RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

Rebranding

1. Dah lama sangat aku tak update blog ni. dah berabuk aku tengok.

2. Bukannya apa, lepas kenduri haritu aku sibuk mengemas rumah aku yang di tingkat 5 tu untuk aku pindah ke tingkat 2 bagi blok yang sama.

3. Jadinya sekarang ni aku feel free utk buat kerja2 dan rutin seperti selalu. Blogging.

4. Baru-baru ni aku dapat komen yang membina dari penceramah yang aku ikuti semasa kursus softskills di Langkawi semester lepas.

5. Beliau mencadangkan agar aku menetapkan hala tuju blog aku ni.

6. Memang betol katanya. Buat masa ni blog ni tiada tujuan yang tertentu.

7. Oleh itu, aku menetapkan yang blog ini aku jadikan sebagai perantara untuk aku menyampaikan idea dan pandangan terhadap isu semasa, berkongsi pengalaman hidup dan hal yang berkaitan dengan kehidupan harian.

8. Untuk tujuan PnP aku telah mewujudkan blog bagi kelas akan aku ajar semester ni.

9. Bagi E3042- Instrumentasi, aku telah mewujudkan e3042.blogspot.com.

10. Untuk Projek Diploma sem 5 aku akan wujudkan blog bagi kursus tersebut dalam dua hari lagi.

11. Aku sangat mengahargai segala teguran, komen, dan sebagainya bagi kemajuan diri masing-masing.

0 comments:

È