RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

maklumat baru untuk aku harini(padahal dah 4 tahun isu ni)

tadi aku masuk ke satu bank yang beroperasi pada hari ahad. 

tujuan aku adalah untuk memajak gadai emas yg aku beli beberapa gram haritu. 

dalam slip cert. yg disertakan bersama emas aku tu adalah 999.9 ketulenannya. ini bermakna, emas yg aku miliki itu adalah 24k.

namun demikian, bila ditimbang dari mesin bank tersebut....23k.

adoyai....

apahal ni. lantas aku cuba menelipon tuan nubex(tmpt aku membeli emas tu). ah, harini ahad. mana ada kampeni kelumpo bukak.

walaupun dicatatkan 23k, aku masih dibenarkan membuat pajak gadai tersebut.

balik ke rumah, aku hubungi tuan nubex melalui email. dan ini jawapannya:


Utk makluman En Shaharom, perkara ini telah menjadi perbincangan umum sejak 4 tahun lepas.

Saya sendiri telah menulis berkenaan hal ini di Berita Harian pada tahun 2008 mengenai sikap sesetengah institusi pajak gadai "Islam" yang tidak mengambil berat tentang hal ini.

Saya telah letakkan keratan akhbar tersebut di Facebook Nubex Supporter di URL ini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150140142450767&set=a.258049660766.185701.214038185766&theater

Selepas pendedahan tersebut dibuat, saya telah dibawa berjumpa dengan Pengerusi Bank tersebut di ibu pejabat bank tersebut dan beliau telah memanggil Pengurus Besar Perbankan (Retail) ketika itu mengarahkan beliau (dihadapan saya) untuk menukar mesin2 GK-300 yang digunapakai di semua cawangan bank tersebut. Namun sehingga hari ini ianya masih belum dilakukan. 

Tahun lepas, saya telah dilantik untuk menjadi perunding oleh Al-Rajhi Bank utk produk berkenaan emas yang bakal mereka lancarkan kelak. Perkara pertama yang saya buat ialah menekankan penggunaan mesin density yang tepat. Saya telah memberi spesifikasi mesin yang diiktiraf iaitu Mettler Toledo dari Switzerland. Al-Rajhi Bank telah membuat perolehan untuk mesin tersebut baru-baru ini. Insha-allah Tuan tidak akan mendapat sebarang masalah sekiranya berurusan dengan Al-Rajhi Bank kelak.

Sekiranya Tuan masih ingin mendapat jawapan muktamad tentang hal ini, saya nasihatkan agar Tuan dapat membawa emas tersebut ke mana-mana cawangan Habib Jewel, Poh Kong atau mana-mana kedai emas terkemuka. Tuan akan dapat jawapan muktamad dari mereka sama ada emas tersebut adalah emas 24k atau 23k.

Diharap Tuan berpuas hati dengan jawapan ini.

Sekian, terima kasih!

MFMN
Nubex Sdn Bhd

adoyai, macam ni pon ada ka. kita nak berurusniaga cara islam. tapi....entahla.

lu pikiaq la sendiri labu
È