RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

betul ker dah sedar?

Terkadang aku gelihati dengan perangai pemimpin yang kununnya merekalah pemimpin yang dilantik oleh rakyat untuk memenuhi keinginan rakyat...


saje membelek2 blog2 seangkatan dan seantero mesia nih...cubalah jua aku memasuki blog orang politik. aku petik dari blog YB DSKT


4. Kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya. 


7. Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding Barisan Nasional yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekaligus menambah perbelanjaan dan hutang mereka."


12. Majoriti rakyat tidak meminta "bulan dan bintang" seperti dalam janji-janji PR. Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan.


15. Lihatlah banyak sejarah kejatuhan parti dan pemerintah kebanyakannya berpunca daripada kenaikan kos sara hidup, petrol dan pengenaan pelbagai cukai yang akhirnya membosankan majoriti rakyat (middle class dan lower class) dan mengambil keputusan menghumbankan mereka jatuh dari tampuk pemerintahan. Saya tidak perlu menyebut contoh namun kenaikan kos sara hidup sudah cukup menghumban beberapa pemimpin parti negara jiran dan eropah sejak berdekad-dekad lalu.


18. Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC, hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh "saman ekor".


19. Saya memberi pandangan ini agar kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada 2008, yang mana saya sendiri tidak mengambil berat manifesto Pakatan ketika itu dan menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan. saya berharap pisang tidak berbuah dua kali.


berdasarkan beberapa petikan tersebut aku sebagai golongan marhain dibawah ni merasakan betul juga apa yang dilontarkan oleh beliau. namun demikian, jika beliau masih memegang tampok pemerintahan adakah perkara ini akan dibangkitkan atau 'terlintas' untuk difikirkan.


aku pon tak pasti apa yang diperjuangkan oleh mereka2 ini. bagaimanapun aku berpendapat yang keadaan hari ini memang sangat medesak untuk rakyat malaysia menukarkan kerajaan yang kononnya paling pandai mentadbir negara. tak pernah pula kita melihat orang lain dari parti yang lain memerintah. PRU13 ni aku mengajak korang2 berfikir sejenak apa yang cuba aku kongsikan ni dan buat keputusan yang baik untuk generasi masa depan.


pada pendapat aku, kita tak perlu untuk meminta gaji dinaikkan. kerana itu menjeratkan kita lagi. tapi aku lebih berminat jika harga barang keperluan diturunkan. itu aje. 

3D2N di Bandung

Dah lama aku nak update pasal percutian aku ke Bandung haritu (dah sebulan pon g)... jadi cam malas lak nk update blog ni.

actually aku g 5D4N ke sana. masih igtkh korang sebulan yang lalu kejadian Gunung Merapi meranapkan pelancongan di Jogjakarta. termasuklah jugak aku. ranaplah impian aku ke sana. Allah maha penyayang. Dia bg jugak aku p (igt kot tket dah cancel) airasia bagi jugak utk tukar route. aku pilih Jakarta.

dugaan tol trip aku kali ni. nape? aku ada pertandingan Robogamez 2010. abih ari ahad(14/11). patutnye aku g Sabtu (13/11) tp sebab usaha dah hmpir 3bulan utk mengerjakan robot ni aku tunda ke hari isnin (15/11). so, trip aku dari 15-17/11.

trip kali ni takde la best sgt...
aku tunjuk gambo dah la...















sajak yang penuh makna

Dulu...(kira2 4bulan lepas masa tugasan aku menghantar isteri terchenta ke sekolah utk praktikum)
selalu saja aku ikuti ruangan sajak di radiu ikim.fm...


kini....tidak lagi (isteri aku da abeh blajo da)
ruangan tersebut kadang kala saja aku dengar itupun jika bernasib baik. namun, ingin aku kongsikan bersama kalian sajak dari sasterawan terbilang tersebut...




