak p? jom ar...huhuhu

ni aku ambik dari website drmaza...

Mengapa Kerajaan BN Berbohong?



(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)


1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.

5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.

6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.

7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.

8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.

9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.

11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

23 Jun 2010

sem baru yang memeningkan....

semester baru akan bermula minggu depan. student baru yang masuk 1238 orang. yang hadir utk program orientasi kira-kira 1150 orang...kemana yang lain...memeningkan

pelajar lama mendaftar masuk kamsis semalam. yang tak ditawarkan kamsis 200++ orang.. diserang makbapak yang kunun2 xpuas ati xdapat asrama satu hal. yang tak mohon masuk kamsis pon nak dok asrama jugak. memeningkan...

program budak2 sekolah yang tinggal dalam kamsis ambik satu floor blok ape tah sampai ujung tahun ni...memeningkan...

yang tak dapat kamsis nak dok kat kuarters pensyarah...memeningkan....

dan segala bala macam lagik yang menanti. itulah kehidupan sbg seorang yang digelar 'pendidik' yang tah hape bende tah. segala macam kerja kena buat.makin dirungut maka akan jadi makin tak ikhlas utk kerja...huhuhuh
È