RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

kali ke 22

sok lusa tahun baru masihi akan menjelma lagi. dan dengan kedatangan tahun baru yang bakal menjelma lagi ni adakah kita pernah berazam sesuatu mengenai hidup atau mengenai kematian atau mengenai apa saja.

alhamdulillah tahun ni akan menamatkan rekod aku sendiri berkenaan hal derma darah. dalam 2 ke 3 hari ni ada korang terperasan iklan dari Pusat Darah Negara. PDN mohon rakyat malaysia yang berkelayakan untuk menyepenkan sedikit masa untuk memberikan darah kepada PDN akibat daripada simpanan yang ada telah berkurangan.

sekian lamanya aku membuat bakti ni aku rasakan ia sebagai satu kewajipan utk aku menghulurkan sedikit darah yang ada ni kepada mereka yang memerlukan.

tengahari tadi adalah kali keempat bagi tahun ni aku menderma darah. dan pada harini jugaklah telah 22kali aku menderma darahku kepada beberapa hospital diserata semenanjung.

si sg petani, kangar, alor setar, bt pahat, kuala terengganu, kulai, PDN dan beberapa tempat lagi telah aku kunjungi. sekadar berkongsi, bukan untuk membangga diri.

darah terakhir aku tahun ni

dengan berakhirnya tahun ni umur aku dah melepasi 28 tahun. dan tahun depan adalah 29. nombor yang agak banyak aku rasa.

adakah tahun depan aku masih berpeluang menderma lagi. adakah allah memberikan kesihatan yang baik utk aku terus menyumbangkan sedikit darah yang ada utk segelintir manusia yang memerlukan. adakah aku boleh mendapatkan darah yang diperlukan ketika aku memerlukan. entah...wallahu 'alam.

aku harap tahun 2010 yang bakal menjengah tak lama lagi ni masih ada peluanglah untuk aku mencukupkan lagi 4 kali aku menderma darah lagi.

kalau aku kisahkan darah aku nak bagi kat orang, agak2nya korang nak bagi per eh?

p/s: dah aku ada darah jer yang leh aku bagi kat orang.nak bagi wet selalu aku pon tak berapa nak ada.hehehe

2 comments:

SRZ said...

bro, nk derma darah lenkali ajak aku ha...lamer dh tak derma...

ishaharom said...

lor...ko tak gtau cemana nak aku tau...

SRZ said...

bro, nk derma darah lenkali ajak aku ha...lamer dh tak derma...

ishaharom said...

lor...ko tak gtau cemana nak aku tau...

È