Jujur Kata

Jika kita berkata 'ya' tanpa ragu atau letih
Kita tingkat inti daya tanpa lesu juga sedih
Diri kita akan jaya

Jika kita kata 'tidak' sebab malu atau bongkak
Kita tambah daya palsu pada diri tidak boleh
Pasti saja kita kalah

Kita perlu berkata 'ya' memang jika ingin berjaya
Berkata 'tak' jika memang rasa akan kalah
Untuk teguh perlu kukuh

Kita wajar jadi insan penuh sabar dan berkesan
Tiap kata penuh makna dan suara bermaruah
Baru langkah penuh gagah

Nukilan: Dato' (Dr.) A. Samad Said


apa mcm?best tak....huhuhu

bila matlamat menghalalkan cara....

aku mengcilok dari blog siakap hijau...


adakah islam menganjurkan cara berpakaian yang mahu dihalalkan dengan cara begini....lihat pula sape yg jadi advisor bagi program ni diakhir post nih...


ada mata lihat...
ada hati buka.....
ada akal fikir...dan terus berfikir


Islamic Fashion ala 1 Malaysia..Rosmah Mansor dan Najib promosi pakaian islam ala jahiliyah



Oleh: Pria Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco (yahudi)..sungguh terhina lagi memalukan!

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..

Penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak ini..wallahua'lam..
































VIDEO: Legends Islamic Fashion Show HD


P/s: Ada seorang hamba Allah bertanya penulis, siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat dll) program 'fesyen Islam' (sukular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah...

tak bestnye aku dengo...

aku ni xde la berapa tahu sgt pasal bajet yg baru diumumkan oleh pi em semalam....

yang aku tahu dari apa yg dia umumkan tuh adalah cadangan utk kenakan cukai utk pengguna yang melanggan TV berbayar. dan semestinya adalah pelanggan astro. berbanding pulak dengan penghapusan cukai 5 ke 30% utk barangan berjenama.

aku menelaah benda ni dalam keadaan begini. sapa yang dok beli barangan baju2, spende2, seluar2 n 300barangan lain tetiap bulan? mahal beb. pertamanya tengok pada jenama beb. jenama yg branded ni kebanyakkannya bukan orang mesia punye. sykt antarabangsa. dah tu sape punye tuannye kalu dah jenama antarabangsa. majoriti adalah yahudi bro.

bila dah namanya yahudi, ini bermaksud pendapatan atau kuasa belian terhadap barangan berjenama ni akan melonjak. dan bila dah melonjak sape yang untung? semestinya yahudi tadi. adakah ini cara kita nak boikot yahudi? pada pendapat peribadi aku galakan pembelian ni bukan menguntungkan orang islam. tapi memusnahkan orang islam di palestin sebabnye duit dah banyak bagi kat sykt yahudi tadi.

ini sebagai kuasa pembelian @ penghapusan cukai yang serampang dua mata beb.

berbalik pasal astro tadi pulak, bagi aku ni cara yang tak perlu la utk ambik cukai dari rakyat marhain cam aku nih. dok di perlis ni mana ada nk dapat siaran mesia. kalu xde astro mmg xleh la nk menengok tv la. xtau la pe berlaku di luar sana. sebabnye? kat sini hanya boleh tune utk TV THAI saja...dah tu cemana tak melanggan astro. sama gak kat umah parents aku di selangor nun, tv mesia ni cukup susah nk dapat siaran. walhal dekat je bt caves nun dgn kl. dah tu tepaksa la langgan astro. bukannye sikit...6%beb. kalu cam aku ni langgan rm59.90 maka thun depan 2011 aku kena tambah 6% jadik 59.90+ 3.59=63.49. tu utk aku sorg. skrg ni astro ada 2.9juta pelanggan banyak mana beb. kot kata cukai permulaan ni adalah 2% xpela. ni terus 6%.

perkara lain yang aku agak tak best dengo pasal bajet ni adalah berkaitan kenaikan cukai perkhidmatan atau service charge naik 1% dari 5% jadik 6%. segalanya cukai, cukai dan terus cukai....jgn pasni ada cukai kepala cukup ar.

xdinafikan kepekungannya..

pagi ni aku ada acara makan2 sempena meraikan hari raya 6 yang abis kami jalani smlm. alhamdulillah...

ada la kami dah pakat2 utk bawak sorg skit mknn pe yg patut utk raya 6 nih kat opis.

aku dengan smgt bekobar2 bangun pagi kol 5 utk wat cucioq udiang spesial pye...huhuhu

dan ternampak jugak la aku mee yang belum terusik dalam fridge tuh. lantas aku pon  menyiapkan pulak mee goreng ala mamak.

cucor udang...perghhhh best! terbaik...huhuhu masuk bakul angkat sendiri.

nak dijadikan cerita, aku waktu tu lebih kurang kol 7.15 dah siap dah masak mee goreng mamak tu gatal tangan nak menambahkan kepiauan mee aku tuh dengan 2 bijik telur. telur pertama...ok....xde hal.
telur kedua...lepas aku pecahkan aku terasa akan kelainannye. pehal pulak telur ni cair sgt.

