RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

3 hari 2 malam di kk.

alhamdulillah, bersyukur sangat aku telah dapat menjejakkan kaki ke Malaysia timur sana pada senin hingga rabu lepas.17-19 ogos.

kesimpulan daripada perjalanan aku.

SABAH best!

Hari pertama...

aku sepatutnya kena check in jam 8.20 pagi. memandangkan aku keluar lewat dan jugak aku nak komuter hari tu, lambat gile aku smp. aku igtkan naik komuter yang terus ke nilai tu dekat. rupanya makin lambat aku. aku naik komuter kol 6.55pg dari sg buloh. waktu tu aku tdo di rumah pak mertua. stesen yang terdekat lak adalah sg buloh.

memandangkan haritu adalah hari biasa. org sungguh ramai nak g kerja n naik komuter(aku tak naik pon memang dah ramai pon)...aku pon xmau la amek risiko naik bas or klia express or klia transit kat kl sentral. waktu tu dah kol 7.40pg. terus saja aku naik komuter smp di nilai. dah smp nilai aku igt dekat la klia tu. rupanya jauh jugak. hampeh tol. terpaksa naik teksi la pulok ke klia. kena sembelih aku RM35. tak pe demi tiket ke sabahyang dah beli. aku teruskan jugak la.huhuhuuh

fuh, lega dapat naik gak flight walaupun aku smp lewat. kol 8.55. yang penting aku dah check-in siap2 melalui laman web MAS.(tq to MAS sebab ada perkhidmatan ni).

bila dah smp KK aku tgu pulak member yang jmp ms kursus induksi dulu pasal sewa keta utk aku bawak jejalan bagi percutian ni. walaupun 1st time di sabah ni aku nekad xmau amek tour guide.(bayar mahal weh). lama gak tgu hampir sejam.

lama nunggu last2 kol 8mlm baru dapat keta. hampeh pye keta. teruk tol. apsal teruk? jap gi aku gitau.

xpela, janji aku dapat bercuti gak. huhuuhuhu

ms nunggu tu seb bek la tunehotel yang aku nginap tu dekat 1borneo shoppping mall. memang shopping mall terbesar di Malaysia Timur. hari aku pi tu boleh lak blackout satu bgnn. tah pe pye suwei la mlm tu. xpenah aku pi memana shopping complex blackout.

kedudukan tunehotel di kk

malam tu aku ke night market kot yang belakang filipino market. ramai tol org. memcm mknn ada. mlm tu xde pe sgt aktiviti sebab nak simpan tenaga utk ke kinabalu park di kundasang nun. nak nengok gunung kinabalu dengan mata kepala sndr. org kata pas kol 7 pg puncak gunung ni xnmpak pe dah sebab diliputi kabus. so aku amek keputusan utk kuar awal.

Hari kedua...

seperti yang dikata aku memang kuar awal pagi tu. kol 5pagi dah start keta n kuar menuju ke kundasang. perjalanan dari tunehotel berjalan lancar sebab aku menginap di tempat yang agak betul aku ke gunung kinabalu tu sebab aku dah jimat 20km gak la kot berbanding kalu aku lepak di hotel tgh bndar kk.

sepanjang perjalanan tu memang agak mencabar sebabnya 1- kereta kurang baik keadaannya. 2- jalan xberapa pasti.

alhamdulillah, bantuan map dari maps.google.com byk membantu aku sebab aku dah print peta prjalanan ke sana. belok mana, simpang mana sume ada ditunjukkan.

hanya 15km je kalu xsilap aku melalui jalan rata. pastu sume mendaki bukit. kereta yang aku sewa tu dah la brek xberapa makan sebab tu brader yang bg sewa tu siapkan aku minyak brek utk standby kot2 pe2 jadi kat brek keta tuh.

jalan yang melalui gaung yang tinggi aku xberapa nampak sebab gelap. kalu terang dah tentu aku lambat smp. takut weh.

pas sejam stgh aku smp ke kundasang dan telah melalui kinabalu park.

Pemandangan puncak gunung kinabalu yang masih diliputi kabus pagi pada jam 6.17pagi.

sampai jer aku kat pekan kundasang yang mcm pekan koboi tu aku dapati byk tol 4x4 dan lori yang menunggu sayur2an untuk dimuatkan dalam muatan mereka. memang agak sesak masa tu.

pas sarapan n hirup udara segar di situ aku ternampak signboard masjid jamek kundasang. terus saja aku naik ke atas sana. port masjid ni memang baik pye. dok atas bukit dan nampak ke seluruh pekan kundasang. satu2nya masjid yang aku jumpa sepanjang perjalanan. yang lelain aku hanya nampak tanda gereja.

gambar ni aku amek dari masjid kundasang. kelihatan gunung dilitupi kabus dan awan

skrg kabus tiada sudah

kendian agak2 kol 9 gitu aku pon naik semula ke kinabalu park. hanya 6km dari pekan kundasang. nak masuk kena bayar RM3 utk sorang. boleh bawak keta sampai ke atas. kat atas tu boleh bawak kereta. naik smp jmp pencawang letrik yang dia tulis pondok timpohon. kat sini pendaki boleh naik ke puncak gunung. utk pengunjung biasa boleh jer ke pondok2 yang berdekatan n ke air terjun. kena bayar Rm5 kalu xsilap. aku tak pi pon. masa aku agak terhad.


