"hanya BN yang mampu memerintah negara menerusi rekod cemerlangnya sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu."
utusan mesia 11dis2010
aku muak dgn kenyataan dari menteri2, juak2, pencacai2 dsbnye dari orang yang keluarkan kenyataan gitu.
bagi aku kenyataan begini sangat tidak betul adanya. bagaimana mungkin kita mengakui akan kehebatan yang kita punyai.
tiada adakah orang lain yang pandai. atau mungkin benarkah hanya mereka pandai dalam hal mentadbir?
atau, adakah ilmu mentadbir hanya ada pada mereka yang keluarkan kenyataan begitu?
kenyataan begini sama keadaannye seperti lirik lagu relaku pujuk iaitu Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu2...bla bla bla
aduyai...nape perlu keluarkan idea sedemikian rupa.
eh, salah ker?
berdasarkan pembacaan, pemerhatian, pendengaran aku menunjukkan yang kenyataan2 tersebut sangat bercanggah.
bagi kes kenyataan awal tu,ini menunjukkan bahawa manusia itu telah menafikan akan kemampuan manusia lain untuk mentadbir. kedua, mereka menidakkan akan kewujudan Rabb yang memberikan ilham untuk mereka memerintah negara. kuasa yang Allah beri untuk kita bukanlah jaminan untuk selama-lamanya.
lihat saja ketakutan yang dialami oleh firaun terhadap tafsir mimpinya yang mengatakan bahawa akan lahirnya seorang manusia yang akan menggugat kedudukannya sebagai pemerintah. maka, firaun memerintahkan agar dihapuskan bayi yang baru lahir dari kalangan bani israel.namum demikian, firaun yang menafikan hak Allah akhirnya memelihara orang yang menentangnya pabila dewasa.
pada pendapat aku, hidup kita hanya sementara. apa yang kita punyai harini mungkin akan hilang esoknya.
harini mungkin kita sihat. sihatnya kita harini bukanlah jaminan bahawa esok kita akan masih sihat. begitu juga dengan kenyataan bahawa hanya BN mampu memerintah negara ni. kenyataan tu telah menidakkan kuasa yang Allah beri pada mereka itu untuk mentadbir.bahkan mereka takbur dan angkuh seolah-olah kuasa yang ada pada mereka tidak akan lenyap.mereka akan memerintah hingga hari kiamat.
aku sarankan kepada mereka2 yang telah mengeluarkan kenyataan tu bertaubatlah dengan taubat yang sebenar2nya taubat.
0 comments:
Post a Comment