tetiba! ada sesuatu kaler itam dlm telur tuh...dan serta merta bau yang sangat kuat tersebar dengan begitu pantas sekali.

adoyai...telur tu plak dah masukkan skit dalam kuali. xleh nak wat pe dah...abih satu kuali mee yang aku goreng terkena penangan telur tembelang. BUSUK! nak muntah wooo....basuh pye basuh kawasan2 yang kena percikan telur tu sume jadi busuk gile. busuk nak mampos.

stgh jam jugak aku perlukan masa utk sental semua bau2an tuh...

last skali, lantas aku teringat kata2 orang lama....pecah tembelang. luaran telur tu nampak ok. skali dah pecah abih semua terpalit dan melekatkan bau. cam tu lah jugak manusia. tetambah yang bujang yang sedang mencari jodoh....depan awek, tunang sume nampak baik....bile dah kawen abis sume tembelang dah pecah....macam telur yang dah masuk dalam mee aku....busuk lagi membusukkan...

uweeeeekkkkkkkkk

Tuanku Sultan n mb kelantan...(ambik dari ohislam.com)

tertarik aku untuk berkongsi sedikit maklumat dgn pembaca blog aku nih pasal post yang aku jumpa dari ohislam.com.


Maka ketahuilah, menghormati manusia melalui ilmu agamanya yang tinggi adalah lebih baik dari menghormati pangkat anugerah manusia di duniawi yang nyata hanya sementara sahaja. Wallahualam.
Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-1
Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-2
lagi gambar..
Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-3
Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-4
Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-5
Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-6

renung2kan gambar tersebut dengan pemimpin dari negeri lain cemana....

ilmu dan amal 2 perkara yang berlainan.tol tak?

aku ni bukannye baik sgt pown... mulut lancang...huhuhuhu

dan aku pown xpaham bila aidilfitri yang mulia ni masih ada yg memendam rasa padahal usaha ke arah ukhuwah yg lebih baik telah aku buat.

tp itulah namanya manusia....ilmu yg sedalam tasik yang dalam pown masih belum mampu utk mengawal diri mereka2 itu.

aku ni kekadang pelik jugak tgk gelagat mereka2 itu. cakapnye berdegar2....kelakuannya tak seperti yang diceramahkan.

mana mungkin aku terlupa dengan kelancangan mulutku ni. dan telah ku mohon kemaafan kepada mereka2 itu. namun repond yang aku dapat adalah negatif. ku bertegur sapa dengan salam yang mulia, dipandang enteng oleh mereka2 itu.

usaha telah ku buat.bukan urusanku lagi nk pk sume tu lagi. walhal sebelah menyebelah, atas dan bawah dekatnye.

di aidiifitri yang mulia ni aku susun 10jari mohon kemaafan kepada semua umat yang mengenali aku n tak aku kenali atas segala kekhilafanku. selamat hari raya aidilfitri
aku ni bukannye baik sgt pown... mulut lancang...huhuhuhu

dan aku pown xpaham bila aidilfitri yang mulia ni masih ada yg memendam rasa padahal usaha ke arah ukhuwah yg lebih baik telah aku buat.

tp itulah namanya manusia....ilmu yg sedalam tasik yang dalam pown masih belum mampu utk mengawal diri mereka2 itu.

aku ni kekadang pelik jugak tgk gelagat mereka2 itu. cakapnye berdegar2....kelakuannya tak seperti yang diceramahkan.

mana mungkin aku terlupa dengan kelancangan mulutku ni. dan telah ku mohon kemaafan kepada mereka2 itu. namun repond yang aku dapat adalah negatif. ku bertegur sapa dengan salam yang mulia, dipandang enteng oleh mereka2 itu.

usaha telah ku buat.bukan urusanku lagi nk pk sume tu lagi. walhal sebelah menyebelah, atas dan bawah dekatnye.

di aidiifitri yang mulia ni aku susun 10jari mohon kemaafan kepada semua umat yang mengenali aku n tak aku kenali atas segala kekhilafanku. selamat hari raya aidilfitri

sebulan br setel....

dah lama beno aku rasa xhapdet blog nih.

masalah utama... LED DSL pada modem xnyale.

dari 24/8 smp 19/9...hampir sebulan hendaknye streamyx umah aku nih problem. bkkn takat aku je semua yg berkaitan dalam poli nih terbabit.

