1- Dalam menghadapi kemelut politik tanahair semasa, kita dihidangkan dengan kuasa Sultan mengatasi undang-undang tempohari.
2- Harini sahaja 3 kejutan yang cukup besar yang mahu Allah yang Maha Esa tunjukkan pada hambanya.
3- Pertama, pada waktu tengahari tadi Allah telah menjemput Ahli Parlimen Bukit Gantang iaitu YB Ruslan Shaharum untuk mengadap-Nya.
4- Kedua, pada petang tadi Wakil Rakyat dari Bukit Selambau meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan pada malamnya pula beliau meletakkan jawatan sebagai Wakil Rakyat.
5- Ketiganya, malam ini adalah gerhana bulan penumbra pula.
6- Daripada dua peristiwa pertama tu dah semestinya Pilihan Raya Kecil perlu diadakan di kedua-dua tempat.
7- Satu untuk kerusi Parlimen, dan satu lagi DUN Kedah.
8- Adakah dengan terjadinya gerhana pada malam ini melambangkan kepincangan sistem politik Malaysia yang semakin pelik berlaku.
9- Maka, dengan petunjuk dari Ilahi ini adakah kita berasa benar-banar berkuasa menentukan sesuatu walhal alam ini milik-Nya.
0 comments:
Post a Comment