Tengahari tadi ada student yang mintak cuti seminggu...
aku tye pe alasan, dia xdpt nak cakap...sebak dia(hodoh gak lelaki menangis, huhuhuhu). pastu bila aku pujuk, dia cakap bapak dia meninggal. innalillahi wainna ilaihiroo ji'un.
Kendian, aku pi anto dia kat stesen bas changlun. dalam perjalanan tu sempat aku berkenalan lebih kurang tentang keluarga dia.
dia anak sulung. adik beradik 8 orang. yang lom sekolah umo 1 tahun n 3 tahun. bapak keje bawak lori. mak tak keje. adik yg no 2 dok kat tingkatan 4. maksudnye yang bersekolah menengah dan sekolah rendah ada 5 orang lagi.
aku yakin bahawa mak dia akan rasa sedih gile. nak besar2kan anak2. anak sulung lom keje, baru sambung belajo kat poli aku.
aku tgk latar belakang student aku ni dia bukan dari kalangan orang yang berada aka mewah. dengan keadaan ekonomi hari ni yang tak menentu, harga barang yang mendesak rakyat. aku yakin kehidupan mereka sekeluarga akan payah untuk hari-hari yang mendatang.
teringat aku yang perlindungan takaful sangat penting untuk kita ambik. bukan maksud aku yang kita perlu bergantung kepada perlindungan takaful. cuma sebagai langkah keselamatan kepada generasi atau anak2 yang kita ada. maut menjemput tak kira masa dan keadaan. kalu Allah dan tentukan tak yah nak lari pi amerika ke mana, pasti akan datang.
dalam hati aku, aku cukup rasa kesian ngan keadaan yang menimpa keluarga student aku tu. aku doakan Allah pelihara kehidupan mereka sekeluarga dan dipermudahkan rezeki yang perlu mak dia besarkan anak2 dia. dan aku yakin yang student aku tu sebagai anak sulung perlu berkorban untuk adik2 dia demi pelajaran dan masa depan mereka. pasal dia tu mungkin dia boleh fikirkan kemudian dengan cara kursus separuh masa(KSS). SPM dia haritu ok. 4A, 4B n 1C.
Sesiapa yang rasa nak bantu apa yang boleh ni aku bagi no akaun student tu.
Nama: Muhammad Muzakkir bin Mohd Shafee
No Akaun Bank Islam: 08077020186714
Manusia merancang, Allah yang menentukan kehidupan hambanya. Yang membezakan antara sesama manusia bukanlah pada hartanya tetapi kepada taqwanya kepada Allah yang esa.
Al-Fatihah untuk bapa pelajar tersebut semoga rohnya dikalangan orang2 yang beriman.
2 comments:
bro nanti tolong bawak student ni p HEP jumpa haji Zamri, kita ada peruntukan untuk bantu pelajar yg menerima nasib demikian
dah bro.. dah pas ke en dzul. pastu dah pas ke pn farizah.
tq bro...
bro nanti tolong bawak student ni p HEP jumpa haji Zamri, kita ada peruntukan untuk bantu pelajar yg menerima nasib demikian
dah bro.. dah pas ke en dzul. pastu dah pas ke pn farizah.
tq bro...
Post a Comment