bila mana kejadian ni berlaku, banyak benda yg nak dibuat tersangkut...banyak la jugak perkara xleh setel...gara2 xde tenet di rumah.

di opis kan ada...mmg ada bro...tp lajunye utk bukak sesatu website tuh bleh p buat kopi dl utk loading 1 page...cam hammpeh...

banyak hikmahnye aku rasakan yg kejadian nih bila berlaku.
1- uji tahap kesabaran utk para pengguna yg dah buat report ke TM (alasan yg pelbagai diberikan).
2- uji tahap kepoweran puasa korang bila kejadian nih berlaku tatkala puasa yg berbaki beberapa hari saje utk sambutan raye.
3- betapa banyaknye masa telah dihabiskan depan komputer gara2 fb, blog n konco2nye.
4- bla...bla...bla...

Didik Hayal or Didik Harapan

aku ni bukanlah pernah kerja byk tmpt n dah takde pon minat nk keje ngan gomen ni sbnrnye.

2006 aku masuk menyertai gomen melalui satu perjanjian yang dikatakan aku telah mungkir. nak fight lebih2 dah tentu kalah ni.huhuhu

so, dengan gaya kepoyoan masa memula masuk keje ditmpt skrg ni dulu tak menjanjikan apa2 yang baik melalui jawatan sorang pencacai tahap rendah punye. salah cakap boleh buang keje, salah tu salah ni sume ada je ugutan nak dibuang keje. hadoyai. tp itu dulu.

bila menjelma sebuah rumah baru yang kekunun memberi harapan baru utk penjawat2 macam aku nih nk menggantikan skim yang sedia ada terlalu banyak reaksi. biasa la bro, dalam dunia mana ada orang puas hati dengan semua perkara yang berlaku.

tu sume tak de kuasa aku nak bincang sini. cumanya aku berpandangan yang skim ni baik untuk jangka masa panjang. untuk jangka pendek yang berkaitan dengan perjawatan tu kena perhalusi utk 2tahun mendatang ni. mungkin staf yang telah berkhidmat lebih 5 tahun dari 2008 diberi kelonggaran utk kriteria kenaikan.

utk staf yang kurang dari 5 tahun berkhidmat dari 2008 baru le ada ruang utk menilai kriteria yang diperlukan lebih dekat.

disebalik rumah baru yg dipayungi oleh warga gomen yang mengambil skim dee-hej nih aku merasakan akan ada perubahan dari segi sikap, cara bekerja dan usaha yang ditunjukkan/dibuat oleh penjawat yang terlibat.

patut la mahal

aku ni sbnrnye xdelah suke sgt g pasar nat di pauh nun...yg lebih aku suke adlh ke nat kodiang..

ada la gak aku beborak2 ngan geng2 disini berceritera berkenaan nat2 yg ada n boleh dikatakan kebanyakannya lebih suke ke kodiang dari pauh...

nape ek?...memandangkan dah lama tak ke pauh nun aku dapati yg orang jual sayur gunakan satu penimbang yg aku rasakan kurang masuk akal utk timbangkan sayur...

mana taknye, ada ke orang yg beli sayur utk kegunaan harian beli berkilo-kilo. kalu ada pon mgkn dia nk wat kenduri. takkan la stp hari org nk wat kenduri ye tak...

cube korang perhatikan penimbang kilo dibawah...apa yg korang nampak?


hah, nampak tak yg penimbang tuh maksimum skala adlh 10kg!

ada la lbih kurg 10minit gitu aku kunun2 cari sayur2...memang xde orang beli sayur lebih dari 1kg pown..

adoyai...yg kerap aku tgk sekadar 200gram je gitu...

dah tu cemana dgn timbangan yg dorg wat ni...bleh tgk ke 225gram dari skala ni. xmgkn beb...ia akn bundarkan ke 250gm la...

aku yakin yg kaedah timbangan ni la yg menjadikan harga sayuran yg beli di pasar2 gini jadik mahal!...

yg sebaik2nye adalah gunakan penimbang digital yg dah siap dgn harga utk dibayar oleh pembeli.itu lebih baik keadaanya.

dah mcm satu kebiasaan lak

2mgu yang lepas sblm aku ke penang utk buat lawatan LI ke kilang2, company2, pejabat2 kerajaan dan lelain yang berkenaan. bile da abis keje tuh aku membalikkan diri ke kolumpo.

