hari ni ada satu lg 1 sesi penerangan hal duniawi pensyarah politeknik iaitu kenaikan gred ke yang lebih tinggi.
sesi yang dah muak dengar sbnrnye...sebabnya, 2 mgu terakhir ni dah 3 kali termasuk yg td bg taklimat.
so, aku tgu sesi q&a la...ada beberapa soalan yang dikemukakan audien. bleh kata segenap lapisan peringkat yg tye ar. yg baru join sistem poli, yg dah lama dalam sistem poli tp xnek2 gak gred walaupun dah servis 10++thun, pengarah dr kolej lain yg tye, n sbgnye(termasuk aku le huhuhuhu).
yg aku tertarik adalah cadangan dari sorg audien yang minta pengiktirafan terhadap staf yang bernaung dibawah sistem skim DH ni diberi apa2 gelaran yang sesuai. sepertimana universiti or memana institusi lain yang sesuai.
aku rasakan bahawa cadangan tu sesuai la dgn keadaan dunia hari ni. maksud aku bukanlah gelaran tersebut yang jadi rebutan, tetapi satu tahap pencapaian yang sesuai yang mengangkat kepakaran atau kebolehpercayaan organisasi terhadap stafnya. contoh sesuai prof n prof madya, 2 jawatan yang berbeza. 2 gelaran yang berbeza. tahap kepakaran yang berbeza. dari 2 gelaran yang berbeza ni menunjukkan kehandalan atau kepakaran bidang yang dipunyai oleh pemiliknya. mcm tu la jugak dalam kejuruteraan. sesapa pon yang abis degree kejuruteraan boleh jer keje engineer. tetapi tahap kepakaran engineer yang bertauliah serta profesional perlu mendapatkan pengiktirafan dari kepakarannya dengan cara mendapatkan status jurutera profesional or Ir or Engr.
bagi aku kewajaran gelaran tu pon perlu dalam sistem politeknik. bukan untuk bermegah-megah tetapi keupayaan dan kepakaran sesorang tu dinilai apabila sesuatu gelaran diberikan. contoh nya beri la gelaran PS ataupun pensyarah super kepada pensyarah politeknik yang memenuhi kriteria kecemerlangan dalam bidang kepakaran yang dipunyai oleh merekaitu.
aku berpandangan yang kriteria kecemerlangan ni lahir daripada usaha untuk menjadikan institusi politeknik disegani oleh masyarakat pendidik dan masyarakat umum dimana politeknik berada dalam kelas yang tersendiri dan tidak berada dalam pengaruh mana2 institusi pendidikan yang lain.
so, kalu dinilai dari hasil kerja aku, aku dimana? entah la.belum pasti lagi...mungkin 2010 ni untuk aku memenuhi keperluan kriteria kecemerlangan yang ditetapkan. insya allah...
2 comments:
sape lak yang bagi soalan dapat pujian? soalan bernas pilihan bernas?
tentunye beras jasmine super 5
nak bangga diri lak...
sape lak yang bagi soalan dapat pujian? soalan bernas pilihan bernas?
tentunye beras jasmine super 5
nak bangga diri lak...
Post a Comment