RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

Saranan Untuk Pakatan Rakyat

1- Ramai yang sedia maklum dengan perkembangan semasa.

2- Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dikatakan telah jatuh setelah 11bulan memerintah.

3- Ini kita tidak hairan dengan perkembangan ini. Allah yang menganugerahkan kerajaan tersebut dan Allah jugalah yang berhak menjatuhkannya pada bila-bila masa yang perlu.

4- Namun, sebagai seorang Islam yang menyokong tegaknya kerajaan yang telus (biarpun Islam belum dapat ditegakkan) sesiapa pun patut redha dengan ketentuan-Nya.

5- Perkembangan ini adalah rentetan daripada aktiviti lompat parti yang telah berlaku terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

6- Beberapa perkara pelik telah berlaku dengan jeliknya terhadap perkara ini.

7- Pertama, apabila DSAI mengumumkan yang beberapa pemimpin Be End mahu menyeberangi ke Pakatan Rakyat TPM dengan tidak senangnya dan berperasaan takut membawa YB- YB yang disyaki menyeberang pergi ke Taiwan.

8- Dengan tidak semenanya Akta Anti Lompat Parti ingin digubal apabila ADUN Bota mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PR.

9- Apabila ADUN PR keluar parti dan menyertai Be End, isu Akta Anti Lompat terus lenyap sama sekali.

10- Perletakan jawatan Ketua Perhubungan Be End Negeri oleh DSTR dan digantikan oleh DSNR hanya mengambil masa tidak sampai sebulan untuk membawa arus kelompatan ADUN PR.

11- Ini semua kerja Allah. Manusia hanya merancang.

Saranan yang dirasakan baik untuk PR.

1- Selidiki bekas ahli UMNO yang masuk PR. (tengok previous record dia:- samada kaki rasuah, kaki betina, or apa-apa masalah sosial dalam diri beliau).

2- Menjaga kebajikan rohani dan jasmani YB- YB PR.( mungkin diorang yang masuk PR merasakan dalam PR boleh dapat banyak projek).

3- Bimbing bekas UMNO dengan pendekatan Islam yang Syumul.

p/s: Apabila Islam difahami dan dihayati Insya- Allah masyarakat akan ikut jadi baik.

0 comments:

È