pengumuman DSN yang memberikan diskaun 20% kepada pengguna tol yang mnggunakan TnG melebihi 80kali sebulan adalah satu lagi janji mengarut yang ditawarkan oleh kerajaan. Walaupun ini bukanlah langkah sementara kononnya, tapi aku lihat ini semua janji palsu yang dijanjikan.
Contoh yang paling ketara adalah tambang bas. tahun lepas ketika hampir cuti Hari Raya pengumuman dibuat bahawa ada surcaj dikenakan kepada pengguna. tempohnya dikatakan sebulan sahaja. tetapi apa jadi lepas tu? sampai tahun ni dikenakan surcaj tersebut. mana janji mereka yan hanya menyatakan hanya untuk sebulan surcaj tersebut.
keadaan ini tak mustahil boleh berlaku lagi dengan pengumuman DSN baru baru ni. kita kena tahu berapa banyak yang ada di Malaysia ni. menurut akhbar bernama melalui siaran laman web KPDNKK dilaporkan pada februari 2006 bahawa jumlah kenderaan di Malaysia adalah sebanyak 14.8juta buah kenderaan. skrg ni tahun 2009, pertambahan kenderaan aku rasakan telah mencecah 16juta.
Persoalannya hari ni...kenapa dikenakan syarat 80kali swipe TnG tu baru boleh dapat diskaun 20%. dan diberitakan bahawa hanya 85,000 pengguna sahaja yang mendapat manfaatnya. Aku jangka di KL sahaja pengguna yang menggunakan lebuhraya bertol melebihi 1 juta satu hari. dari jumlah 1juta tu hanya 85ribu pengguna sahaja dapat manfaat.
Inilah satu lagi pembohongan yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Aku doakan semoga mereka boleh memikirkan untuk rakyat keseluruhannya bukan untuk sesetengah kelompok sahaja. Harapan aku jugak agar rakyat Malaysia boleh menempa sejarah baru dalam pembikinan kerajaan yang berdaulat dengan menaikkan dan memberi mandat kepada golongan satu lagi yang belum pernah mentadbir malaysia di peringkat persekutuan.
HAPUSKAN PEMBOHONGAN KEPADA RAKYAT YANG BERTERUSAN!
0 comments:
Post a Comment