RSS
Kita tak mampu untuk membahagiakan semua orang dan semua orang tidak mampu membahagiakan kita.

omongan aja

kebuntuan yang amat bila bekalan internet tiada dirumah akibat daripada tuan pye internet mr rediani04 yang balik kampung dan mungkin beliau tertutup suis broadband.

nah, harini alhamdulillah aku dapat mengepos entri yang merespon pada iklim semasa.

baru semalam negara malaysia yang tercinta menyambut ulangtahun keluarnya penjajah fizikal british dari tanah melayu yang ke 52 dengan tema rakyat didahului pencapaian diutamakan.

menjuih dan meluat aku dengan tagline bongok yang diperkenalkan ni(tanda geram dan hangin satu badan).

bila rakyat didahului maka adakah menjadi agenda pihak berwajib mengenakan kenaikan harga tiket bas, menaikkan harga minyak dengan pengumuman pada 2 bulan lepas, krisis gula ketika menjengahnya ramadhan. apa semua ni...

3 isu yang aku cuba selak ni cuma sekelumit kecil sahaja masalah rakyat yang dipaparkan walhal berlambak-lambak lagi isu besar lain yang tidak diketengahkan. saje aku, sebab benda ni memang berkaitan dengan hidup aku.

Pertama, kenaikan harga tambang bas. Ketika menjelang syawal yang lepas(1429/2008) rakyat yang ingin menggunakan perkhidmatan bas untuk balik kampung dikenakan surcaj sebanyak 30% daripada harga tiket. janji yang diberikan, ia hanya langkah sementara. cuma sebulan katanya. ni keratan akhbar yang berkaitan:


sumber: malaysia kini
Tambang bas naik 30% untuk Hari Raya
Ogos 28, 08 4:53pm

Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas henti-henti bagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kadar surcaj, yang berkuatkuasa selama sebulan mulai 15 Sept ini, langkah sementara sebelum kementeriannya membuat keputusan kenaikan kadar tambang.

nah, tahun ni ni pulak kenyataan.

Surcaj 30 peratus akan ditukar kepada kenaikan tambang - Nazri
SEREMBAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata surcaj 30 peratus bagi bas henti-henti dan bas ekspres yang dilaksanakan dari musim perayaan tahun lepas akan ditukarkan kepada kenaikan tambang.
Beliau berkata oleh itu kadar kenaikan tambang bas henti-henti dan ekspres yang akan diumumkan bakal menyaksikan kenaikan 10 sen sahaja atau tiada sebarang perbezaan.

kedua, harga minyak naik pada 1 september.

kenyataan sebelum kenaikan.
Harga petrol RON97 naik 20 sen

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Mei - Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.

Semalam lain pula kenyataannya.

Harga RON95 naik lima sen

Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara akan menjual petrol baru RON95 pada harga runcit RM1.80 seliter, meningkat lima sen berbanding RM1.75 seliter ketika diperkenalkan 12 Mei lalu.

Pada masa sama, kerajaan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan dengan harganya dinaikkan 25 sen daripada RM1.80 kepada RM2.05 seliter.

Ketiga: krisis minyak yang saban tahun terjadi ketika menjelang musim perayaan.

jadi, berdasarkan bukti dan fakta di atas, apa rakyat didahulukan dalam keputusan kerajaan? atau adakah peniaga yang didahului daripada rakyat.

oleh itu, aku andaikan bahawa rakyat didahului adalah satu omongan kosong saja. macam tin kosong.

macam haram!(tanda tak puas hati)

3 comments:

Belajar Bisnes Online said...

memang betol!
tapi nape PPIM, CAP sume tak ade bising2 ek?

mungkin dah bosan dengan permainan gomen yang suka nak mentekedarah duit rakyat.

aku rasa, dia cilok 5 sen setiap liter adalah utk wat modal bonus raya... padahal tu la duit rakyat mesia..

ishaharom said...

bukan la kot. aku igt dia nak cover pilihanraya yang dah 7kali kalah ni. ni yg terbaru lak. di NS. Moh kita mohon supaya org sana sedar akan kerasuahan khairy. jatuhkan umno!

adanz said...

these all SUCKS!!!!

Belajar Bisnes Online said...

memang betol!
tapi nape PPIM, CAP sume tak ade bising2 ek?

mungkin dah bosan dengan permainan gomen yang suka nak mentekedarah duit rakyat.

aku rasa, dia cilok 5 sen setiap liter adalah utk wat modal bonus raya... padahal tu la duit rakyat mesia..

ishaharom said...

bukan la kot. aku igt dia nak cover pilihanraya yang dah 7kali kalah ni. ni yg terbaru lak. di NS. Moh kita mohon supaya org sana sedar akan kerasuahan khairy. jatuhkan umno!

adanz said...

these all SUCKS!!!!

È