ada la satu ketika nih, aku ke OU di damansara dan lepak le d narn-dows utk mkn2 lol...

memandangkan member2 ada yg merokok, kitorang lepak luar je...

pe yang aku perhatikan, xkira ler pe2 kaum yg lepak luar tuh akan kuarkan rokok dan isap rokok dengan selambenye...

ni aku coretkan bknnye geng2 lelaki yg merokok tetapi WANITA! 

adoyai, dengan selambe keringnye dorg mengisap rokok dgn tanpa segan silu.

aku ni yang tak merokok lak terasa betapa jakunnya aku bile lepak kat bndr2 besar nih tgk satu kegiatan pada satu ketika dulu yang boleh dikatakan sebagai salah laku sosial dikalangan wanita menjadi kebiasaan lak. 

aku penah merokok jugak dulu. masa umur 14 tahun. cuma bertahan sebulan saje. pastu xisap dah. kendian kekunun masa study tension2 la sangat try gak mengisap rokok ni. tapi xbleh blah beb.

apa yang aku tau, rokok ni diilhamkn oleh org bukan islam n menatang ni membahayakan kesihatan.

gambo hiasan...

ada la 2 ke 3 agenda

dah lama betol aku tak update blog ni...

sori la visitor2 kalian yg xjemu2 mengunjung blog nih...

actually, aku tersangatla bznye(bz ker?) heh...2 ke 3 menjak nih.

hadiri seminar di langkawi, balik kelumpo, buat lawatan student practical area penang n balik kelumpo semula.

ada la 2 ke 3 tmpt aku g tuh, byk gak yg bermain di fikiran ni nak dikongsikan bersama dlm blog ni..

so, aku rasa ada baiknya aku luahkn pe yg bermain dlm kotak pikiran aku ni dlm entri2 yg seterusnya...

Adolf Hitler ADALAH SEORANG YANG HEBAT! (aku cilok dr blog erozbyte.com)

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua…
__________________________
__________________________________________________
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

ke kb pulok kito

aku br je smp dari trip ke kota bharu aka kb. hah...kali ni bkn nye p jejalan bro...p buat kerja.

pertandngan 4th Malaysia FIRA Cup 2010 aka pertdgn robot soccer. kali ni 21team dari 20politeknik n 1 dari UKM masuk bertanding.

memandangkan ada 2 je jenis robot iaitu yg disetup guna otak singapore n satu lagik guna otak malaysia.

mana taknye, robot2 yg bertanding ni ada 2jenis yg berlainan. ape yg lain? byk lol...wireless comm, hardware, PC vs laptop, programming n memacam lagik.

robot lama...guna programming dari singapore. terbukti jaguh (menang international FIRA cup thun 2005).

robot baru..guna programming sendiri (kena buat sendiri lol), dijadikan bahan experimen dalam subjek2 tertentu. (guna utk pengajaran), tidak terbukti kejaguhan peringkat antarabangsa (hanya menang kawasan europe)

keputusan? menang kat jaguh la beb.


kedai mkn best di tgh bdr KB. kat kg tradisi kalu xsilap


tgk ayam goreng pon sedap nih...




pusat membeli belah wajib dikunjungi



saje mengasah bakat



maka, berakhirlah kitorang ngan tmpt ke 4 dlm kumpulan... masalah yg byk perlu diatasi dalam setahun mendatang. byk perkara baru yg ditemui n perlu dibaiki. insya allah, 2011 Polimas sebagai tuan rumah.

dah ngantok nih...letih belayar tu tak ilang lagik

memacam hal...

dah hmpir 3mgu student baru masuk. yang student lama lak br mgu ke 2. memandangkan yang semester ni penginapan tak cukup untuk sumbat sume student yang berdaftar dgn ptss nih, maka mereka2 itu kena la dok di luar kamsis dengan keadaan 1 bulan tempoh masa diberikan untuk setelkan hal rumah luar.

arakian bilamana keadaan ini berlaku, maka mcm2 la karenah yang terpaksa diterima oleh sume pekerja2 @balaci2 yang kena pikir cemana nk bagi sume yang berdaftar dok dalam poli. dalam byk2 tu, ada la jugak 'ikhtiar'kan juga cara2 yang dirasakan perlu (perlu ke?) untuk kasik anak2 diorang yg tak leh dok dalam tu masuk dalam asrama jugak.

