RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

keghairahan bekerja

ada la sorang dua ex student aku bertanya akan kerjaya di masa depan. samada bagus bekerja di swasta or bagus bekerja disektor awam.

bagi aku, soalan ni agak subjektif. ia terpulang kepada individu untuk menilainya. aku cuma jawab apa yang aku rasakan sesuai dengan soalannya.

bekerja di kedua-dua sektor ni ada bagusnya. sumenye bergantung pada individu yang mengalami, merasai dan melaluinya.

aku pernah bekerja dengan sektor swasta n skrg berada dalam sektor awam(kerajaan). secara peribadinya aku katakan yes pada swasta kepada fresh graduate. untuk permulaan karier, ada baiknya berkecimpung dalam sektor ni. timba pengalaman paling lama pun 3 tahun kalau mampu.

kenapa swasta utk permulaan n setakat 3 tahun. sng jer jawapan aku...pengalaman.

orang yang bekerja di sektor swasta akan menemui aplikasi terhadap ilmu yang diperolehi semasa di U/ipt yang dia belajar. n jugak akan menemui perkara2 baru real time. nak kena handle pelbagai benda dalam satu masa.

bila dah lama keje, korang akan mahir. bila mahir, gaji makin banyak, kerja makin banyak, masa utk keluarga n diri sendiri dah kurang makanya faktor stress n kemurungan dalam diri akan meningkat.

selain tu, kita akan mampu utk membeli pelbagai aset yang tinggi nilainya. bila dah tinggi nilai aset kita, maka beban kewangan semakin bertambah. bayaran bulanan utk rumah, kereta, gaya hidup lain semakin banyak. hinggakan pada satu tahap alahai bagusnya kalau dapat keje ngan kerajaan.

keadaan yang aku cakap tadi tu kalu keje dah lama. dah lebih 5, 10, 15 tahun dalam sektor swasta. kalau 3 tahun, aku rasa kita pye skil mmg agak banyak n pengetahuan kita mmg banyak n kemungkinan beban tanggungan kewangan masih kecil. oleh itu, agak molek berada dalam sektor kerajaan.

ada jugak aku tanye member2 yg ada dalam swasta, taknak ke masuk sektor kerajaan. alasan paling kerap dijawab adalah gaji kecik.

ya, aku tak nafikan perkara tu. cumanya, pengetahuan n cara bekerja tu patut serap dalam sektor kerajaan. aku selalu terdengar keluhan orang ramai pasal kelembapan cara bekerja pekerja sektor kerajaan. bagi aku, sumer tu berpunca daripada diri orang tu sendiri. dia terlalu selesa n dia tak pernah merasai keperitan bekerja dalam sektor swasta.

kerana pe, keupayaan untuk bekerja keras diorang tak dapat rasai. itulah yang berlaku n label pekerja kerajaan adalah lemau ni dah jadik perkara biasa.

diswasta, selain bekerja keras faktor kebolehtahanan daya tahan maki perlulah tinggi. so, kesabaran, ketekunan n produktiviti makin meningkat.

bila dah kerja di sektor swasta korang masuk lak dalam sektor kerajaan maka terjadilah keghairahan bekerja tu akan melekat dalam diri anda. oleh itu, sedikit demi sedikit aku yakin insya allah pandangan serong orang awam terhadap sektor awam ni akan menurun.

so, pada soalan yang ex student aku tye tu aku rasakan ada baik berada dalam sektor swasta n ambik pengalaman n keghairahan bekerja ni masuk dalam sektor kerajaan. insya allah senang di kendian hari.
È