Korang pernah derma darah?
Xpenah? ada alasan kukuh yg menyebabkan korang tak leh derma ker? jenis darah? tekanan darah tinggi or tekanan darah rendah? kurus sangat kurang 45kg? baru pas operate? or kena HIV/AIDS? Alasan gini memang tak leh derma.
Yang penah menderma tuh tahniah. teruskan usaha murni anda.
Aku mula2 derma darah masa masih blajo kat ito dulu. Memula tu memang cuak pye. sume org alami perasaan tuh.
Kendian, bila ada promosi n kempen derma darah baru aku menderma pulak setelah cukup 3 bulan pas derma yg sebelum tu. kalu xdak xde aku nak p sesuka derma.
Kesedaran mula timbul bila ada kawan aku yang perlukan darah sebab xcident kereta n banyak kehilangan darah yg teruk. Masa tu aku baru tau yg darah dihospital sentiasa tak cukup. Dari situ laah akuk nekadkan semangat dan bulatkan tekad untuk jadi penderma tegar.
N setiap kali aku derma darah aku rasakan tanggungjawab untuk kesejahteraan masyarakat umum harus dipikul bersama. Sehingga ke hari aku baru menderma sebanyak tidak kurang 20kali.
Syukur...Alhamdulillah( dengan gaya Hai-O), aku yakin aku telah dapat menyelamatkan ramai nyawa melalui darah yang aku sumbangkan. Aku tak mampu nak beri sedekah yang banyak setiap hari, aku juga rasakan aku tak punya banyak harta untuk diberikan. Yang aku ada adalah darah. Dengan darah aku ni aku sangat gembira yang darah yang aku sumbangkan tu dapat meneruskan nyawa dipenerima tu n insya allah dengan darah aku tu dapat kemuliaan disisi-Nya.
Skrg ni aku berusaha untuk mengajak orang disekeliling aku untuk menjadi penderma darah yang tegar. Buat masa ni isteri aku yang terdekat menerima cara aku ni dan beliau berjaya menderma sebanyak 5kali sudah. Hi-Fi pun telah menderma hampir 10 kali sudah. Student2 aku, aku dermakan sebanyak 5markah tambahan andai mereka dapat menjadi penderma darah pada semester tersebut.
Setakat hari ni hospital yang telah aku kunjungi untuk menderma darah aadalah Hospital Batu Pahat, Hospital Temenggong Ibrahim pe tah kat Kulai, Johor nun. Hospital Kuala Terengganu, Pusat Darah Negara Kuala Lumpur, Hospital Tuanku Fauziah Kangar,n Hospital Alor Setar. Kalalu sempat insya allah aku nak derma darah untuk bulan 8 ni kat Sabah lak.huhuuhu...rekod sendiri ni.
Korang yang membaca post ni dah derma ker?
2 comments:
wohoooo kiranya darah ang ni dah terpercik rata seluruh malaysia ni ha.... aku selalu derma darah kat nyamuk2 yg kelaparan bila balik kampung... tp xdak sijil la berooo
hahahaha...bro kena kuarkan balik la dari encik2 nyamuk tersebut...
wohoooo kiranya darah ang ni dah terpercik rata seluruh malaysia ni ha.... aku selalu derma darah kat nyamuk2 yg kelaparan bila balik kampung... tp xdak sijil la berooo
hahahaha...bro kena kuarkan balik la dari encik2 nyamuk tersebut...
Post a Comment