Terkadang aku gelihati dengan perangai pemimpin yang kununnya merekalah pemimpin yang dilantik oleh rakyat untuk memenuhi keinginan rakyat...
saje membelek2 blog2 seangkatan dan seantero mesia nih...cubalah jua aku memasuki blog orang politik. aku petik dari blog YB DSKT
4. Kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.
7. Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding Barisan Nasional yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekaligus menambah perbelanjaan dan hutang mereka."
12. Majoriti rakyat tidak meminta "bulan dan bintang" seperti dalam janji-janji PR. Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan.
15. Lihatlah banyak sejarah kejatuhan parti dan pemerintah kebanyakannya berpunca daripada kenaikan kos sara hidup, petrol dan pengenaan pelbagai cukai yang akhirnya membosankan majoriti rakyat (middle class dan lower class) dan mengambil keputusan menghumbankan mereka jatuh dari tampuk pemerintahan. Saya tidak perlu menyebut contoh namun kenaikan kos sara hidup sudah cukup menghumban beberapa pemimpin parti negara jiran dan eropah sejak berdekad-dekad lalu.
18. Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC, hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh "saman ekor".
19. Saya memberi pandangan ini agar kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada 2008, yang mana saya sendiri tidak mengambil berat manifesto Pakatan ketika itu dan menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan. saya berharap pisang tidak berbuah dua kali.
berdasarkan beberapa petikan tersebut aku sebagai golongan marhain dibawah ni merasakan betul juga apa yang dilontarkan oleh beliau. namun demikian, jika beliau masih memegang tampok pemerintahan adakah perkara ini akan dibangkitkan atau 'terlintas' untuk difikirkan.
aku pon tak pasti apa yang diperjuangkan oleh mereka2 ini. bagaimanapun aku berpendapat yang keadaan hari ini memang sangat medesak untuk rakyat malaysia menukarkan kerajaan yang kononnya paling pandai mentadbir negara. tak pernah pula kita melihat orang lain dari parti yang lain memerintah. PRU13 ni aku mengajak korang2 berfikir sejenak apa yang cuba aku kongsikan ni dan buat keputusan yang baik untuk generasi masa depan.
pada pendapat aku, kita tak perlu untuk meminta gaji dinaikkan. kerana itu menjeratkan kita lagi. tapi aku lebih berminat jika harga barang keperluan diturunkan. itu aje.
0 comments:
Post a Comment