RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

Percutian Bajet 2

Insya allah aku akan menamatkan penantian aku untuk menghabiskan lawatan/ makan2 angin ke semua negeri2 yang ada di Malaysia esok.

Negeri terakhir yang aku akan lawati adalah Sarawak dan lawatan aku kali ni mungkin Kuching jer kot. Pe yang aku cari di Kuching ni aku pon tak pasti lagi.

Yang penting agenda aku bukanlah pergi bershopping2 or pergi menghabiskan duit dgn bnd2 yang boleh dapat di Semenanjung Tanah Melayu. huhhuhuhu

Tiket flight yang aku dapt kali ni adalah semurah RM 29.00 seorang sekali perjalanan.

wah, murah kan?

yang tak bestnya, aku beli 6 bulan yang lepas. iaitu sebelum percutian bajet yang yang pertama haritu. tgk sini

so, perjalanan kali ni tak la se best yang pertama aritu pasalnye naik Airasia. yang penting M.U.R.A.H. heheheh

Tiket flight + tiket bas dari KL Sentral = (RM 29 (utk 1 perjalanan) x 2(pergi dan balik) x 2orang ) + (RM6.50(tiket bas) x 2(pergi n balik) x 2 orang)

bersamaan = RM 116 + RM26 = RM142.00.

perjalanan dari Sg Petani(letak kereta kat umah sedara) ke KL Sentral (naik keretapi) = RM42.00 x 2orang x 2(p balik)= RM168.00.

so, perjalanan naik ketapi n naik flight adalah lebih murah naik flight.

bagi aku, biar kita bajet nak ke mana2 pon. yang penting leh sampai dgn selamat udah le.

so kekawan, korang dah sampai ke Kuching? simpan la skit duit. abiskan mesia dl.

target aku utk 2 thun lepas utk abiskn negeri2 di Mesia akan tercapai n coming soon bulan 3 ke Phuket lak Bangkok n Bandung + Jakarta lak ujung thun ni.

Trip berjimat oleh ishaharom:
1- Cari tiket kemana2 yang penyedia perkhidmatan buat promosi.
2- Berjimat cermat (ikat perut tu)
3- Simpan duit (skit2 lama2 jadi bukit)
4- Sementara kesihatan masih ok ni boleh la g tempat2 orang. tgk dunia. dah sakit nyusahkan orang lak.
5- Kalu bleh bawak keta sendiri kat tmpt yang nak p jgn malu2 n tkut2. malu bertanya sesat jalan.( guna travel agency mmg selesa, cuma ongkosnya lol).

ayuh ke Kuching!

2 comments:

ciK LyndaWawa said...

mo pegi sarawak ke?hehehe.....selamat datang ke sarawak...jgn lupa pergi serikin banyak barang murah, pasar tani satok beli ikan masin, pasu sarawak pun jgn lupe jugak...

Anonymous said...

pegi jawa bawa balik toyol, jenglot dan ilmu jalan atas pokok..

lagi satu, pastikan bawa balik isteri yang satu, usah bertambah ya mas!

ciK LyndaWawa said...

mo pegi sarawak ke?hehehe.....selamat datang ke sarawak...jgn lupa pergi serikin banyak barang murah, pasar tani satok beli ikan masin, pasu sarawak pun jgn lupe jugak...

Anonymous said...

pegi jawa bawa balik toyol, jenglot dan ilmu jalan atas pokok..

lagi satu, pastikan bawa balik isteri yang satu, usah bertambah ya mas!

È