yang tak tahannya, ada la beberapa org student (proksi mak bapak dia la tuh) sertakan surat dari memacam pejabat kerajaan yang besar2. pejabat PM, ADUN, MB dan sebagainya (sekadar contoh). persoalannya bagi aku kenapa perlu ada campur tangan dari org2 yang tak berkenaan pon dgn hal ehwal asrama ni mau di tarokkan jugak. kenapa perlukan sokongan yang tak masuk dek akal bagi aku.

contoh mudah: kalu rasakan mak bapak tak mampu, kenapa perlu sokongan org2 tu. kalu yakin yg student tu tak mampu dok luar, buat je surat. sertakan bukti atas ketidakmampuan diorang dok luar (gaji ke, rumah jauh ke, xdak kenderaan ke (padahal boleh beli) n lelain).

pengalaman aku: aku pegi register blajo dl mak aku hntr naik bas awam ja (sian mak aku..mak, kami syg sgt kat mak...sob sob sob.).kendian, spjg pengajian tak penah mak bapak aku datang tgk aku blajo. diorang dtg semula bila aku konvo je. setahun aku boleh dok asrama. kendian kena cari rumah sewa(asrama utk student br je). aku tak mampu beli motor n xbermimpi pn yg mak bapak akn hadiahkan aku motor. aku ikhtiar...beli basikal. jauh rumah ke ITTHO 5km. g balik sehari 10km lol.

harini aku tgk ada segelintir mak bapak yang dok sejauh alor setar (bukannye sume org alor setar arrr) boleh berulang tetiap mgu utk amek anak dia bawak balik umah. yg lahanatnye, budak2 ni xmau blajo bebetol (padahal blajo di poli ni adoyai...senang sgt nk lulus). dah agak mampu sgt tu dok je luar. naikkan ekonomi pauh n kawasan sekitar.

betol la kata org2 tua...nak seribu daya, tak nak seribu dalih. tepuk dada tye iman.

Nota ET101 bab 1, bab 2, bab 3 dan bab 4

Kepada student aku yg berkenaan utk kursus ET101- electrical technology boleh download nota bab 1, bab 2, bab 3 dan bab 4 dari link ni

Terima kasih.

siam sokmo...

hari ni aku p lagi siam. bkn pdg besar siam lor...jauh skit. ke songkhla.

memandangkan keta aku masuk spital n otai pon mmg ajak sbb dia nk bawak bini dia p jejalan. so, gua ok je bro.

kali ni aku p tempat baru. muzium folklor nama dia.


utk masuk pulau ni korang akan jumpa patung buddha kalu tak silap aku. dia tengah baring.


kendian tak jauh dari situ akan korang nampak museum yang bertulis the institute for southern thai studies. nak masuk ni guard xbagi terus semberono. korang kena p beli tiket dl. utk rakyat tempatan cuma 20baht. kalu pelancong cam aku ni (muka cam siam, kunun2 nk cakap siam last2 kantoi huhhuhuh) kena la bayo 100baht. naik bukit tu korang akan jumpa igloo panas yang ber air-cond(aku tak ambik pon gambo tu).

dan kendian, boleh la masuk. ikut je tanda arah yang dia dah letak situ. muzium ni cam muzium lain gak. cuma yang jadi bezanya ia berkenaan sejarah yang berlaku di selatan thai. aku tarok je la gambo sini. maleh den nak cito.







Memacam ada dalam muzium ni. hal berkaitan perkembangan islam di selatan thai. kisah zaman purba diorang. pasal kehidupan orang melayu di sana. pasal sejarah beduk la, gasolin la, pasal tembikar la, pasal memacam ah. byk betol. tp yang pasti, gambo bawah ni antara tarikan jugak. kepelbagaian jenis parut kelapa a.k.a kukoq nyok.



yang pasti 2 gambo ni agak melucahkan. huhuhu

ni lagi melampau lucahnye. depan 'barang' jantan, blkg 'barang' betina. hampeh tol....huhuhu



hahahahahah....

dah lenguh kaki jejalan dalam muzium tu (nampak je kecik, tapi banyak gile barangan antik n bersejarah dalam tu...kitorang pon tak abis jalan utk 2jam) terus je g ke pantai samila. heh...




selesai sudah pejalanan kali ni. actually kitorang masuk dalam tesco lotus di hat yai dl sblm ke songkhla.

next trip aku jangkakan ramai nak p folo. korang nak p? jom ar...huhuhu
È