Petang ni aku saje round2 pasar malam just nak beli pisang jer...ternampak sorang brader tu dok gunting rambut.aku mendekatinya. kerna rambut aku pon dah agak panjang ni.
bila dah sampai aku menyapa dan bertanya kabar lebih kurang. aku xboleh nak gunting ptg ni sebab dah nak maghrib.xpela, xde rezki.aku meneruskan perbualan aku bersama brader tuh.
citer pye citer dia gitau yang abg ipar dia nak datang n pada waktu yang sama jugak pihak berkuasa poli tak bagi sesapa masuk dalam poli atas alasan keselamatan penghuni daripada wabak H1N1 yang makin rancak menyerang bumi Allah ni.
aku sengaja timbulkan persoalan yang tak boleh masuk poli kalu abg iparnya datang. seraya dengan itu brader nih punyai jawapan tersendiri. lebih kurang jawapannya yang dia berbangga dan akan bagitau pakgat poli siapa dia abg ipar brader tuh.(org yang buat ubat2 ni katanya. doktor perubatan kot).
lantas aku pon terus sahaja bangun dan meninggalkan dia. kenapa aku buat begitu? aku bependapat tak ada gunanya aku nak layan dengan jawapan sebegitu. bagiku, apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak tertinggi sesuatu tempat itu adalah untuk kepentingan orang jagaannya. tak perlu aku rasa perlu kita menggunakan kedudukan dan pangkat yang ada untuk kepentingan sendiri.hanya akur sudah memadai.
harini mungkin kita anggap tindakan yang dibuat agak tidak betul dan keterlaluan. satu hari nanti, insya allah mungkin kita akan berada pada kedudukan tersebut dan mungkin akan mengambil tindakan yang sama tanpa kita sedari.
Oleh itu, adakah pangkat dan darjat boleh melampaui atau boleh mengelakkan kita daripada apa juga musibah yang kita rasakan kita adalah pakarnya? anda punyai jawapan tersebut atas pilihan anda.
2 comments:
elok ko tempeleng je bero tu sblm belah... ati2 bero kut ko silap tempeleng tukang gunting naya ko, xleh gunting rambut tujuh keturunan
xpe, aku simpan dalam ati jer la. pe leh wat...huhuhu
elok ko tempeleng je bero tu sblm belah... ati2 bero kut ko silap tempeleng tukang gunting naya ko, xleh gunting rambut tujuh keturunan
xpe, aku simpan dalam ati jer la. pe leh wat...huhuhu
Post a Comment