pondok timpohon

aku igt turun dari situ dah xde pe2. tapi boleh singgah ke taman botani sebelum kuar.

taman botani kinabalu park

dah puas aku atas sana aku pon nekad lak ke poring yang tak boring. pe ada kat poring bro? ada kolam air panas, taman kupu-kupu, titi gantung n pe lg tah. yg aku pi masuk cuma kolam air panas n titi gantung. bayaran masuk kolam air panas tu rm3 manakala nak naik titi gantung rm 3 gak n kalu nk amek gambo ats pokok tu kena tmbh rm5 utk kamera digital n video kamera tambah rm30 kalu xsilap.

dalam kolam kecik cam ni pon minah saleh blkg tu pakai bikini.pelik aku.

tinggi la gak tit gantung dia buat tuh. 41meter beb. panjang lak 157m. kena lalu 4 kali hentian pokok.


atas pokok


dah puas aku meronda2 ke poring tu terus aku memblahkan diri utk ke kk sml.penat weh. bawak keta sorg2 dr jam 5pg smp malam. pd ptg tu la kejadian yang agak menyeramkan aku kat tmpt org. masa nak balik dari poring ke kk tu kereta sewa yang aku guna tu telah mengalami kerosakan masa tgh drive. 1- brek tak makan.(nak mampos kalu aku terterjun masuk dalam gaung). 2- drive shaft cabut. seb bek masa driveshaft cabut tu aku tgh turun bukit. lg 8km aku nk smp tamparuli. bile dah xleh jalan kereta tu la aku hilang punca. kol bos keta sewa dia kata lg stgh jam akn smp. padahal mlm sblm tu pon keta tu rosak(connector bateri kereta tertanggal) dkt sejam nak nunggu.ni kan pulakk jauh dr kk.

aku amek keputusan utk tinggalkn keta tepi jalan n tahan teksi atau bas yang lalu lalang. hmpir 2 minit aku try tahan keta or lori or pe2 yang lalu situ berentila brader bawak lori ikan 8tan. punyelah peramah brader tu. tak silap aku namanya jamal. hanya Allah yang layak berikan ganjaran atas kebaikan yang telah dia lakukan.

lori abg jamil nak pegi ke tuaran dari tawau. hantar ikan. so bos keta sewa mtk kitorang benti kat petronas simpang tuaran-kk. tunggu hampir 30minit br la bos keta sewa datang. dapat keta lain tapi tak la teruk cam aku dapat. boleh tahan lagi la.

malam tu cuma aktiviti makan.

hari ketiga...

ke pulau yang aku nak pi sangat.org kata best.pulau manukan. smp kat jeti kol 8.45pg aku pon deal la ngan brader yang offer perhidmatan bot ke sana. deal pye deal dapat la aku ke 2 pulau pergi dan balik n jugak island hopping. tapi tak la snorkeling. tak rancang pon nak snorkeling. daptla harga rm100 utk 2org. ok la tu. korang tgk sndr la gambo kat bawah ni pulau manukan dan pulau mamutik.

budak boatmen yang bawak aku tu memang ramah orangnya. kalu korang nak murah utk khidmat bot ni baik terus direct ngan boatmen. leh murah n runding harga. kalu kat jeti kena deal ngan ejen yang dah tentu mark up banyak. nama boatmen ni ijan. no fon dia 012-8352404. orangnye memang ramah tamah. pemalu pon ada.huhuhuh....recommended 4star

welcome to manukan island


sampai jer di pulau manukan ikan2 ni la yang akan sambut kita dulu

jernih kan air di pantai pulau manukan nih

pintu masuk pulau mamutik

sabah best!!!

kalau korang nak ke pulau2 yang ada disekitar kk ni leh terus kontek budak boatmen ni. aku recommend dia. Nama dia ijan, no fon-012-8352404

amcam readers sekalian. aku teringin nak pi lagi ke sabah. lebih baik naik MAS masa diorang buat promotion. lebih baik yang banyak berbanding airasia sebab aku naik MAS masa ke KK nih.huhuhuhu....

JOM PI SABAH lagi!!!

4 comments:

Belajar Bisnes Online said...

kasihan bah naik lori ikan..
souvenir jangan ada bau ikan ye

ishaharom said...

ada bau ikan itu lbih afdal kokospolios....

adanz said...

pergh memang hebat pengalam saudara ini, nanti aya akan cuba menghubungi saudara untuk berkongsi pengalaman, nanti kita boleh menjadi sahabat pena yg akrab!

ishaharom said...

betol ker ni...oh terharunya

Belajar Bisnes Online said...

kasihan bah naik lori ikan..
souvenir jangan ada bau ikan ye

ishaharom said...

ada bau ikan itu lbih afdal kokospolios....

adanz said...

pergh memang hebat pengalam saudara ini, nanti aya akan cuba menghubungi saudara untuk berkongsi pengalaman, nanti kita boleh menjadi sahabat pena yg akrab!

ishaharom said...

betol ker ni...oh terharunya

È